Assalam...
Hujung minggu lalu, aku membawa anak bini aku untuk berbuka puasa di Menara Alor Setar. Saja nak bagi bini senang hati setelah banyak kerja yang dibuatnya di rumah. Dan aku mengajaknya untuk berbuka puasa di luar. Tetapi aku tak bagitau lagi sebelum nak pergi, setelah keluar dari rumah dan sampai di lokasi yang nak berbuka, baru dia tahu. Bertapa excitednya dia. Surprise untuknya...huhu.
- gambar dulu sebelum naik - |
Nama sebenar restoran nie, Restoran Seri Angkasa, tetapi lebih dikenali Restoran Berputar 360', Menara Alor Setar. Aku dapatkan nombor telefon dan aku telah menelefon untuk tempahan dua orang, dan seorang beby. Dua dewasa dikenakan bayaran RM114, setelah sekepala dikira RM57. Sekali dengan tiket naik menara. Dan kanak-kanak dikenakan RM28 sekepala yang berumur 6-12 tahun. Berbuka puasa dikenakan secara buffet di restoran itu.
Pada jam 6.15 ptg lagi kami dah sampai di lokasi menara. Setelah parking kereta kami terus masuk ke bahagian kaunter menara. Selesai membuat pembayaran, kami terus naik lift di tingkat 4. Tingkat 1 dan 2 di bahagian tengah menara. Tingkat 3 adalah pemerhati, disitulah orang ramai ingin melihat permandangan di sekitarnya dan boleh meneropong disitu. Tingkat 4 adalah
restoran dan tingkat 5 terdapat surau dan lain2 bilik seperti bilik VIP. Takpun pejabat2 disitu.
- dalam lift ondaway naik - |
- view 1, disebelah pintu masuk - |
- view 2 - |
- meja kami...huhu - |
- selfie 1 family - |
Aku, bini dan anak aku yang mula2 tiba disitu. Mulanya ditempatkan di meja dua orang, dibahagin tepi tingkap. Tapi berlantaikan simen. Jika berlantaikan simen, maka tempat duduk itu tak berpusing. Kemudian ditukarkan di meja nombor satu. Meja bulat besar yang kerusinya 7-8 orang. Tetapi kami hanya berdua saja di meja itu. Dan meja tersebut di atas lantai yang boleh berpusing....huhu.
Kami yang pertama sampai di restoran, apa lagi, terus kami bergambar2, dengan selfie bagai semua. Pusing sana pusing sini dan kelihatan orang semakin ramai. Dan tak silap jam 7.00, lantai mula bergerak dan berpusing mengelilingi seluruhnya.
Bab makanan, Alhamdulillah. Sesedap rasa. Terdapat 3 atau 4 bahagian yang berlainan tempat. Tempat pertama, bahagian makanan yang berat2. Seperti nasi putih, nasi merah. Lauk ayam goreng, daging masak kicap pedas, tomyam, lauk pauk, segala ulam serta bahagian cuci mulut turut diletakkan bahagian itu. Bahagian yang lain seperti cucur. Ada cucur udang, roti jala, pulut udang dan apa lagi ntah nama dia aku tak ingat.
- makanan 1 - |
- makanan 2 - |
- makanan 3, tomyam... ceroi tapi sedap - |
- makanan 4, ulam2 dan ikan pekasam turut kelihatan - |
Bahagian yang lain, masak daging kambing dan daging lembu secara live. Dan disaluti dengan lada hitam. Mendapat sambutan yang menggalakkan dan ramai orang disitu. Panas2 lagi dan baik untuk dirasainya. Dan bahagian terakhir adalah bahagian air. Ada air sarsi, oren, teh panas, teh tarik dan sebagainya.
Pada jam 7.10 mlm, satu pengumuman untuk para hadirin boleh mengambil makanan. Boleh klik video untuk lihat suasana ambil makanan, di sini. Tepat jam 7.37 malam, doa dibacakan. Dapat makan dengan baik sambil lantai berpusing. Dari mula bergerak meja kami di depan bahagian pintu masuk, dan habis makan pun kami tiba di bahagian pintu masuk. Mybe lebih kurang sejam lantainya berpusing untuk habis satu round. Selepas makan dengan kenyang, aku naik atas solat dulu di surau. Suraunya agak rumit sikit untuk ambil air sembahyang. Siap solat aku dan bini, anak aku turun ke bawah dan terus ke Masjid Zahir untuk teraweh disitu.
- surau - |
Itulah satu pengalaman yang cukup baik. Berbuka puasa ditempat yang tinggi sambil menikmati permandangan sekeliling yang jauh. Ditambah pula lantainya berputar. Dan malamnya terdapat cahaya yang menyinari ibu kota Kedah tempat kelahiranku.
*Dah kali pertama rasa jakun la sikitkan.....haha. ;-p
- selesai teraweh di Masjid Zahir - |
Sekian,
0 comments:
Post a Comment