Assalam,
- bahagian depan - |
Pada kali ini bukanlah nak diceritakan penambahan aksesori pada jentera. Tapi malang yang menimpa. Pada petang raya diwaktu senja dah mula nak gelap, satu lembaga datang arah bertentangan dan terkena hentakan yang kuat menyebabkan sesuatu yang berlaku.
Pecah berterabur cover dan juga cermin, iaitulah side mirror aku sebelah kanan. Akibatnya kereta MPV seingat aku, telah makan jalan arah bertentangan dan terus terkena side mirror kereta aku dengan side mirror kereta dia. Jalan arah bertentangan tersebut tak elok, dengan berlopak dan menyebabkan kereta itu ingin mengelak dan tak semena-mena telah berlanggar.
Waktu senja dah nak gelap, cuma perasan kereta MPV saja, tapi model apa tak perasan. Dan nombor plet pun tak perasan. Lepas saja dilanggar, aku terus berhenti. Dan kereta MPV itu terus berlalu seperti macam tiada apa-apa berlaku. Mujur kereta belakang aku tiada. Aku patah balik dan ingin mengejar, tapi apakan daya, dia lesap begitu saja.
Impak dari pelanggaran itu, seumpama bunyi kuat berdentum bagaikan bom yang hanya di sebelah telinga saja. Cermin side mirror itu terus meletup terkena tingkap cermin pintu. Dan ketika itu tingkap cermin pintu ditutup rapat kerana buka aircond. Bayangkan jika tingkap cermin pintu dibuka, pasti kesan teruk pada muka aku.
Cermin dan cover pecah hancur berkecai, bertaburan di tepi jalan. Tiada langsung kesan-kesan cover. Hanya cuma nampak cover kereta MPV itu sahaja yang berwarna jingga. Kelihatan dogoi side mirror aku. Tapi motor flip dan adjust kiri kanan bawah atas masih berfungsi. Juga kelihatan wayar signal terjuntai terkeluar.
Dan banyak wayar di dalam menyebabkan aku menutupnya dengan plastik supaya wayar-wayar tersebut tidak terkena short. Dijangka begitulah. Cegah dulu sebelum apa-apa terjadi. Kekallah balutan itu selama 3 minggu sementara hendak masuk gaji beli baru...huhu.
Alhamdulillah, setelah membelinya di Sungai Petani alat ganti kenderaan, dapatlah aku memasangnya semula. Side mirror ada dijual sebelah. Pada mulanya aku ingat dijual sepasang. Dan side mirror itu tidak disekalikan dengan cover. Cover pula berasingan. Kemudian aku terus ke kedai cat, dan cat hitam kedua-dua sekali.
Sudah bersungguh kita memandu dengan cermat, tapi takdir telah menentukan dan tiada siapa pun boleh mengelak. Dan itulah pengalaman yang dilalui.
Dan pesanan disini sebagai salingan, kalau bawa kereta dalam keadaan yang sesak, janganlah rapat sangat di bahagian kiri, kerana bahagian kiri adalah laluan motor, dan begitu juga jangan ke kanan sangat. Kalau dah berlanggar, mungkin pecah side mirror kerata kita. Kerana apa aku berkata begitu? Aku sudah banyak lalui pengalaman begitu. (Rempit di Key EL semasa di KUIS dulu). Kalau dah dilanggar, marah pula pada mat motor, tapi sendiri pandu kereta tak beri laluan. Dan kalau jenis tak kisah dan duit banyak, itu tak boleh nak kata apa.
- setelah dibaik pulih - |
- berkilat - |

Sekian
0 comments:
Post a Comment