Assalam,
Bagi sesiapa yang cuti berjalan ke Kedah secara amnya dan Sg Petani secara khususnya, atau dah memang dok Kedah tapi taktau kat mana lokasi kedai makan nak pekena, eloklah pekena char kuey teow "made in Penang" punya di Sg. Lalang, Sg Petani, Kedah. Gerai hanya tepi jalan saja, dengan permandangan kereta di jalan besar utama Sg Petani - Alor Setar.
Selain itu, lokasi yang agak strategik apabila di penjuru deretan kedai dengan berhadapan kedai RM1.99. Apabila ada orang yang pergi shoping-shoping di kedai RM1.99, hantar pakaian untuk cuci di kedai dobi, hantar anak ke kelas tuisyen, sambil-sambil dok tunggu boleh la pekena char kuey teow tu.
|
- lokasi dari Plaza Tol Sg Petani Utara - |
|
- terus menghala ke utara di tepi jalan blah kiri akan nampak banner ini - |
|
- masuk di simpang 3 - |
|
- masuk dari hadapan pun boleh - |
|
- berhadapan kedai RM1.99 - |
|
- gerai yang biasa tapi makanan rasanya luar biasa - |
|
- pandangan dari belakang - |
|
- chef - |
|
- hinggalah ke waktu malam - |
Ramuan kuey teow yang segar dan fresh setiap hari, terasa kenyal-kenyal, kuah yang secukup rasa, serta udang yang agak besar, membuatkan kita akan terasa puas memakannya dan juga ketagih, pasti akan kembali lagi untuk menikmatinya. Selalunya waktu petang orang balik dari kilang bekerja di Sg Petani, on the way ke utara, akan singgah makan disitu.
Selain itu, nasi lemak ikan temenung goreng dan juga bihun singapore yang berpen merah juga tidak ketinggalan. Makanan tersebut di dalam bentuk bungkus dan diletakkan di atas setiap meja. Harganya pun murah, hanya RM1.00 sahaja. Kalau makan satu pasti tambah lagi. Bolehlah try merasai disitu.
|
- adi char kuey teow - |
|
- nasi lemak "I", ikan goreng, "BS" bihun singapore, pun ada - |
|
- nasi lemak, bihun, dan char kuey teow...nyum,nyum - |
|
- terbaik - |
Waktu gerai beroperasi pada jam 4.30 petang sehingga 12 malam. Hari beroperasi setiap hari kecuali hari Selasa dan Rabu. Namun ada juga hari yang tak dapat dielakkan, jika ada kecemasan.
Tak rugi mencubanya, mai sekali pasti mai lagi. Pasti ketagih. Mai, mai, belum try belum tau. Bila dah try, sedap, viralkan or hebohkan kepada kawan2....huhu.
Moga menikmati,
Sekian,
*update:
bermula 11/02/2016, bihun singapore ditamatkan penjualan. Yang ada hanyalah nasi lemak ikan goreng temenung (masih dikekalkan) dan ikan bilis telur. Juga berpen merah yang bertulis 'I 'untuk ikan goreng dan 'BT' untuk bilis telur. Selamat menikmati :-)
No tepon x da ka
ReplyDelete