Assalam....
Baru sahaja Bersih 4.0 melabuhkan tirainya pada malam 31/08/2015 dengan jayanya. Dihadiri beratus ribu orang beserta himpunan di seluruh dunia yang lain. Tidak ada tuntutan yang lain melainkan sama saja tuntutan yang dibuat sebelum ini. Pelbagai desakan dibuat, daripada rakyat sehinggalah ke bekas pemimpin, Tun M, untuk Najib meletakkan jawatannya, namun dia buat macam tak ada apa2 saja..... teruk betul.
Demonstrasi adalah perkara yang terakhir apabila perbincangan meja bulat tidak berjaya dilaksanakan. Bukan mudah atau saja-saja hendak dibuatnya. Benda ni kalau elok, takkan jadinya demonya. Bermulanya dengan PPSMI, disambung dengan Bersih 1, di zaman Paklah lagi. Zaman Tun Mahathir sudah bermulanya lagi, tapi ketika tu aku masih di sekolah. Tak tahu zaman pemerintahannya lagi. Apa sikit kalau nak duit, minta saja sama bos besar (my Father), selesai masalah....huhu.
Bersih 1.0, aku tak join. Bermula dengan Bersih 2.0, Bersih 3.0, Janji Bersih dan Himpunan Kebangkitan Rakyat, aku sertainya. Antara semua demo yang aku sertai, Bersih 2.0 adalah yang paling meriah.
*Bersih 2.0
Sebulan sebelum kejadian, pelbagai perkara yang dilakukan oleh pihak pemerintah untuk menakut2kan rakyat Malaysia. Bandaraya Key eL lenggang seakan2 mahu berperang dengan negara yang lain. Seram juga dibuatnya. Aku dan member yang lain berada di luar ibu kota, mula memasuki dengan menaiki tren, seolah2 pergi menempah maut apabila polis berada di merata2 tempat. Kelihatan amat dahsyat ketika itu.
Tarikh keramat 9/7/2011, ketika aku berada di pengajian tinggi. Itulah kali pertama aku join demo. Sebanyak 8 kali kalau tak silap terkena tear gas, dan sekali terkena tempias air asid yang disimbah oleh sang penguasa. Tear gas yang mengakibatkan bukan sahaja mata yang pedih, malah terbatuk keringnya tekak, terkeluarnya air di mata, hidung dan mulut, sesak badan, habis ditariknya urat-urat di kepala, sakitnya kepala ketika itu Tuhan saja yang tahu. Air asid walaupun terkena tempiasnya saja, dirasa pedihnya tekak dan dada sehingga terbatuk. Ohh.....pengalamannya ketika itu.
*Bersih 3.0
Demontrasi yang sememangnya amat ramai. Ketika itu semua pendemo ingin memasuki dataran, namun dihalang oleh sang penguasa. Penuh dengan manusia di jalan berdekatan dengan dataran. Aku dari tempat pengajianku bersama dengan seorang member. Dan berjumpa yang lain member yang ramai di dataran. Perasaan ketika itu amat teruja sekali, lebih teruja dari pergi stadium tengok bola.
Apabila orang terlalu ramai, tidak dapat dikawal. Lalu pendemo merempoh pagar yang dipasang oleh Polis. Lalu polis terus tembak gas pemedih mata. Kelihatan makcik dan pakcik lari bertempiaran dengan keadaan yang sesak lagi sempit, kanak-kanak kecil. Itulah pengalaman mereka yang sememangnya berani berjuang untuk menumbangkan kerajaan perasuah dan pencekik harta rakyat.
Tarikh keramat tersebut pada 28/4/2014, tidak sampai setahun dari Bersih 2.0.
*JanjiBersih
Perhimpunan yang agak boring. Kerana diadakan pada waktu malam dan peserta tidak berapa ramai. Dan mendengar sajak dilontarkan oleh sasterawan negara, A.Samad Said. Dikawal juga oleh Unit Amal. Perhimpunan aman dan tiada huru hara. Aku yang berada disitu agak lewat untuk pulang, lalu tidur saja di dataran. Malam merdeka perhimpunan tersebut pada tahun 2012.
*#HKL112
Himpunan terakhir sebelum menjelangnya Pilihan Raya Utama ke-13. Dan selepas dua bulan selepas itu, aku ditawarkan bekerja di sektor awam. Walaupun aku menentang, tapi rezeki Tuhan telah tentukan. Tentangnya aku bukanlah terhadap kerajaan yang ada sekarang, tetapi pemerintah yang zalim dalam pemerintahannya. Tarikh perhimpunan tersebut ialah pada 12/01/2013.
Perarakan yang bermula dari Masjid Negara menuju ke Stadium Merdeka. Manusia terlalu ramai sehingga melimpah ruang di stadium. Ramainya orang ketika itu. Tetapi tiada tembakan gas pemedih mata. Ramai dan meriah tetapi tiada main polis sentri.
Selesainya PRU13, dimenangi oleh BN walaupun kalah undi popular, aku dah mula tak join. Demonstarasi tetap diteruskan dengan adanya Blackout, dan baru-baru ini Bersih 4.0. Menanti dan terus menanti sehingga PRU14, walaupun keadaan kos sara hidup yang tinggi ketika ini.
Hmm......
0 comments:
Post a Comment