منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Perkampungan Ikan di Tengah Ibu Kota Malaya

Salam sejahtera

4 hari 3 malam aku berkampung di Bangi Lanai kerana aku berkursus selama 3 hari di ILIM, Bangi. Bersama dengan anak bini untuk ikut serta sebagai menemani diri ini. Pagi sehingga petang berkursus, lepas saja balik dari ILIM dalam 4.30 petang lebih kurang, aku padatkan jadual untuk membawa depa nie melawat ikan-ikan yang bermacam jenis yang berada di tengah2 ibu kota Malaya.

Perjalanan dari Bangi menuju ke Aquaria KLCC tidaklah mengambil masa yang lama, hanya 30 minit saja dengan keadaan yang tidak berapa sesak walaupun ketika itu orang sudah pulang dari tempat kerja. Kebanyakan orang keluar dari KL, kami pula masuk KL. Melalui ke terowong Smart pula dapat mengurangkan lagi masa perjalanan itu.

Bila dah sampai, terus ke dewan KLCC. Beli tiket dengan harga RM40 untuk warganegara Malaysia. Dulu dah pernah masuk sekali dengan harga RM38. Bila tanya kenapa dah naik? Gurl kaunter tu jawab GST. Bagus betul GST, meringankan duit di poket.

Masuk first terus kena ambil gambar. Kalau murah xpa, ni sampai RM30 untuk satu. Mahal nak mampus. Next, gambar berbicara,

- aku dan Fateh bersama belut elektrik -


- belut elektrik full -

- tengok wayang dulu -

- dengan mamanya -

- khusyuk tengok ikan pulak dia...huhu -

- selamatkan dirinya -

- dalam terowong -
Tak banyak gambar2 ikan untuk diambil. Macam2 jenis ikan ada. Yang kecil sehinggalah yang besar. Kalau tengok pic mesti rasa tak puas. Kena tengok sendiri baru terasa nikmatnya. Aquaria ni besar lagi dari Underwater World yang ada kt Langkawi sana. Sesuai untuk family disini.

Pergi waktu orang bekerja tidaklah menyesakkan di sepanjang laluan untuk melihatnya. Ada la 2, 3 orang warga Malaysia, yang lain foregner ramai juga. Tak kalut dengan manusia dan dengan tenang saja melihat ikan-ikan disitu. Berjalan2 disitu mengambil masa sejam. Lepas saja keluar relax2 di air kolam KLCC sambil menikmati air pancutan yang deras.

- menanti detik waktunya -

- gud nyte semua -
Sekian,

Wassalam
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment