Salam sejahtera,
Selamat hari kemenangan kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat setelah berjaya mengharungi menahan diri dari lapar dan dahaga serta nafsu-nafsu pelbagai dugaan sepanjang di bulan Ramadhan. Perginya Ramadhan pastinya menjadi satu kesedihan bagi para Salafus Soleh dan gembira datangnya Syawal bagi orang awam khususnya bagi kita. Tidak dapat bandingnya iman kita dengan iman mereka itu. Moga kita mendapat keredhaan dari Allah, itu saja yang kita mampu. InsyaAllah.
- khatib menyampaikan khutbah - |
Sedikit isi ringkas bagi kandungan khutbah pada tahun ini, yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Kedah DarulAman.
Ucapan tahniah diucapkan kepada seluruh Muslimin dan Muslimat setelah berjaya mengharungi sepanjang di bulan Ramadhan. Memohon agar kepada Allah agar ibadat bangun malam diterima oleh Allah, dan moga diampunkan dosa-dosa yang lalu. Sabda Rasulullah dalam riwayat Ibni Hibban yang bermaksud;
"Sesiapa yang memperhidupkan ibadat Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan terhadap Allah, maka Allah akan ampunkan segala dosanya yang telah berlalu".
Ramadhan, penghulu segala bulan, bulan Rahmat, bulan pengampunan dosa, bulan pembebasan dari neraka. Sesiapa yang bersungguh-sungguh dengan rahmat Allah pada awal Ramadhan, Allah telah berjanji tidak akan mengazabnya. Para Malaikat di langit juga berdoa agar dosanya diampunkan. Anugerah yang paling istimewa adalah pengampunan dosa oleh Allah.
Apabila terbenamnya matahari, maka hari baru, bulan baru telah muncul pada bulan Syawal. Kita bertakbir beramai2 serta bertahmid, mengucapkan syukur kepada Allah apabila kita telah berjaya berjihad melawan hawa nafsu. Dan kita meraikan kejayaan apabila membebaskan diri dari dosa.
- merujuk kepada orang yang berkaitan - |
Malaikat yang berada di langit, turun ke bumi dan mengucapkan tahniah kepada orang-orang Mukmin. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Apabila menjelangnya hari raya AidilFitri, para Malaikat berdiri ditepi2 jalan sambil mereka menyeru, 'wahai orang2 Islam, segeralah kamu menghadap tuhan kamu (Allah), Allah berikan kepada kamu berbagai anugerah, kemudian Allah memberi kepada kamu berbagai ganjaran pahala yang amat istimewa. Mengapa tidaknya, Allah perintahkan kamu supaya berqiamullail, maka kamu berqiamullail. Allah perintahkan kamu berpuasa disiang hari Ramadhan, maka kamu berpuasa. Kamu juga telah taat melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah. Maka terimalah dan genggamlah hadiah2 kamu'".
Di dalam kegembiraan menyambut AidilFitri, maka kita patut beringat janganlah gembira sehingga melalaikan juga tersasar dalam urus hawa nafsu. Perbuatan itu menyebabkan kita kembali kepada dosa sedangkan kita telah bersusah payah melawan hawa nafsu serta pengampunan dosa diwaktu kita di bulan Ramadhan yang lalu.
Perbuatan itu menyebabkan menzalimi diri kita juga, dan mencemarkan kesucian AidilFitri tersebut. Perbuatan seperti hiburan yang melampau2, dan berbagai lagi dosa yang dilakukan, haruslah mempertahankan, walaupun syaitan yang diikat sebulan di bulan Ramadhan telah membebaskan dirinya, namun itu bukanlah alasan untuk kita mengikuti gerak langkah syaitan. Beringatlah, syaitan adalah musuh ketat kita yang sentiasa tidak putus2 untuk menyesatkan kita dan membawa kita kepada neraka jahannam.
- bersama adik beradik terdekat berselfie - |
Terdapat tiga perangkap syaitan yang disenaraikan oleh Ulama;:
1) Jahil, tidak peduli tentang ajaran agama
2) Runtunan hawa nafsu
3) Kelalaian dan kealpaan diri dari mengingati Allah.
Dengan latihan Ramadhan selama sebulan yang lalu, moga dapat kita beristiqamah melakukan kebaikan. Kita juga harus bermuhasabah diri kita tentang dosa2 yang kita lakukan terdahulu. Dan dapat memperbaiki serta menjalankan aktiviti2 yang bermanfaat agar kita berjasa kepada agama dan juga masyarakat.
Semoga kita menjadi orang yang bertaqwa. Firman Allah dalam surah al-Baqaran ayat 152 yang bermaksud:
"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan peraturanKu), supaya Aku mengingati kamu (dengan balasan kebaikan) dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan jangan sama sekali kamu kufur (akan nikmatKu)."
Istiqamah takwa dalam meraikan Syawal:
1) Takbir mengagungkan Allah
2) Mandi sunat hari raya
3) Berpakaian indah di hari raya
4) Makan sebelum keluar solat hari raya
5) Berjalan ke tempat solat
6) Mengikuti jalan yang berbeza seusai solat hari raya
7) Lafaz ucapan tahniah pada hari raya
8) Zakat fitrah
9) Puasa 6 hari di bulan Syawal
Hadis Rasulullah berpuasa 6 hari di bulan Syawal, yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu disusuli dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dirinya telah berpuasa selama setahun".
Wallahu A'lam.
2,3 kucing berlari,
Selamat Hari Raya AidilFitri,
Masak lemak ikan patin,
Maaf Zahir dan Batin.
- dari kami sekeluarga - |
Sekian,
0 comments:
Post a Comment