منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Kuliah Dhuha di Kompleks HIG Langkawi

Salam sejahtera,

Pagi kemarin kuliah dhuha yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Haron Din di perkarangan Kompleks Haji Ismail Group, Kuah Langkawi. Tak sangka ianya dianjurkan bertempat di shoping kompleks orang melayu di tengah-tengah perkarangan. Aku dapat info berkenaan tersebut last minit di facebook.

Seawal jam 9.00 pagi, aku mula keluar dari rumah menuju ke Kompleks HIG. Sesampai saja, dah ramai orang park kereta di tempat parking. Sejuk hati memandang keadaan sekeliling dengan berkeluarga, orang lelaki dengan kopiahnya dan perempuan dengan jubah dan baju kurungnya. Berbagai pelekat kereta yang aku dapat lihat, dengan 'Kedah Sejahtera', 'Sayangi Kedah' gambar arwah Ust Azizan, dan lambang 'bulan hijau putih' itu yang paling penting....hehe.

HIG mula beroperasi secara kecil-kecilan sebagai runcit pada tahun 1987. Kemudian ianya berkembang dan terus berkembang dan memuncak pada tahun 2013 tak silap bulan Ogos, bermulanya shoping kompleks dua tingkat dan hotel dibuka pada November 2013. Bukanlah nak menceritkan kisah HIG ni, tetapi aku tertarik kerana HIG ini boleh anjur dan menjemput Dato' Haron Din untuk memberi kuliahnya kepada orang ramai.

- shopping kompleks HIG dan hotel HIG yang tinggi tu -

Sedikit point yang aku dapat share dari kuliahnya berkenaan hidup manusia ke alam dunia ini. Setakat mana yang aku ingat. Ketibaannya dalam pukul 9.30 pagi dan terus memberi kuliahnya dan berakhir dalam pukul 10.30 pagi. Selepas kuliahnya, orang ramai dijemput untuk makan kerana makanan juga disediakan oleh pihak penganjur.

*Kuliah Dhuha Tuan Guru Dato' Haron Din

Tuan guru Dato' Haron Din mengingatkan kita tentang kehidupan yang sangat ringkas. Kita memerlukan bekalan yang banyak untuk membawanya ke perjalanan yang amat jauh. Seperti contoh yang diberi olehnya, jika kita dari Langkawi nak ke Kuala Lumpur, kita memerlukan bekalan nak ke sana, seperti makanan, duit, baju, minyak kereta yang seumpama yang mana perjalanan lebih kurang 400 km. Jika kita nak ke Johor, bekalan itu kian bertambah. Sama juga nak ke Mekah, kuantiti bekalan itu berbeza, dan juga ke USA, tempat yang paling jauh dari sini, memerlukan bekalan yang banyak.

Begitu juga apabila kita hendak menuju ke padang Mahsyar kelak, selama mana kita ini bernafas, selama itulah kita kena bersusaha untuk menghimpunkan bekalan yang sangat mencukupi, supaya disana kelak kita tak akan menyesal. Ada kisah pada zaman Nabi. Satu hari, ada seorang Arab bertanya tentang "bilakah kiamat itu?". Nabi hanya menjawab, "adakah kamu sudah cukup dengan bekalan kamu itu?". Begitulah jawapan Nabi yang ringkas kerana sesungguhnya, tarikh untuk kiamatnya dunia ini hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

- Tuan Guru Dato' Haron Din dalam kuliahnya -

Semua orang mahukan syurga. Terdapat kisah pada zaman Nabi, mengenai orang bukan Islam. Ketika itu orang Islam mahu berperang, ditanya oleh seorang yang bukan Islam, "apa ganjaran yang diperoleh jika dia mati", maka Nabi jawab, "akan masuk ke dalam syurga". Orang bukan Islam itu bertanya, "apa itu syurga?" Nabi menjawab, "syurga itu adalah kesenangan, berbagai-bagi boleh meminta, tidak ada kedukaan, tidak akan lapar, dahaga buat selama-lamanya". Orang Islam itu berkata, "jika begitu, aku ingin memeluk agama Islam dan aku ingin berperang".

Setelah berperang, ditakdirkan orang yang memeluk agama Islam itu tidak syahid. Harta rampasan perang dikumpulkan dan diagihkan kepada tentera-tentera yang lain. Sampai digiliran orang yang baru peluk agama Islam itu, dia berkata, "aku bukannya mahu habuan didunia. Aku cuma mahu anak panah menembusi di halqumku ini". Maka dengan itu, dia berkalih atau berpaling dari Nabi dan terus ke belakang Nabi. Seorang pengintip musuh yang berada dikedudukan agak jauh terus memanah betul-betul ke arah Nabi, kebetulan orang yang baru agama Islam itu melintasi Nabi, dengan tidak semena-mena anak panah itu terus tepat menuju ke halqum orang yang peluk agama Islam itu, maka syahid ianya disitu.

Begitulah kisah teguhnya keimanan yang dimiliki oleh sahabat Nabi ketika dahulu. Dia tidak menerima habuan dunia, kesanggupannya terhadap ganjaran yang miliki di akhirat sangat berbaloi walaupun hanya mendengar di telinga hanya beberapa seketika saja.

Untuk mencapai tahap banyaknya bekalan yang dikumpul, haruslah bersusah payah dahulu. Melihat dari pangkat masing-masing. Tok guru Haron Din mengingatkan, bahawa jika manusia itu seorang pekebun, ada terdapat amanahnya dalam pekerjaannya itu. Bagi seorang guru, amanah amat berat untuk menanggung setiap muridnya dalam memberi pembelajaran. Begitu juga dengan wakil rakyat, ujiannya semakin memberat terhadap kawasan yang dijaganya itu, menteri lagi susah, dan PM juga lagi susah, kerana amanah serta tanggungjawabnya lagi berat dalam mentadbir sesebuah negara.

Itulah sedikit sebanyak kuliah dhuha yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Haron Din. Walaupun sejam, agak ringkas, tapi percakapan oleh tok guru ini, sangat mendalam percakapannya. Ulama hanya mengajak manusia dimuka bumi ini untuk melakukan perkara yang baik dan menentang segala kemungkaran. Kerana sesungguhnya, kita mahu semua ramai-ramai bertemu dengan Rasulullah. Manusia yang paling agung dan membawa rahmat di sekian alam.

WallahuA'lam,

- sedikit makanan disediakan oleh pihak penganjur -

Sekian,

Wassalam.
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment