Assalam,
|
- hq Public Gold - |
"Dahsyat". Itulah perkataan yang sering dikeluarkan dari mulut aku dan juga seorang rakan kenalan baru apabila mengikuti Program Insentif Jualan ataupun Sales Incentive Program (SIP) dari Public Gold. Program santai dimana pengenalan kakitangan ataupun tulang belakang syarikat emas terbesar di Malaysia yang tidak dikenakan GST, untuk mengetahui lebih rapat lagi.
Program yang dilangsungkan selama dua hari satu malam, yang dikenakan bayaran sebanyak 2 gram emas sahaja, tetapi pada bulan Ogos 2016, iaitu SIP yang ke-14, bayaran dikenakan sebanyak 3.5gram emas. Tambahan 1.5gram emas adalah kerana Public Gold menambah satu program yang begitu dahsyat, iaitu Sunset Cruise di sekitar perairan laut Pulau Pinang. Bayaran tersebut dilakukan melalui akaun
GAP (klik sini untuk mengetahui lebih lanjut).
|
- tentatif program - |
Sampai sahaja di hq Public Gold, disambut baik oleh staf Public Gold, dan dijemput untuk bersarapan terlebih dahulu. Pada jam lebih kurang 9.30 pagi, aktiviti pertama adalah pengenalan ataupun ice-breaking oleh semua kakitangan, dimulakan oleh Dato, Datin dan seluruh kakitangan Public Gold. Kemudian pengenalan oleh peserta-peserta untuk mengenalkan diri, dari mana dan juga inerducer.
Selepas saja pengenalan, sessi bergambar terlebih dulu. dihadapan hq Public Gold. Dan kemudian melawat serta penerangan satu persatu pejabat atau kakitangan Public Gold. Setelah selesai pengenalan di semua unit atau bahagian di dalam hq, aktiviti seterusnya adalah 'dream car'.
|
- ucapan dari Dato' - |
|
- bersama bos besar Dato' Public Gold - |
|
- merasai jongkong perak 5 kilo - |
|
- pengenalan staf Public Gold - |
Dream car adalah kereta mewah dimasukkan di dalam tentatif program tersebut sebagai penyuntik semangat para peserta. Kereta mewah tersebut adalah kereta Royll Royce yang bernilai RM 1.5 juta, dan para peserta berpeluang untuk menaikinya. Pengalaman aku merasa kereta yang berenjin seperti kapal terbang, terasa sungguh teruja apabila driver terus tekan minyak dengan lajunya. Enjin kapasiti yang besar, body kereta besar dan sistem elektronik yang begitu canggih. Sehingga tempat duduk pun terasa 'massage'nya.
|
- terbaik - |
|
- dalaman kereta - |
|
- kereta Royll Royce - |
Selesai aktiviti dream car, aktiviti seterusnya adalah makan tengahhari. Public Gold telah menyediakan bas untuk peserta untuk ke destinasi ke destinasi sepanjang program. Menu makanan tengahhari adalah Mee Udang di Teluk Kumbar.
Selepas saja makan, perjalanan diteruskan ke Tanjung Pinang untuk menaiki cruise. Sebelum ke Tanjung Pinang, Public Gold singgah di Public Safe terlebih dulu di cawangan Public Gold Relau untuk melawat. Dan waktu ketika itu sudahpun masuk waktu Zohor, selepas saja melawat, terus saja solat di surau Public Gold Relau sementara menunggu bas.
|
- bas yang disewa - |
|
- pekena Mee Udang Cantik - |
|
- singgah di Public Safe - |
|
- dalam Public Safe - |
|
- penerangan berkaitan Public Safe - |
Lebih kurang jam 3.30 petang, perjalanan diteruskan menuju ke Tanjung Pinang. Inilah aktiviti yang dinanti-nantikan. Peserta dibahagi dua kumpulan. Dan Public Gold telah menyewa dua buah kapal untuk peserta-peserta. Difahamkan apa yang dicerita oleh anak kapal sewaktu pelayaran, sewa kapal untuk sejam saja bayaran dikenakan sebanyak beribu-ribu ringgit. Dan Public Gold menyewa kapal tersebut anggaran tiga jam. Dua kapal pula tu. Fuhh....dahsyat.
Menikmati permandangan yang sungguh indah dan inilah kali pertama kalinya menaiki kapal yang serba mewah. Kapal yang 'owner'nya berasal dari Amerika, terdapat tiga lapis dalam kapal tersebut. Di lapis bawah ada empat bilik. Tiga bilik tidur dan satu bilik air. Dua bilik tidur katil queen dan satu bilik tidur dua katil bujang. Siap dengan dengan almari baju lagi. Di lapis tengah pula tempat santai 'indoor'. Ekon, sofa, meja makan, peti ais dan juga kemudi kapal. Dan di lapis itu juga, boleh keluar dari 'indoor' untuk ke depan kapal sambil menghirup udara luar sambil baring-baring santai. Titanic pun boleh juga disitu. Bahagian atas sekali, 'outdoor', terdapat sofa lepak-lepak dan ada juga kemudi kapal disitu. Sesuai untuk menikmati permandangan sambil menghirup udara laut. Kapten mengemudi kapal pada ketika itu di lapis tiga.
|
- jeti Tanjung Pinang - |
|
- park kapal-kapal - |
|
- peserta berkumpul - |
|
- aku di Tanjung Pinang - |
|
- ini kapal yang kami naik - |
Kami terus dibawa ronda bermula dari jeti Tanjung Pinang, melalui kapal-kapal kargo yang besar, tempat parking Star Cruise, melalui feri, di bawah jambatan Pulau Pinang sehinggalah berada di Pulau Jerejak. Kemudian kami berpatah balik. Perjalanan kami meronda mengambil masa kira-kira dua jam lebih.
Setelah tiba di jeti Tanjung Pinang, kami terus menaiki bas dan meneruskan aktivitnya selajutnya iaitu makan malam di Restoran Nasi Tujuh Benua. Waktu ketika itu sudahpun menunjukkan jam 7 malam. Saat itu ramai orang sudah keletihan dan kelaparan.
|
- dalam lapis dua - |
|
- lapis tiga, "outdoor" - |
|
- santai - |
|
- kapten - |
|
- aku bersama kapten - |
|
- kelihatan komtar disitu - |
|
- santai juga aku - |
|
- tiba di jambatan Pulau Pinang, bersebelahan anak kapal - |
|
- bersama kenalan baru - |
|
- pulang sudah - |
|
- tiba di pengkalan - |
Selesai makan, aktiviti seterusnya adalah melawat shop lot Public Gold di Quensbay Mall. Dan memandangkan ketika itu pertandingan sukan olimpik final Lee Chong Wei, maka secara majoritinya ingin menyaksikan perlawanan tersebut di bilik masing-masing di hotel. Maka kami terus saja ke hotel dan sesiapa ingin ke Quensbay Mall, boleh saja berjalan kaki kerana hotel dengan mall tersebut tidaklah jauh.
|
- hotel eastin, Bayan Lepas - |
Hari kedua program SIP, Public Gold, syarikat emas terbesar di Malaysia, emas termurah dan berkualiti serta bebas GST, diteruskan. Dimulakan bersarapan di Restoran mapler Subaidah di Sungai Dua, Penang. Makan dengan kenyang kami diteruskan program menuju ke cawangan Public Gold Relau.
Di dalam bilik seminar tersebut, penerangan dari staf Public Gold sendiri untuk memberikan ilmu-ilmu tambahan Public Gold, hala tuju syarikat, pengedar, PG Mall dan juga sharing dari dealer-dealer berpengalaman. Selesai saja seminar, penyampaian sijil dan juga gambar kepada semua peserta. Fire sale juga diadakan dimana jualan murah jongkong emas, dinar, perak, dirham dan juga eksesori.
|
- seminar berlangsung - |
|
- shopping fire sales - |
|
- penyampaian sijil - |
Waktu tengahhari dan perut sudahpun berbunyi, kami diteruskan perjalanan menuju ke Nasi Kandar Maqbul di Bayan Baru. Selesai saja perjalanan diteruskan menuju ke Muzium emas di Bishop, Penang. Muzium emas pertama di Asia Tenggara, Mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Recods. Perceritaan dan pengalaman muzium tersebut,
boleh klik sini. Selesai saja melawat muzium, aktiviti lucky draw dijalankan. Dan Alhamdulillah, nama aku disebut dan dapat aksesori pen drive Public Gold.
Aktiviti terakhir kami menuju ke Street Art Penang. Program tersebut tiada di dalam tentatif program, tetapi memandangkan masih ada masa, kami singgah sebentar disitu. Bagi peserta yang pertama kali datang ke Penang, inilah masa untuk bergambar dan mengalami sendiri suasana apabila Street Art Penang selalu diviralkan di seluruh media dan agak popular sebagai ikon pelancongan ke Penang.
|
- muzium Public Gold - |
|
- tersedia untuk dijual - |
|
- dalam Public Gold cawangan Bishop - |
|
- cabutan hadiah dapat pendrive Public Gold - |
Berakhirlah aktiviti Sales Insentive Program (SIP) dari Public Gold yang begitu padat jadualnya selama dua hari. Tujuan Public Gold mengadakan program ini adalah bertujuan untuk meyakinkan para ahli ataupun dealer-dealer kerana syarikat Public Gold adalah sebenar-benarnya menjual emas dan dapat emas.
Dan bukanlah jual emas semata-mata, tetapi banyak ilmu yang diterapkan seperti teknik-teknik, latihan, pemikiran, sosial yang diterapkan kepada dealer sebagai eleman yang sangat penting. Pengalaman serta ilmu baru yang diperoleh, akan meningkatkan produktiviti individu supaya lebih yakin dan lebih efisyen untuk masa depan. InsyaAllah.
|
- Public Gold terbaik...!!! - |
Sekian
0 comments:
Post a Comment