Salam sejahtera,
Perkara yang amat membanggakan dalam filem Hollywood adalah jalan perceritaannya yang menarik serta grafik dengan CGInya nampak seakan real. Ditambah pula terdapat mesej yang disampaikan melalui perjalanan cerita tersebut.
Merujuk kepada perkataan 'Man', yang bermaksud bagi bahasa Melayu, lelaki, sebagai hero dalam sesebuah perceritaan. Contoh, Spiderman, IronMan, Superman, AntMan dan lain2 lagi.
Apa yang menjadi teruja adalah filem Hollywood yang sering mengagungkan haiwan yang ada menyebut di dalam al-Quran, mahupun hadis. Spiderman, labah2 yang sememangnya sinonim dengan perceritaan dalam membantu Nabi Muhammad ketika bersembunyi di dalam gua Thur ketika hendak berhijrah ke Madinah.
Filem Ant-Man, mengingatkan kisah semut dengan Nabi Sulaiman. Apabila satu rombongan Nabi Sulaiman, beserta tentera dan juga jin-jin, hendak melalui di sebuah jalan. Maka Nabi Sulaiman telah terdengar satu suara kecil oleh Raja Semut. Raja Semut telah memerintahkan rakyatnya dengan berkata;
"Hai semut-semut, masuklah kalian ke dalam sarang agar selamat dan tidak terpijak oleh rombongan Nabi Sulaiman", ucap Raja Semut.
Dengar saja dari Raja Semut itu, Nabi Sulaiman tersenyum dan memerintahkan semua
rombongannya itu berhenti dan memberi laluan kepada semut-semut tersebut untuk masuk ke dalam sarangnya. Raja Semut itu berasa takjub dengan Nabi Sulaiman apabila Baginda mengerti bahasa binatang dan mendengar apa yang dikatakan oleh Raja Semut tersebut. Kisah ini dirakam di dalam al-Quran di dalam Surah an-Naml ayat 18;
rombongannya itu berhenti dan memberi laluan kepada semut-semut tersebut untuk masuk ke dalam sarangnya. Raja Semut itu berasa takjub dengan Nabi Sulaiman apabila Baginda mengerti bahasa binatang dan mendengar apa yang dikatakan oleh Raja Semut tersebut. Kisah ini dirakam di dalam al-Quran di dalam Surah an-Naml ayat 18;
"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah kepada semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak dipijak oleh Nabi Sulaiman dan tentera-tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari."
Walaupun di dalam filem Ant-Man tidak seperti perceritaan yang sebenar dalam kisah Nabi Sulaiman, namun terdapat tempiasnya. Dalam filem tersebut, hero Ant-Man dapat berkomunikasi dengan semut-semut yang lain seperti leader agar dapat mewujudkan satu team untuk menumbangkan 'Yellow Jacket', iaitu watak jahat dalam cerita tersebut.
Terdapat banyak semut yang menjadikan satu team, iaitu semut kayu, yang boleh terbang, semut api, semut hitam besar, dan semut yang terapung di dalam air. Teruja melihatnya apabila seorang manusia dapat menghubungkan dengan haiwan. Iyalah, walaupun ianya cerita yang tak masuk akal, tapi sedikit sebanyak kita boleh membayangkan kisah seumpama dengan Nabi Sulaiman, cukuplah tempias2nya sekalipun.
Filem orang putih, bikin filem binatang yang Islam agungkan. Tapi filem melayu, bikin filem binatang yang sunnah kita bunuh, cicakman. Hmm.....
Renungan kita bersama.
Renungan kita bersama.
Sekian,
0 comments:
Post a Comment