منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Backpacker Domestik (Kulim-Bangi-Penang)

Assalam...

Menjadi rutin setiap minggu aku mesti ke UKM di Bangi. Tapi pada minggu nie member seteman, sekerja, selapor diri, sekelas tidak dapat pula utk menghadirkan dirinya. Selalu ke kelas naik kereta kongsi 50-50. Tapi kalau naik sorang, kos akan berganda. Aduhai.....bajet pun ciput saja. So, mulalah utk aku menjadi backpacker....huhu. cewah,

- antara barang yang bawa -


- simple man -

Hobi aku suka travel, mengembara dan seumpamanya. Jika aku sorang atau dgn member2, cukup utk keperluan pun jadi. Tak perlu nk mewah2 dengan kos yang tinggi. Jadi seperti backpacker adalah yang terbaik.

Setelah meneliti di internet utk kos yg murah utk ke ibu kota, maka aku memilih Jumaat malam pergi naik bas dan balik pada hari Ahad naik flight. Cukuplah, janji tak sampai Rm50. Harga tiket bas Rm36 dari Kulim ke Puduraya dan harga kapal terbang Rm41 dari KLIA2 ke Penang.

- makan dulu -

- kaunter tiket -

- tersedia -

- bas ini sahaja aku suka -

Bas pada malam tu drive cukup laju, dan sampai di Pudu pada jam 4.30. Pintu Pudu pun tak buka lagi, dan terpaksa tercangak di perkarangan Pudu tu. Jam 5.45 pagi, barulah pintu dibuka dan aku terus masuk menuju ke surau. Setelah solat, terus gerak menuju ke LRT.

- solat dulu -

Dari Pudu menaiki tren di Stesen Plaza Rakyat dan perlu tukar tren di Bandar Tasik Selatan. Tambang dari Plaza Rakyat ke Bandar Tasik Selatan adalah RM1.70. Bandar Tasik Selatan menaiki tren Komuter terus ke Stesen UKM dengan tambang RM2.40. Bila dah sampai di Stesen UKM, aku memilih untuk berjalan kaki saja menuju ke masjid UKM terlebih dulu sebelum masuk ke dalam kelas. Jam ketika itu menunjukkan 7.30 pagi. Kalau naik teksi @ prebet, akan dikenakan RM6. Tapi biarlah aku berjalan kaki untuk senaman di pagi hari...huhu.

Sampai saja di masjid UKM pada jam 8.00, aku lelap sebentar untuk hilangkan keletihan. Dan terjaga pada jam 8.45 pagi, terus mandi di tandas di sebelah masjid tersebut.

- LRT sedang beroperasi -

- pertukaran Komuter -

- ramai pula orang dalam tren awal pagi Ahad nie....nak kemana ya? -

- sampai sudah -

- berjalan kaki lebih dari 1km mungkin -

- dalam kuliah -

Kelas bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Dan aku perlu ke KLIA2 untuk balik keesokan paginya. Aku meminta member aku sendiri untuk menghantar di Stesen ERL di Putrajaya memandangkan jarak disitu sahaja yang terdekat. Aku naik ERL dan terus menuju ke KLIA2.

- stesen ERL -

- sampai sudah -

- nak dekat 12malam orang jarang2 -

-sampai sudah di KLIA2 -

*Tidur di KLIA2

Aku berada di KLIA2 pada jam 12.00 malam. Manusia begitu ramai. Pada mulanya aku nak tidur di pintu ketibaan, ada tempat petak ruang untuk merehatkan diri dan lantainya carpet. Tapi begitu ramai orang tidur disitu. Aku terus naik ke tingkat atas sekali, dan ruang di atas pintu perlepasan antarabangsa, kelihatan semua kerusi2 telah ditiduri. Kebanyakannya orang backpacker juga, tapi mad dan minat saleh saja kelihatan. Aku terus berjalan dan jumpa simbol surau. Terus saja aku ke surau.

Sampai saja disurau, kelibat 2,3 orang sedang ketiduran. Ada yang tengah on9 letop. Aku cuba masuk dan ada satu tempat plug, handset aku ketika itupun hanya nyawa2 ikan saja. Aku amek sejadah, dan hampar diatas lantai, aku terus landing. Lega disitu. Terus tidur sampai jam 4.30 pagi.

- alamak, ramai pula manusia -

- awal pagi kelibat 2,3 orang saja di surau -

- penambahan manusia lagi, sejuk sangat -

- sudah masuk dan mula berjalan jauh (kurang jelas pulak) -

- sikit lagi nak masuk flight -

- sampai di airport Penang -

Pada jam 4,30 pagi tu aku terpaksa keluar sebab sejuk sangat. Aku berjalan menuju ke anjung tinjau. Relax2 tengok kapal terbang. Orang pada ketika tu pun dah ramai. Bersiap2 untuk masuk border. Masuk waktu Subuh, aku kembali ke Surau. Kemudian habis solat, aku terus menuju ke J22 dan terus terbang menuju ke Penang.

Backpacker pasti kembali lagi walaupun tidaklah sehebat backpacker yang sebenar. Baru nak mula dan berjinak2. Walaupun bukannya jalan berjauh pun, hanya dalam negeri saja, dan sekejap 2 hari saja. InsyaAllah, kita cuba untuk travel jauh dan lama pulak merantau, akan datang....huhu

Sekian,

Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman

2 comments:

  1. Encik study pjj kt ukm?kls encik hr apa?nk tau jadual..tq na

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. di ukm, spenuh masa tp kelas hari sabtu sahaja. mula 9 pagi hingga 4.30 ptg. 3 subjek.

      Delete