Assalam...
- ruang pejabat JKM - |
Program yang berlangsung selama dua hari di Kepala Batas, program yang dianjurkan Unit Integriti JKSM didalam Kursus Pemantapan Integriti Siri 3, Zon Utara. Terdapat 4 slot ceramah. Untuk hari pertama terdapat 3 slot ceramah yang dipengerusikan oleh aku sendiri. Dan hari kedua, disambung slot ceramah yang keempat, dan juga yang terakhir beserta dengan lawatan di Penjara dan Rumah Kanak-kanak. Urusetia telah mengagihkan peserta-peserta dan aku dikenakan lawatan ke Rumah Kanak-kanak.
*Rumah Kanak-kanak Taman Bakti, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Aku telah menghadiri ke lawatan tersebut, bolehlah aku share apa yang dapat input dari sana. Bermula pada jam 9.30 pagi, kami peserta yang
ramainya perempuan sudahpun berada di dataran dewan taman kanak-kanak itu. Taklimat daripada Puan Dewi Kartina Ali, Penolong Pegawai Psikologi. Berbagai perkara yang diberi olehnya berkaitan rumah kanak-kanak tersebut.
Kategori kanak-kanak yang tinggal terus disitu adalah kanak-kanak yang kematian ibu dan bapanya, ibu atau bapa menerima rawatan, terbiar dan ditinggalkan oleh ibu bapa, ibu bapa dalam penjara, atau tahanan, terseksa atau penderaan fizikal yang boleh menyebabkan tekanan emosi, penjagaan kerana kemiskinan, pengabaian dan buang bayi @ anak luar nikah.
Kami dibawa oleh Pegawai tersebut ke bilik bayi setelah diberi taklimat oleh pegawai tersebut itu tadi. Kanak-kanak disitu dijaga dengan baik. Yang telah cukup umur untuk bersekolah, bas akan membawa kanak-kanak itu ke sekolah. Disitu terdapat 37 buah katil yang menempatkan beby-beby yang masih kecil.
- dengar taklimat - |
- bergerak ke bilik beby - |
- antara katil-katil beby - |
- katil kanak-kanak yang lain - |
Sesampai saja disitu, terasa sayu di hati kerana budak-budak kecil bersendirian. Tiada ibu dan ayah. Sayu hati ini pasti terasa kepada sesiapa yang sudah bergelar ibu dan ayah. Semasa di lawatan itu, terdapat ramai juga kakitangan lawatan itu mengeluarkan air mata kerana tidak tahan. Beby yang masih kecil, sebulan lebih dan masih berbedung. Ada seorang bayi yang berusia dua bulan, dapat maklumat bahawa ibunya di tingkatan 5 dan masih belum berkahwin. Waris kepada ibu tingkatan 5 itu tidak dapat menerima beby tersebut dan diletakkan di rumah kanak-kanak tersebut.
Berbagai bangsa yang terdapat dalam bilik itu. Ada melayu, melayu adalah juara keramaiannya. Ada kacukan dari Bangla, Indonesia, Afrika. Dah sedap-sedap dengan jantan, jantan bagi setitis mayonis, kenyang 9 bulan, keluar saja terus buang. Hai manusia........
- masih beby - |
- peserta 1 - |
- peserta 2 - |
- peserta 3 - |
Lawatan kami disitu mengambil masa 3 jam. Setelah puas bermain dan bermanja-manja dengan beby tersebut, kami diberi air untuk minum dan kami terus pulang ke destinasi.
Sekian,
0 comments:
Post a Comment