منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Taman Jade Hanya Sementara

Assalam...

Ternyata diriku terhadap negeri yang diperintah oleh bangsa lain dan juga penduduknya majoriti bangsa lain membuatkan diriku tidak senang dengan keadaan sekeliling. Bermastautin lebih kurang dua bulan, aku mengambil keputusan untuk keluar dari kelompok tersebut. Jika tidak, pasti terbeban akan berterusan menimpa di kepalaku.

Taman Jade 316 yang terletak di Bukit Gambir, Pulau Pinang. Selalu kalau kawan2 tanya Bukit Gambir dimana, senang jawab dibelakang USM saja. Pasti mengetahui kerana USM menjadi sinonim dengan hanya dekat saja dengan pesta Sg. Nibong yang menjadi tarikan bagi setiap hujung tahun.

Aku mula menyewa pada bulan September 2015 ditingkat atas sekali. Tingkat paling tinggi ialah 13 tingkat. Tingkat 1-4 adalah tempat letak kereta, tingkat 5-13 adalah tempat tinggal bagi penghuni. Aku rasa flat yang mempunyai tempat letak kereta dalam bangunan antara yang paling murah. Selalu kalau ada tempat letak kereta dalam bangunan nie, mau rate sekitar RM600 ke ataslah. Tapi sewaan ini boleh dapat RM350 ke atas. Bilik hanya dua sahaja. Satu bilik air.


Flat nie dah lama. Aku duduk di atas tingkat sekali. Ada sekali hujan turun dengan lebat dengan angin kencang, bocor abis rumah. Bumbung atas bocor dan dinding semasa depa renovate, ada kesan2 lubang dan air mula masuk dicelah dinding2 menyebabkan air hujan meleleh masuk dalam rumah. Kalau hujan biasa2, tiada kebocoran.

Dengan anak masih kecil. Rumah pula bermasalah macam tu. Itu adalah satu alasan yang lain kenapa aku mahu keluar dari situ. Flat nie biasalah. Tempat ruang yang terhad. Tempat letak kereta pula jauh dari pintu rumah...huhu.

- setiap tingkat koridor terdapat dua tingkat perumahan -

- keluasan di dalam rumah -

Semasa hendak complain dengan management pasal kebocoran, ini keterangan dari pengurusan. Flat nie dah 15 tahun, antara bangunan yang lama. Semua bumbung diatas tu perlu ditukar sebab dah terlalu lama. Dan sekarang masih menunggu turn untuk dapatkan peruntukan cat untuk cat bangunan dari Kerajaan Negeri. Pasal kebocoran itu rupanya bukan kami sahaja, tetapi rumah2 diatas juga mengalami perkara yang sama.

Dulu surau hidup ditingkat 4. Namun sekarang, selepas ada tokwan meninggal, dan seorang ustaz telah pindah, maka surau tersebut telah mati. Dan ditingkat 4 juga terdapat geng-geng melayu lepak2 sambil menonton tv.

- pandangan luar dari tingkap rumah tingkat 13 -

- tempat letak kereta tingkat 2 -

Proses permindahan barang hari tu pun. Tersangat penat. Angkat segala barang letak dihadapan lif dulu. Bila dah semua ada depan lif, Satu persatu bawa turun. Bagi penuh barang dalam lif tu. Boleh jadi 5 ke 6 trip naik turun lif tersebut. Walaupun flat ini tiada pak guard yang jaga, namun safety masih ada. Setiap orang yang berpenghuni disitu akan disediakan satu cip lif untuk ke tingkat rumahnya saja. 

Dan sepanjang aku tinggal disitu, semua lif tak pernah rosak. Dua2 lif berfungsi. Dan setiap hari sebanyak 3 kali, cleaner akan menyapu sampah di setiap tingkat perumahan. Flat yang bersih walaupun dari jauh kelihatan rumah nie buruk sebab cat yang dah pudar.

Dan sekarang, aku bermastautin di Sg Petani. Berulang alik ke Kepala Batas, Pulau Pinang. Tidaklah sejauh mana.

- brader lori sudah sampai -

Selamat tinggal, Pulau Pinang. Negeri yang masih dipajak oleh Sultan Kedah.
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment