منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Nafkah Anak Tertunggak: Kajian Kes Di Mahkamah Syariah Pulau Pinang

Assalamualaikum,

Persidangan Antarabangsa Undang-undang Islam, Ekonomi dan Kewangan 2019 di Desaru, Johor Darul Takzim. Pembentangan dalam bahagian Undang-undang Islam.

ABSTRAK

Nafkah adalah tanggungjawab seorang bapa, dan kegagalan mematuhinya boleh dituntut sebagai tunggakan. Apabila mahkamah telah memerintahkan seseorang bapa untuk menanggung nafkah anak,  maka si bapa perlu mematuhinya. Kewajipan ini diikat dengan meterai mahkamah di mana mahkamah berbidangkuasa untuk mengeluarkan perintah bagi pelaksanaannya. Jika pihak si bapa tidak melaksanakannya, maka penguatkuasaan boleh dilakukan kerana menghina mahkamah. Keengkaran ini berlaku apabila pihak si bapa telah mengabaikan perintah tersebut dan tanggungjawabnya untuk memberi nafkah telah melampaui tempoh sebulan daripada waktu sepatutnya, maka kos tersebut akan dianggap sebagai tertunggak. Berlaku beberapa kes di mana pihak bapa tidak mematuhi perintah yang dikeluarkan sehingga menyebabkan nafkah menjadi tertunggak. Artikel ini bertujuan menilai tahap pihak defendan untuk mematuhi perintah yang telah dikeluarkan oleh pihak mahkamah. Aduan akan dilakukan oleh pihak si ibu sebagai pengadu kepada pihak yang berkuasa untuk menjalankan pelaksanaan ini. Pihak yang diberi tanggungjawab tersebut adalah dari seksyen Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Skop kajian ini hanya difokuskan di Pulau Pinang sahaja dan penelitian dilakukan berdasarkan statistik tahun 2018 yang melibatkan pendaftaran, penyelesaian kes dan jumlah keseluruhan kos nafkah yang berjaya dipungut. Hasil analisis mendapati kes berjaya diselesaikan pada peringkat Saman Penghutang Penghakiman dan Notis Penghakiman. Kes ini berjaya diselesaikan di peringkat awal kerana pihak-pihak hadir ke mahkamah dan sesi rundingcara dijalankan oleh Pegawai Rundingcara dari Bahagian Sokongan Keluarga. Namun, terdapat juga kes hampir dibawa ke peringkat komital kerana kegagalan pihak defendan untuk melaksanakannya.

Kata Kunci: nafkah anak, tunggakan nafkah, perundangan, Mahkamah Syariah.


- sessi pembentangan -

- para pembentangan -

Berikut adalah sambungan artikel NAFKAH ANAK TERTUNGGAK: KAJIAN KES DI  MAHKAMAH SYARIAH PULAU PINANG format PDF di bawah:-

Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment