منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Hantam India Mabuk

Assalam...

- sekitar sini, pic dari map google -
Dua hari lepas, aku on the way balik rumah di Kulim highway BKE menghala ke Labu Besar. Jam menunjukkan ketika itu pukul 12.15 malam dan anak bini aku masih belum tidur. Aku pula memandu agak laju sebab nak cepat sampai memandangkan waktu tu pun dah lewat malam.

Sebelum tu, renion sekolah menengah diadakan program bermain futsal. Bermula jam 10 malam sampai 12 malam. Dua jam bermain dan agak lewat untuk aku pulang ke rumah di Kulim. Jam 11.30 aku dah keluar dari Sg. Petani dan terus pulang saja ke rumah.


Sampai di trafic light Sg. Seluang, aku terus pecut apabila lampu dah hijau. Melepasi petronas kelihatan ramai geng-geng India dok lepak-lepak. Lepas saja melepasi Petronas, aku dah masuk gear 5, lorong paling kanan, tiba-tiba satu motor dengan berbaju gelap, lampu belakang tak menyala, dari lorong kiri terus mengubah haluan masuk lorong kanan dengan motor tergelong-gelong (huyung hayang). Aku menyedari hanya 5 saat saja, aku sempat brek dan terus hantam belakang motor tersebut.

Laju tu agak laju juga la aku hantam dia. Dia kena bonet depan kereta unser orang tua aku sampai melentik badannya. Bini aku dakap anak aku dan terjerit2. Ingat kalau aku tak brek dengan kelajuan yang aku bawa hantam dia, mau dia masuk bawah kereta la jawabnya. Lepas hantam India tu seolah kereta aku sedikit terangkat. Ingatkan dia dah di bawah kereta aku dah. Tengok2 dia lantas bangun dan terus tarik motornya ke tepi jalan.

- kesan pelanggaran -

Sebelah kereta aku ada kereta persona. Kalau India tu tak ke kanan dengan mengejut, dah pasti kereta persona tu juga akan hantam India tu. Terasa puas hati aku hantam India tu. Nak sangat kan.

Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan yang aku alami, serta anak bini aku. Jadi takut juga kalau pam beg angin terkeluar hantam muka aku dengan anak bini aku. Anak aku pun diam seribu bahasa dan dok tengok2 orang ramai sangat ketika kaluar tu. India tu habis melecet di belakang badannya dan tumitnya nampak seakan terbelah. Lain tempat patah ka apa ka tak diketahui.

Lepas saja langgar, aku keluar tengok keadaan. Geng-geng India ada, geng Melayu pun ada. Aku cuma takut kalau ada perkara tak diingini saja berlaku. Dah kawasan India nie, macam2 dengan depa nie kalau dengan geng-geng samsengnya. Mujurlah ada seorang Melayu yang badannya agak besar, cuba selesaikan kes ini.

India tu mahu 'blah' macam tu saja. Brader Melayu berbadan besar tu kata, takkan nak selesai dengan cara air liur saja. Minta dia RM300 sebab memang dia bersalah. Dengan saksi lagi ada. India tu kata takda duit, dan brader tu pun suruh pergi balai polis buat report. Aku amek pic plate motor tu dan terus saja ke balai polis trafik Kulim.

- besi terkulai, signal dan lampu sportlight patah, aku hanya selitkan -

Kereta unser tu, cuma patah tempat penghadang depan, lampu signal tak pecah, cuma terkulai terkeluar dan lampu depan cermin tu sikit pecah. Motor India tu nampak hancur di belakang.

Dah sampai di balai polis, aku terus saja buat report. Bila check di sistem nombor plate motor India tu, ternyata dia tak perhidup roadtaxnya dan insurannya pun tiada. Maka tak boleh aku nak claim insurans pada dia. Hanya boleh claim sendiri saja...haha. Celaka.

- report polis -

Begitulah pengalaman pertama kali aku mengalami kemalangan. Agak kaku seketika apabila terkena macam tu. Walaupun kita dah cuba sedaya upaya membawa dengan cermat dan eloknya, namun, tak pasti kita selamat. Kita dah usaha, orang lain pula yang merosakkan kita. Pandulah cermat, jiwa kita selamat.

Sekian,
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment