Salam sejahtera,
Hari ini bermulalah harga baru untuk rakyat Malaysia apabila GST nak juga dilaksana oleh pemerintah negara, walaupun ramai yang membantah. Maka berseronoklah golongan pengundi biru ini. Dengan keadaan makan kadang pun tak cukup, ditambah pula beban harga barang yang semakin meningkat. Apa nak buat? Kita ubah saja PRU14 ini.
Eh....melalut pula sembang bab politik negara nie. Kalau nak sembang, sampai ke malam pun tak habis. Terlampau banyak sangat isu2 yang semakin rancak nie. Kalau dulu aku sangat aktif keluar demo sana sini, tapi sekarang macam slow sikit sebab adanya anak bini nie. Untuk setakat la, iya la.... Tiba masanya PRU14 nanti, kita aktif kembali....huhu
Stroller atau kereta tolak beby, saja ja beli. Dah bini pun nak beli sangat, beli saja untuk dia boleh tolak2 beby jalan2 makan angin. Kalau harga sangat mahal, memang tak lah nak beli. Beli yang murah dan berkualiti. Alhamdulillah, kilang Giant berdekatan saja dengan rumah kampung pak mertua aku. Aku terus saja beli dari kilang ditemani Pakcik bini aku. Sebabnya bila ada orang kenal dalam, boleh la diskaun sikit. Bukan sikit, banyak juga la diskaunnya.....hihi
- lokasi di Guar Chempedak, Kedah - |
- pelbagai barang kanak2 - |
- basikal harga beribu2 - |
- bahagian kanak2 - |
- uncle amek dari kotak - |
- tadaa..... kaler biru dengan pink saja ada - |
Harga yang aku beli RM140, harga jual di kilang itu, RM175, harga supermarket, RM200+ juga...huhu. Puas hati la dable kesemua tayar. Dan tolakan kereta tu boleh depan dan juga boleh ke belakang. Ada meja, letak tempat kaki beby, dan boleh letak barang kt bawah tempat duduk tu.
Ini harga sebelum GST. Hari ini dah start GST, harga pun sudah jadi lain.....huhu.
Sekian,
0 comments:
Post a Comment