Assalam,
Hari cuti dimanfaatkan dengan meneruskan aktiviti bersama keluarga kecilku. Membawa anak yang baru setahun sebulan untuk menikmati kali pertamanya air terjun yang berpunca dari Gunung Jerai. Sejuknya tak terkata sehingga terketar-ketar badan apabila lama merendamnya.
Ada beberapa sungai yang berpunca dari Gunung Jerai antaranya Titi Hayun, Perigi, Batu Hampar, Lubuk Kawah, Tupah dan Air Terjun Gunung Jerai depan dengan Muzium, sejalan ke puncak Gunung Jerai itu sendiri.
Terdapat di Titi Hayun itu juga Tangga Kenari iaitu jalan nak ke Gunung Jerai dengan berjalan kaki dan ada satu lagi tempat yang adanya pintu gerbang menuju ke nama tempatnya Putri Mandi sejauh 3km dari pintu gerbang itu. Ada kisahnya yang dinamakan Putri Mandi itu daripada orang-orang tua yang tahu kisahnya. Di tampat Putri Mandi itu juga dikatakan terdapat sungai pertemuan dua cabang. Agak menarik juga tapi nak ke atas tu pelbagai cabaran dengan jalan yang agak sukar,
|
- welcem, titi hayun - |
|
- sampai destinasi - |
|
- bapak terjun dulu sama anak - |
|
- berendam sudah - |
|
- arus deras - |
|
- mula dok kutip apa yang lalu - |
|
- selpiaq satu kali - |
|
- sakan - |
|
- habis sudah, tok bersama cucunya...mau balik - |
Kali pertama bagi anak aku merasa air terjun. Aku dulu selalu dok kena air terjun di Bukit Hijau, takpun Sedim, sampai dah jemu nak berendam. Sekali sekala bawa anak, seronok dia mula merasa untuk bermain-main air....huhu.
Sekian,
0 comments:
Post a Comment