منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Trip ke Sabah, Hari 1, ( KLIA2 - Kota Kinabalu)

Assalam,

Bersyukur kepada Ilahi kerana diberi pernafasan yang segar lagi sihat supaya dapat berbakti kepada masyarakat. Di sempena bulan Syawal ini rumah terbuka yang sering tidak terputus2 untuk memakannya...huhu.


Trip ke Sabah pada tahun ini, membawa anak bini untuk meninjau kawasan yang menjadi tempat aku satu ketika dahulu apabila orang tua aku diposting di Kota Kinabalu. Menjejak kaki di Sabah, maka 'complete'lah 14 negeri di Malaysia dijejaki oleh bini aku...hehe.



Jam 5 pagi bergerak aku ke airport Penang kerana jam 7 pagi sudah check in. Sampai saja di sana, aku terus park kereta di tempat parking TH hotel. Jarak hotel tersebut menuju ke airport sejauh 1.6km. Sebelum tu aku hantar dulu anak bini di airport, dan juga barang. Lepas park aku jalan kaki saja. Malas nak park di airport. Sehari saja RM24. Agak mahal bagi aku.


Tepat jam 8 pagi, bergeraklah kami ke KLIA2. Sebenarnya ada saja direct Penang - Kota Kinabalu. Tapi saja nak ke KLIA2 untuk usha2 kawasan situ. Pertama kali untuk bini aku. Biarlah dia dapat ronda2 lihat tempat macam tu...huhu.

Masa atas flight, anak aku sering berbunyi, meragam saja. Mungkin tak selesa dalam kapal terbang. Dengan sempitnya, dengan bengang telinganya. Aku dah jadi gelisah. Mujurlah tak ambil masa yang lama.
- kami bertiga -

- tunggu kapal terbang tak sampai2 lagi -

- terbang sudah -

Sampai saja di KLIA2, kami terus makan di tingkat 2M kalau tak silap. Makan nasi kandar yang hujung sekali. Harganya, perghhh.......dua kali ganda makan di tempat lain. Sekali tu saja, tak mungkin untuk kali kedua. Lepas makan, kami ronda2 melihat kedai2, tingkat bawah hingga ke atas.

- makan di KLIA2 -

Jam 1 petang, kami mula check in dan jam 2.30 petang, kami mula gerak naik flight terus ke Kota Kinabalu. Anak aku tidur, sebelum tidur dia menyusu semasa kapal terbang nak pecut naik. Aku lega sikit masa tu.

Dia hanya tidur sejam saja, kemudian dia dah mula merengek, meragam, bunyi dan menangis. Aku gelisah waktu tu. Bukan apa, beby yang bunyi kami sorang saja. Kemudian orang lain tengah rehat tidur. Kami takut menganggu orang lain. Main ini tak kena, main2 situ tak kena, aku terus angkat dukung menuju ke belankang sekali. Mujur la waktu tu pramugari dan pramugara dah habis penjualan. Kalau tak susah depa nak lalu di tengah2 pesawat tu.
- sambil tunggu untuk ke k.k -

- alahai....lambatnya kapal terbang nie -

- dalam kapal terbang -

Aku dukung sambil2 dia dok main2 kerusi, hilang sikit bunyinya. Kemudian waktu landing, kena duduk dan ikat tali pinggang. Sekali lagi dia menangis. Aku tak senang duduk. Bini aku terus suap juga susu kat mulut dia. Alhamdulillah, senyap juga dia. Tapi sebelum tu, nangis selak dibuatnya. Aku waktu tu, serik macam tak nak bawak dah beby naik kapal terbang. Aduhai.....

Sampai di KK, aku terus dukungnya. Senyap terus dan suka dia lihat orang2 berjalan. Kami tunggu 30 minit sementara menunggu member sekerja datang ambil. Bila dah sampai, kami ke Taman Cyber dan tukar kenderaan. Kereta aku sewa dari member sekerja juga. Dok tak lama hujan turun dengan lebatnya.
- check in dulu -
Kami terus ke Tune Hotel berdekatan di UMS, satu bangunan dengan 1 Borneo. Maklumat lanjut berkaitan hotel tersebut, boleh klik sini. Itulah untuk hari pertama kami trip ke Sabah. Hari keesokannya, bermulalah kami ke Kundasang, Klik hari kedua perjalanan kami ke sana.
Sekian,
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment