منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Pertama Kali di TBS (Terminal Bersepadu Selatan)

Assalam...


Selama tempoh 6 tahun bermula tahun 2006 - 2012, destinasi ibu kota ke utara tanahair mestilah dari Terminal bas puduraya. Pelbagai kenangan yang tersurat serta tersirat sepanjang tempoh aku menggunakan khidmat disitu. Dengan tiket ulatnya, terlepas basnya dan macam2 lagi. Daripada kesilapan itulah, memberi pelbagai pengalaman dan membaiki kesilapan yang ada. Contohnya ulat tiket. Kata-kata yang manis diberikan untuk kita beli tiket darinya, last2 buat sakit hati saja. Bagaikan seharian dok dalam bas. Dan sekarang, amat serik dengan ulat-ulat nie.


Perkataan Puduraya lebih aku sukai daripada Pudu Sentral. Mengapa perlu ditukar kalau semangat "Hidup Melayu" itu ada. Siapa yang berjuang sangat dengan Melayu, tetapi nama Melayu sendiri telah ditukar kepada nama 'orang putih'. 'Thumbs down' :-( . Daripada bangunan lamanya sehinggalah di'upgrade' mengikut peredaran zaman. #kipidap Puduraya.



Seperti biasa setiap minggu hari Jumaat malam mesti aku bergerak ke UKM, Bangi. Selalunya menaiki kereta, tetapi pada minggu tu ada sedikit teknikal menyebabkan terpaksa menggunakan khidmat bas. Bermula perjalanan dari Terminal Sg. Nibong, Penang ke Kuala Lumpur di terminal bersepadu selatan. Memandangkan di TBS itu sudahpun bermula khidmat ke utara, sungguh aku tidak melepaskan peluang itu.

Hanya 3 jenis bas ekspress saja kalau aku nak ke Kuala Lumpur. Pilihan pertama ialah Plusliner, kedua Transnasional, dan yang last yang teramat jarang ialah Mara Liner. Jumaat lalu aku ke TBS menaiki bas Transnasional dan pulang semula esok malamnya meniki bas Plusliner di Puduraya. Sebenarnya mencari juga bas untuk balik ke Penang dari TBS. Tapi hanya bas Nice saja. Bas taraf 5 bintang dengan skrin setiap tempat duduk memberikan keselesaan yang begitu ketara. Tambangnya juga agak mahal mencecah RM75 lebih kurang. Dok ingat nanti nak try juga naik bas tu.

Sampai di TBS jam 4.30 pagi. Terus masuk ke dalam terminal. Yang bagusnya TBS ni, boleh masuk rehat dalam terminal. Waktu aku sampai, ramai yang ketiduran di dalam tu. Kalau di Pudu, pintu berkunci dan jam 5.30 pagi baru dibuka. TBS yang luas terus aku explore saja di dalam tu. Nak ke surau tapi surau kunci. Kunci surau mula dibuka pada jam 5.00 pagi.

- pandangan dari luar -

- pelbagai cabang laluan -

- ketibaan -

- selamat datang -

- panduan -

- macam di lapangan terbang -

- kaunter tiket -

- beli tiket menggunakan mesin -

- kedai 24 jam -

- laluan menurun @ mengambil penumpang -
Solat Subuh di surau, jam 6.30 pagi mula bergerak menuju ke Komuter untuk ke UKM. Strategiknya dengan Stesen Bas TBS, ERL, Komuter dan LRT.

Next, InsyaAllah, aku cuba cerita pengalaman naik bas Nice 5 bintang pula bergerak dari TBS. InsyaAllah.

Sekian,
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment