منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Majlis Pentauliah Mengajar Agama Kedah 2015/1437

Assalam..

Syukur walhamdulillah, diberi kekuatan fizikal dan mental untuk meneruskan perjuangan khalifah di muka bumi ini, sesungguhnya kehidupan ini adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah beribadat kepada Tuhan sekalian alam dan berbakti kepada masyarakat serta alam sejagat.

Setelah mengharungi dua ujian, satu ujian secara tahriri (bertulis) satu ujian secara syafawi (lisan), akhirnya aku berjaya menggenggam sijil yang ditandatangani oleh Mufti Negeri Kedah DarulAman dan secara sahlah aku boleh mengajar agama Kedah kategori Ijazah bagi tahun 2015/1437.


Terdapat dua subjek yang boleh dipohon, iaitu Fardhu Ain dan juga Al-Quran Tajwid. Yang silapnya aku hanya mengambil Fardhu Ain sahaja. Untuk Al-Quran Tajwid aku akan memohon pada tahun-tahun yang lain. InsyaAllah.

Permohonan dibuka pada bulan Januari sehingga Mac. Borang permohonan boleh diambil di pejabat agama ataupun pejabat mufti. Kemudian pada bulan Mei, Jabatan Mufti akan akan surat untuk kita hadir ke tempat yang dinyatakan untuk teknik-teknik menjawab soalan. Ini tidak wajib tapi amat berharga bagi yang menghadirinya. Dalam kes aku, aku tidak dapat menghadirkan diri kerana kekangan dengan kerja.

- surat perkhabaran baik telah tiba di alamat rumah -

- pintu masuk dewan -

- senarai nama kategori ijazah dan bukan ijazah -

- terus ke urus setia -

- nombor 20 dan berwarna oren bagi kategori ijazah, bukan ijazah berwarna biru -

- antara peserta yang berjaya dan tidak berjaya -

- tentatif program -

Pada bulan Jun, ujian secara tahriri dimulakan. Aku memohon di Kulim dan ujian tersebut dijalankan di Kolej Mara Kulim. Bersama menjawab peperiksaan dengan PU Amir. Alhamdulillah, aku lulus dan surat telah tiba untuk menduduki ujian syafawi pula pada bulan September. Bertempat di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Terdapat 3 kelas yang berasingan untuk menjawab soalan. Bahagian Tauhid, Fekah dan Tasawuf. Alhamdulillah, selang dua bulan, aku telah dapat surat dengan sukacitanya.

Dalam bab ujian, banyak menerapkan ilmu tauhid dengan sifat Tuhan 20, sifat rasul 4, dan juga sifat harus bagi Tuhan dan rasul. Membaca kitab lama, kitab kuning yang kadangkala terdapat dua atau tiga patah perkataan yang kantoi. Kitab fekah pula dalam bab sunat yang jahat dan sunat yang baik, dan tasauf berkaitan bertawassul. Para peserta akan diuji supaya didalam kalangan peserta tidak membicarakan berkaitan dengan selain daripada alquran dan assunnah. Ini kerana negeri yang berjiran dengan Kedah terdapat fahaman yang berlainan dan perkara ini wajib diberantas.

- pemberi semangat MySon, majlis sedang berlangsung -

- ucapan dari mufti Kedah -

- alhamdulillah -

- diiktiraf -

Alhamdulillah, setelah berpenat lelah. Aku sudah boleh memulakan pengajaran agama di Negeri Kedah. Selain itu, dengan adanya sijil ini, secara sah boleh membuka sebuah pusat pengajaran agama iaitu KAFA khas untuk negeri Kedah sahaja.

Sekian,
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment