منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Wajib Potongan Gaji Bagi Goverment

Assalam..

Minggu lepas surat PTPTN melalui jabatan telah sampai di tempat kerja aku. Terkejut juga bila surat kutip duit terus datang dari jabatan sendiri dengan kepala surat jabatan. Peringatan yang begitu agak kejam sehinggalah boleh dibuang kerja... Wow..

Selepas tiga hari aku dapat surat, aku terus ke pejabat PTPTN di UTC Alor Setar, Kedah. Ambil nombor giliran dan terus ke kaunter berjumpa dan berhadapan dengan brader nie. Ok la brader nie dia punya bagi penerangan yang sangat puas hati.


Katanya pihak PTPTN selepas ini akan terus berurusan dengan jabatan. Sebelum ini melalui LHDN. But now sang penguasa terus memberi kelulusan supaya barurusan terus dengan jabatan. Katanya surat yang dihantar itu, adalah sebagai kita yang peminjam ini dapat menghadirkan diri ke pejabat PTPTN untuk berunding terlebih dahulu. Mereka akan sedaya upaya untuk mengurangkan amaun bulanan dalam potongan gaji tersebut. Maksimum umur sehingga 60 tahun.

Jika kita tidak mengendahkannya, maka secara mandatorinya, sekali lagi, MANDATORInya, tiada balas kasihan, pihak PTPTN akan terus membuat potongan gaji street terus dari jabatan atau majikan kita. Berkenaan amaunnya, mereka akan potong secara rawak berapa yang mereka hendak potong. Kalau RM1k, 1k lah...

Ini kerana katanya, pihak PTPTN terpaksa bertegas kerana duit untuk memberi pinjaman yang baru ini tiada dana, maka mereka terpaksa ambil daripada peminjam yang terdahulu. Dan sekarang katanya, selepas sahaja habis pengajian 6 bulan, pihak PTPTN akan terus mengutipnya.

- kesan-kesannya boleh dilihat dalam surat ini -

Dalam kes aku, aku telah meminjam sejumlah RM19k untuk diploma dan RM40k lebih kurang dalam pengajian ijazah. Sebelum hendak membuat potongan gaji, perlu selesaikan tunggakan yang ada terlebih dulu. Tunggakan aku dalam diploma selama 24 bulan berjumlah RM4k. Ini sebabnya aku tak bayar langsung. Dan dalam diploma ini, aku masih tidak tukar kepada ujrah 1%. Yang ijazah aku telah tukarkannya. Untuk tukar kepada ujrah bagi diploma aku, perlu selesaikan RM4k yang tertunggak itu, kemudian baru boleh buat potongan gaji.

RM4k perlu dibayar secara cash, mengeluhlah aku dihadapan brader tersebut kerana mana ada duit sebanyak itu. Kemudian brader tu berkata, dia boleh tolong buatkan surat untuk dihantar kepada ke KWSP untuk transfer. Cuma perlu bawa skrol dan juga transkrip kepadanya untuk dinyatakan sebagai eksibit (bukti). Aku ketika itu tak bawa diploma, lain hari aku akan datang kembali.

- semakan tunggakan bagi diploma aku yang dulu -

Katanya pada aku, lebih baik settlekan yang ijazah dulu. Setelah dia membuat perkiraan, aku cuma perlu membayar amaun bulanan sebanyak RM207 sahaja sehinggalah 2029. Setelah selesai yang itu, barulah disambung kepada diploma pula. Wow......hidup sehingga mati dengan membayar hutang sahaja.

Katanya lagi setelah disoal aku beberapa soalan, kerja dengan goverment adalah wajib untuk potongan gaji. Bayar dengan sendiri sudah tidak dibenarkan lagi melainkan kerja sendiri. Ku perlu akur walaupun ku berharap PTPTN ini terhapus untuk membayarnya balik... huuu.....

- selesai tunggakan RM4k, gambar diatas, ada baki RM18,708 dan amaun bulanan RM93.54 selama 20 tahun -

*Selingan...

Dulu, sebelum PRU13, ada segolongan ahli politik memberi penerangan dalam manifestonya, PTPTN akan dihapuskan, dan diberikan pendidikan percuma. Ini bukanlah rekaan semata2, tetapi dikaji pelbagai sudut sehingga boleh melaksanakannya. Tapi sayangnya, rakyat Malaysia lebih suka membayarnya sehingga kadangkala tak cukup makan, sampai ragut, rompak dan mencurinya menjadi rutin di dalam negara kita. Orang dah bagi peluang, tapi kita sendiri memperbodohkannya.

Duit yang banyak dengan pelbagai sumber yang ada, tapi banyak yang diselewengkannya sehingga cukai itu dan cukai ini wajib dikutip sehingga tidak kira hang miskin ka ataupun hang kaya. Sang pemerintah yang begitu rakus mencekik rakyatnya.

Di dalam kes ini, apa yang boleh buat, tukar sahaja pemerintah pada PRU yang akan datang. Itu saja peluang yang kita ada...

Wallu A'lam.
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment