Sedikit share berkaitan hotel yang yang berada di utara Bandaraya Kota Kinabalu dimana aku bermalam satu hari di Tune Hotel bertempat di Tune Hotel - 1Boneo Kota Kinabalu Unit No.G-803, 1Borneo Hypermall Jalan Sulaman 88450 Kota Kinabalu, Sabah. Jarak dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke Tune Hotel ialah 16km.
Aku telah menempahnya di Agoda.com pada 29hb April 2015 dan check in pada 31hb Julai 2015. 4 bulan jarak aku menempah dengan check in. Jenis bilik ialah Double Room with Comfort Package, iaitu dua orang dan tidak disertakan dengan sarapan pagi.
Bersebelahan dengan Universiti Malaysia Sabah dan hotel tersebut di dalam bangunan Mall 1Borneo. Apabila masuk saja di pintu utamanya, terdapat kaunter hotel beserta dengan kedai 7 Eleven. Dan laluan biliknya kita akan melintas laluan supermarket dan kita akan menaiki lif di tingkat atas. Hotelnya yang berada di dalam shopping kompleks membolehkan para pelanggan membeli belah dengan mudah di dalam kompleks itu.
Pekej yang aku ambil tiada saluran tv. Disertakan dengan beg yang didalamnya terdapat kain tuala, sabun, shampo. Hanya disediakan ekon, wifi Padanlah dengan harganya saja. Harga bilik ini ialah MYR69.72 @ USD19.62.
Sekian,
Sekian,
0 comments:
Post a Comment