Salam sejahtera,
Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana diberi kekuatan untuk menahan mata yang sering mengantuk diwaktu yang sangat kemuncak sedapnya tidur. Keadaan didalam bilik opis yang begitu sejuk, diluar pula keadaan redup, jika diletak bantal diruang legar bilik pejabatku ini, pasti terlelaplah kenikmatan memejam mata sehinggalah jam 5 petang diwaktu habis kerja.
Membebel pula. Baik, pada hari ini, aku ceritakan sedikit syoqnya pengalaman mangrove di Langkawi. Ini kali pertama aku naik bot untuk mangrove walaupun sudah setahun aku berada di Langkawi. Percutian hari Pekerja atau hari Buruh 1 Mei 2014, mengambil kesempatan family aku untuk datang ke Langkawi. Cadangan aku untuk membawa mereka menaiki bot sambil menikmati permadangan yang cukup indah ciptaan Tuhan.
Perceritaan kali ini di Langkawi sudah masuk Part 3, untuk mengetahui part sebelum tu, boleh klik tulisan hijau
Part 1 dan juga
Part 2.
Sebelum berangkat disana, terdapat dua tempat untuk kita boleh mangrove. Yang pertama di Jeti Kilim dan yang kedua di Pantai Tanjung Rhu. Aku memilih di Pantai Tanjung Rhu kerana aku survey dulu dan bertanya member aku sendiri bernama Meon (Mirul) yang sering bawa pelancong. Itu kerjanya. Aku tanya dia kalau nak mangrove yang mana syoq, dia kata di Tanjung Rhu. Lagipun dia kenal agen di sana. Minta tolong di berkira adik beradik, dan bolehlah agen tu bagi RM150 untuk 3 jam. Lokasinya di Pulau Dangli, Gua Kelawar, Gua Buaya sambil menikmati hutan paya bakau, bagi burung helang makan sambar menyambar, dan tempat peliharaan ikan.
|
- sampai ke destinasi - |
|
- ikut brader baju biru tu ke bot dia - |
|
- itu dia - |
|
- selfie dulu dalam bot, 2 orang tidak kelihatan - |
|
- baba wan dengan cucunya Furqan - |
Pada jam 8.30 pagi, maka berangkatlah kami dari Kg Sg Menghulu, Kuah menuju ke Tanjung Rhu dengan jarak kira-kira 24km mengambil masa setengah jam perjalanan. Sampai di sana bertemu dengan agen mangrove yang bernama Kak Timah. Dah bagi duit kemudian tunggu sebentar untuk pemandu bot itu tiba.
Dalam jam lebih kurang 9.15 pagi, maka kami semua 10 orang dewasa dan 1 orang budak kecil menaiki bot. Kami sewa 1 bot terus untuk 1 family. Untuk lokasi pertama, kami ke
*Pulau Dangli. Jarak naik bot ni kira-kira mengambil masa 15 - 20 minit. Airnya jernih dan kami bagi ikan-ikan makan. Roti dah disediakan oleh brader yang bawa bot tu, dan pakat-pakat bagi ikan makan. Syoq pula tengok ikan-ikan tu makan.
|
- bismillah, perjalanan dimulakan - |
|
- dah sampai Pulau Dangli, ada juga bot pelancong yang lain - |
|
- bini gua bagi ikan makan - |
|
- ikan sedang menikmati - |
|
- gua dengan mama gua - |
|
- adik-adik aku syoq bagi ikan makan - |
Berada di situ lebih kurang setengah jam, kami diteruskan lagi perjalanan. Kami menuju ke
*Kilim Geoforest Park. Kat sini berhenti sekejap saja untuk mengambil gambar. Kemudian kami diteruskan lagi menuju ke
*Gua Kelawar. Sampai di jeti, kelihatan orang begitu ramai sekali. Diberi masa untuk melawat kelawar tersebut selama setengah jam lebih kurang. Kelawar masing-masing tengah lena, masuk gua yang begitu gelap.
