Assalam,
Kelmarin lepas balik kerja, terus ke pekan lama di Sungai Petani. Saja nak usha UTC yang baru ditubuhkan di Ukir Square. Di Ukir Square tu juga tempat Perhentian bas atau stesen bas yang pergi jauh-jauh punya. Macam Kuala Lumpur, Terengganu, Kelantan.
Kawasan agak strategik juga sebab dekat dengan keretapi Sungai Petani. Tapi lokasi tersebut orang tak berapa nak lalu lalang. Ada baiknya juga kalau UTC ni buat di tempat SP Plaza. Sebab disitu ramai orang berlalu lalang dan kawasan di tengah-tengah bandar Sungai Petani. Tu bagi pendapat aku ja lah.
Bila dah sampai, kelihatan khemah besar tengah dok setup. Hari Jumaat ni PM hadir untuk merasmikan UTC tersebut. Tapi perkhidmatan UTC tu dah pun beroperasi 1hb Februari yang lalu. Perkhidmatan kerajaan yang bertempat di UTC ni bukannya apa, yang bagusnya perkhidmatan ini berlanjutan sehingga jam 10 malam. Dan hari hujung minggu pun buka. Bagi orang yang bekerja waktu pejabat, agak sukar nak berurusan dengan perkhidmatan kerajaan yang lain bila waktu kerja yang sama. Dengan UTC nie, balik kerja, sampai rumah, mandi solat boleh pergi ke UTC waktu malam untuk berurusan.
|
- majlis perasmian, PM dan MB yang kuat lena katanya - |
Aku juga pernah berurusan di UTC Alor Setar untuk
pendaftaran SSM masa tahun lepas. Mudah dan orang pun tak ramai. Berurusan dalam jam 8 malam selepas staff rehat jam 7 - 8 malam. Dan adanya UTC nie, mudah pula aku nak berurusan dengan Imigresen apabila aku dan keluargaku akan ke Pattani pada bulan depan. Buat border pass saja disitu pada waktu malam. Tak sempat waktu malam, hujung minggu pun boleh.
UTC Sungai Petani ni aku ingatkan semua jabatan ada, macam di Alor Setar. Rupanya tak banyak yang ada. Tak semua yang ada. Macam di tingkat bawah ada Pejabat Kesihatan, Klinik 1Malaysia dan juga pejabat Negeri Kedah.
Tingkat dua ada dua jabatan saja iaitu Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara. Manakala Tingkat 3 ada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Bilik seminar dan mesyuarat juga di tingkat 3. Dan cafe di tingkat dua. Dan kaunter tiket bas hanya di sebelah saja. Kecil sikit dari UTC Alor Setar dan jabatan yang penting-penting dan yang masyarakat kerap berurusan saja.
|
- pintu masuk - |
|
- touch screen sebagai panduan - |
|
- agensi kerajaan yang ada di UTC - |
|
- kaunter dari pandangan atas - |
|
- di tingkat dua tiga penunjuk arah - |
|
- Imigresen - |
|
- JPN - |
|
- cafe (pic kurang jelas) - |
|
- agensi Kerajaan Kedah di tingkat bawah - |
|
- pandangan Bandar Sungai Petani, kelihatan stesen komuter, bangunan SP Plaza - |
Baru nak beroperasi, pelbagai renovate sedang dijalankan. Kerusi meja tak susun lagi, ekon baru nak pasang. Persedian rapi apabila perasmian hari Jumaat nie. Moga ianya bermanfaat kepada masyarakat.
Dulu disebut mini UTC, sekarang mini tu dibuang menjadikan UTC. Maknanya UTC di Kedah saja ada dua. Biasalah, penduduk Sungai Petani lebih ramai dari Alor Setar...huhu.
Sekian,
0 comments:
Post a Comment