Assalam,
- masjid menara - |
Bulan Mac cuti pertengahan sekolah sudahpun bermula. Maka berseleraklah kenduri kendara disana disini seluruh Malaysia. Tak berkecuali juga di negara jiran kita disebelah utara tanah air, iaitu negara Thailand yang juga kenduri. Tapi ianya berbeza dengan kita disini. Dua hari sebelum tiba hari kenduri, kami telah tiba di Naratiwath. Namun sehari sebelum, kami telah merancang untuk berjalan-jalan terlebih dulu untuk memperabisi masa.
Waktu Zohor telah tiba kami (merujuk kepada aku, bini aku dan juga pak mak mertua) singgah di Masjid Central, Nara. Jama' dan berehat seketika sambil2 angin laut bertiup terasa syahdu dan kesejukan walaupun ketika tu terik panas.
- anak gua pijak kaki di Masjid Menara, Naratiwath - |
- bapak dan anak - |
Berehat dan bersantai seketika sehingga hendak masuknya waktu Asar, kami terus ke Pantai Nara yang tidak jauh dari masjid tu. Ternyata ianya sudah berubah apabila last kami pergi pada dua tahun lepas. Dulu kawasan tu boleh masuk dengan kereta. Dan sekarang kereta tak boleh masuk. Terdapat gerai-gerai makanan jual disitu. Dan jalan block situ dijadikan tempat laluan motorsikal, basikal dan juga kereta kuda.
Dah beli makanan di gerai yang banyak tadi, bawak tikar dan kami mula makan-makan di atas pasir yang lembut gitu. Bila makan dah kenyang anak aku pula main pasir.
- di laluan gerai-gerai - |
- jalan ini dah ditutup untuk kereta - |
- antara makanannya - |
- ubi keledek ungu - |
- anak gua melihat aiskrim kelapa - |
Ambil gambar dua tiga keping bawak anak aku pergi pantai. Dan kali pertamalah dalam hidupnya merasai pantai. Dah kena air laut, tiba2 badannya tak dapat nak stabil disebabkan air laut menarik pasir-pasir di bawah tapak kakinya. Terasa hibur pulak tengok beby dalam keadaan macam tu. Dan lepas tu, dia terus main air sampai penatnya dia.....huhu. Mandikan beby dengan air paip di masjid central tadi, kemudian kami terus gerak balik.
On the way ke Erawan, Weang, Naratiwath mengambil masa 50 minit dengan anggaran 53km. Kemudian lebih kurang 35km, terdapat satu roadblock yang agak lama kami tersangkut. Banyak juga kereta yang kena sangkut. Dan disitu ada simpang 3. Simpang yang ke kanan ditutup terus oleh tentera siam. Mana-mana kenderaan yang nak masuk, tak dibenarkan. Dan kelihatan askar siam berlari-lari menuju ke kem. Dan kami sememangnya menuju ke arah kiri.
Dah sampai di roadblock tu, dilepas begitu saja oleh tentera siam. Masa tu kami tak tahu apa-apa lagi situasi. Sepanjang dok tunggu kereta bergerak semasa tergendala tu, nampak orang sedang memerhati ke arah tentera siam dok berlari. Tak tahu apa yang terjadi.
- dah makan gambar dulu - |
- main pasir - |
- kali pertama di laut pantai..huhu - |
- penuh kehairanan dan mula ingin tahu - |
- tak dapat imbang lalu terjatuh bila air laut tiba - |
Alhamdulillah, selamat sampai di Erawan, Nara pada waktu maghrib. Malam kenduri seperti biasa sedikit kesibukan oleh tuan rumah dengan memasang khemah, susun meja dan kerusi semua. Bila tiba waktu malam lepas Isyak, kelihatan orang kampung hadir untuk makan kenduri sikit.
Rupanya, kejadian petang tadi yang kena tahan roadblock yang agak lama tu, adalah kejadian tembak menembak dengan puak pemisah. Tujuh tentera siam mati. Patutlah tentera siam berlari masuk ke dalam kem. Dan orang kampung tu sambung lagi, pada mulanya bom di pasang di tiang elektrik. Tentera berkumpul disitu. Dan tentera tak perasan belakang terdapat puak pemisah, Puak pemisah terus menembak sehingga tujuh tentera siam mampuh.
Live sebegitu agak bahaya juga. Mujurlah puak-puak berperang di dalam kawasan kampung yang agak dalam dan bukannya di tepi jalan. Dan lihat penduduk situ bagaikan macam dah biasa dan dah lali dengan agenda tembak menembak nie.
Pada asalnya nak balik melalui Pattani - Sadao - Bukit Kayu Hitam, tak jadi. Gara-gara tembakan berlaku tu. Akhirnya kami balik melalui Bukit Ta - Bukit Bunga. Kejadian yang betul-betul terpahat di jiwa di kawasan bergolak tu. Walaupun tak lah nampak bom asap atau bunyi tembak menembak, namun dalam keadaan begitupun, terasa juga di hati.
Sekian,
0 comments:
Post a Comment