|
- perjalanan diteruskan di laluan laut - |
|
- Furqan melayani perasaan....huhu - |
|
- sejam perjalanan dan akhirnya - |
|
- masuk jalan sungai, hutan paya bakau kelihatan - |
|
- jeti Kilim, orang berpusu-pusu - |
|
- kelihatan jeti gua kelawar - |
|
- dah sampai - |
|
- tudia guanya - |
|
-gelap - |
|
- kelawar menikmati ketiduran - |
|
- dah keluar gua yang pertama, orang semakin ramai - |
|
- masuk pula di gua yang kedua - |
|
- ini mencabar sikit, kena tunduk - |
|
- tapi sekejap saja - |
|
- buah hati gua - |
|
- orang ramai turun ke jeti - |
Lepas daripada itu, kami ke
*Gua Buaya. Bukanlah nak dikatakan ada buaya disitu, cumanya gua batu tersebut seakan kepala buaya. Time tu pula air laut cun-cun saja bot boleh masuk. Tak pasang lagi. Brader tu kata jam 1 petang, air laut pasang, kemungkinan bot tak boleh nak masuk dalam gua tu.
Kemudian kami diteruskan perjalanan merentasi sungai-sungai yang payau airnya. Hutan paya bakau disekeliling membuatkan mempersona permandangan. Sambil menikmati beruk-beruk dan kera yang sering mengikuti bot-bot yang lalu sambil memberi makanan. Kadangkala membuatkan gelak ketawa melihat gelagat beruk-beruk tersebut.
|
- itu dia guanya - |
|
- batu tu lah bentuk macam kepala buaya - |
|
- ok, dah masuk - |
|
- menikmati permandangan hutan paya bakau - |
|
- tudia akarnya, antara pokok yang terkuat - |
|
- masuk lorong - |
|
- sekali anak buaya daa....haha adik beradik biawak - |
|
- beruk-beruk kelihatan - |
Jalan-jalan sampai di satu tempat sungai yang begitu luas permandangannya. Kelihatan
*burung-burung helang berterbangan mencari mangsa. Syoq tengok burung helang tu menjuman terus mencakar dan menggenggam makanan yang berada di sungai. Kami kata besar burung helang tu, brader tu pun kata ada lagi besar dari tu, burung tu terdapat di sebelah jeti Langkawi. Bila kita nak naik bot, pasti nampak burung tu. Hahaha....main2 pula brader ni. Kalau sebesar burung replika tu ada dan boleh terbang, semua orang tinggalkan pulau Langkawi nie.
Dan destinasi terakhir kami, brader tu bawa ke tempat
*peliharaan ikan laut. Menarik juga ikan-ikan yang depa dok bela tu. Tempat tu juga disediakan makanan bagi mereka yang ambil pakej makan sekali. Selalunya pelancong dari luar negara yang ambil pakej itu. Sedang syoq diberi penarangan oleh seorang budak yang kerja kat situ, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Kami tunggu bawah bumbung restorang tu sampai hujan berhenti. Hujan selama 40 minit lebih kurang, kemudian hujan makin berhenti. Ajak brader tu balik, dan terus balik ke Tanjung Rhu. Rupanya dari tempat ikan tu tak jauh dah pergi ke Tanjung Rhu tu. Agak menarik juga sebab masa pergi macam jauh, lalu ikut jalan laut. Masa balik ikut jalan sungai.
|
- destinasi seterusnya hampir tiba - |
|
- ikan apa ntah - |
|
- bini aku bagi ikan makan - |
|
- ikan pari besaq - |
|
- belangkas - |
|
- dok sat takdan nak tengok semua, hujan dah turun - |
|
- berteduh di bawah bumbung - |
|
- hujan dah sereyat - |
Tepat jam 12.30 tengahhari, kami sampai di Tanjung Rhu. Kami naik kereta dan terus balik ke rumah untuk bersiap-siap Jumaat. Itulah antaranya yang sangat menarik menikmati permandangan mangrove pakej 3 jam. InsyaAllah pada akan datang, pasti ketemu lagi.
|
- balik - |
|
- dah nampak Tanjung Rhu - |
|
- sampai sudah di daratan pulau - |
Sampai disini saja,
Sekian,
0 comments:
Post a Comment