Assalam,
Pengalaman yang sungguh mengujakan apabila berpeluang untuk melawat muzium emas pertama di Asia Tenggara. Terletak di 95, Lebuh Bishop 10200 Georgetown, Pulau Pinang.
Sebaik saja tiba di pintu masuk, kelihatan seperti masuk dalam gua lombong pada zaman silam. Design tepi dinding seakan batu yang dikorek, dan bunyi soundnya seperti orang ketuk-ketuk dan memecahkan batu. Kelihatan begitu klasik.
Pelbagai knowlagde dan info-info serta perkongsian ilmu di tampal pada dinding-dinding. Ada juga lukisan 3D yang menarik membolehkan kita bergambar seolah-olah berada pada zaman lampau. Juga berpeluang untuk merasai emas seberat 50 kilo. Dan juga emas 12.5 kilo berharga RM1.8 juta bertarikh 20/8/2016. Fuhh....
- penerangan dari tour guide - |
- emas dilombong - |
- harta qarun - |
- emas 12.5 kilo bersamaan wang kertas Rm1.8 juta - |
- pelbagai aksesori perak - |
- aksesori emas - |
Antara yang begitu teruja di muzium emas ini adalah demo pembuatan emas. Demo pada ketika itu mereka menggunakan logam silver. Tahap kepanasan silver ditambah 100 darjah selsius dari emas. Lebih kurang 1,800 kepanasan api. Dari logam masuk ke dalam api kira-kira 5 minit, dan silver itu cair. Kemudian dituang ke bekas. Selepas saja tuang logam tersebut, bekas itu terus diterbalikkan. Dan silver tersebut terus beku. Pendemo tersebut mengepit silver tersebut dengan besi dan rendam di dalam air tak sampai seminit, terus boleh pegang. Begitu cepat dah sejuk. Kalau besi, rasanya masih panas lagi. Itulah yang membuatkan amat teruja dengan ciptaan logam dari Tuhan yang maha Kuasa.
- sebelum demo dimulakan - |
- saat mendulang - |
- ini hasilnya, 4 ketul emas - |
Waktu operasi:-
Setiap hari dari jam 9.00 pagi - 6.00 petang
Bayaran masuk:-
Dewasa : RM30
Kanak-kanak 7-12tahun : RM15
Warga emas : RM15
Kalau ke Muzium emas saja tak beli emas pun rugi juga. Kenali emas Public Gold yang menjual emas tiada GST. Murah dan berkualiti. Cawangan Public Gold ada di seluruh Malaysia. Setiap negeri ada cawangannya kecuali Perlis. Hubungi saya 013-3205313 sebagai pemudahcara anda untuk membeli emas. Emas adalah pelindung mutlak kekayaan anda.
Sekian
0 comments:
Post a Comment