منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Training First Latihan Bola

Assalam...

Dah lama tak main bola padang. Pertama kali main betul2 pada tahun 2004. Masa tu Form 5 mewakili sekolah menengah agama di Pulau Pinang. Masa di KuiS dulu pun main bola padang, tapi hanya keper saja. Itu pun terpaksa sebab takda orang. Masuk di alam kerjaya, main semula bola padang, mewakili juga Negeri Pulau Pinang.


Mewakili Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang yang bakal diadakan Sukan Mahkamah Syariah (SMS) pada bulan Ogos ni dan Pulau Pinang juga menjadi tuan rumah dan lokasinya di USM. Aku pilih bola sepak kerana itulah yang paling aku suka. Tapi latihannya pun agak berat juga memandangkan dah lama tak main...huhu.

Sebelum nie main futsal kerap juga tapi tak samalah dengan bola padang. Sukan yang akan diadakan nie untuk acara bola sepak, 15 minit sebelah dan 9 sebelah. Berat sikitlah. Team yang sebanyak itu mungkin kakitangan tak banyak. Sebab tu hanya 9 orang saja, dan simpanan 5 orang.

Main friendly kelmarin dengan IPG Penang, 15 minit sebelah juga, aku hanya dapat bertahan 10 minit awal saja. Habis krem di bontot aku, dengan letihnya... Ya, Allah..... lama sangat dah aku meninggalkannya. Kemudian separuh masa kedua dapat lagi bertahan 10 minit awal, terkandas juga selepas itu....huhu.

Kena banyak latihan lagi lepas nie. Harap2 dapat bertahanlah masa perlawanan betul2 nanti.

Sekian,
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment