Assalam,
|
- pintu masuk - |
Sudah lebih seminggu aku bermastautin di Sungai Petani ini selepas berpindah dari Bukit Gambir, Penang. Bandar Perdana yang bersebelahan dengan Bandar Puteri Jaya, sebuah perumahan antara yang terbesar di Sungai Petani, terdapat kemudahan yang banyak disediakan. Lokasi strategik di arah timur apabila melalui jalan lencongan timur.
Di rumah aku, dekat dengan sekolah Bandar Puteri Jaya, taman rekreasi, dan surau. Masjid masih di dalam perancangan yang memerlukan bajet RM5 juta. Sesiapa yang ingin saham akhirat, bolehlah bank in di Bank Islam, nombor akaun: 07043011011113. Semoga peroleh ganjaran yang hebat dari Allah Taala.
Petang tadi, lepas aku balik kerja, relax sat dan terus ke taman rekreasi untuk jogging. Dah lama tak berjogging selepas main bola sepak kejohanan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia masa bulan Ogos hari tu. Habis urat-urat kembang. Tapi sebelum tu pun dok main futsal juga, main pun sekali saja sebelum nak jogging balik nie....huhu.
|
- stretching dulu - |
|
- aduiii.....sakit pinggang gua - |
|
- berlari jauh ku meninggalkan.... eh, bontot awek pulak depan gua - |
Meriah juga petang-petang. Santai-santai dengan family bawa anak-anak. Kanak-kanak ada yang main bola. Main buih belon, gelongsor, buaian dan macam-macam lagi. Petang tadi aku berjogging dan bini aku jaga anak sambil main-main apa yang patut.
Start berlari 6.10 petang dan habis berlari jam 6.35. Relax2 sat jam 6.55 petang balik rumah. Pusing satu taman tu dengan trek yang ada. Esok lusa tulat boleh pergi lagi. Waktu pagi pun meriah.
Saksikan gambar-gambar suasana dibawah:-
|
- syurga kanak-kanak - |
|
- bisnes aiskrim - |
|
- tasik Bandar Perdana - |
|
- lagi syurga kanak-kanak - |
|
- anak gua keseronokan - |
|
- syoq dia - |
|
- pelbagai bisnes yang lain - |
|
- ini remaja main futsal - |
|
- kanak-kanak bermain bola - |
|
- buih belon - |
Thumbs up.
0 comments:
Post a Comment