Assalam....
Apabila waran tangkap telah dikeluarkan, Mahkamah akan menyerahkan waran tersebut ke Balai Polis. Dan tangkapan kali pertama dilakukan oleh pihak polis. Bila tibanya waktu sebutan, polis perlu menyerahkan ID mereka ke pihak mahkamah samada berjaya dalam tangkapan ataupun tidak. Selalunya polis kalau bab Syariah nie payah sikit nak berjaya. Sebab berkait dengan soal kekeluargaan. Tapi kalau bab jenyah, lebih-lebih lagi kalau soal politik, pagi buat salah, petang dah dapat tangkap dah.
- waran dikeluarkan - |
Untuk kali kedua, Peguam memohon kepada mahkamah supaya bailif Syariah sendiri pegi tangkap penghutang. Maksudnya bailif bukanlah boleh tangkap. Bailif hanya mengiringi saja. Polis saja yang boleh tangkap. Bailif akan riki2 dulu, kenalpasti suspek, terus panggil polis untuk menangkapnya.
Pengalaman satu kes di salah sebuah hospital di pulau. Penghutang tersebut bekerja sebagai pengawal keselamatan. Dan dapat maklumat tersebut daripada anaknya sendiri. Sebenarnya dah banyak kali tempat mencari tak jumpa. Liat penghutang nie. Akhirnya kami dapat juga jejakinya.
- tanpa jamin, tetap dilokap untuk sebut kes akan datang - |
Sesampai saja di hospital, kami terus mencari yang mukanya telahpun dicam dalam gambar. Agak susah juga sebab gambar yang diberi oleh bekas bininya gambar masa dia muda. Kami bertanya dengan pengawal keselamatan yang lain, bahawa kami nie adik beradiknya yang jauh, kononnya la kan, dan depa pun memberitahu berada di lokasi-lokasi sekian. Cari terus mencari akhirnya kami berjumpa. Sedang mengawal lalu lintas di hadapan pintu utama lobi hospital itu. Memandangkan dia sibuk, kami ke pondok polis di bahagian hospital itu juga.
Polis di dalam pondok hospital tu terus menelefon di balai polis berhampiran. Dan memberitahu perlunya dua orang anggota polis. Dalam 10 minit, polis tu pun tiba. Depa ingat ada kes gaduh, depa perlukan bukti bahawa penangkapan itu perlukan waran. Dan waran tersebut perlu ditunjukkan kepada Ketua Balai. Pergilah kami ke Balai Polis pula untuk menunjukkan waran. Dan dua orang polis tu hanya tunggu disitu saja.
Jam menunjukkan dah pukul 1.00 ptg. Apabila dah settle di balai, kami ke bahagian pintu utama masuk untuk tahan penghutang. Tibanya disana, orang lain pula yang jaga kawasan situ. Bila ditanya orang tersebut, penghutang itu telah pulang ke rumah untuk makan tengahhari. Ahh,...buang masa lagi disitu. Terpaksa menunggu lagi.
Tunggu punya tunggu, jam 2 petang, takda, jam 3 petang, orang lain juga yang jaga. Agaknya dia tukar kawasan. Kami mula pusing satu hospital untuk mencarinya. Cari dan terus cari akhirnya jumpa juga. penghutang tersebut berada di kawasan parking. Kami terus panggil polis yang sedang berehat sementara tunggu kami memanggil polis tu. Setelah kami berkumpul, terus saja ke lokasi penghutang dan tunjuk waran, terangkan kesalahannya dan penghutang itu mengakui. Polis keluarkan gari, tapi penghutang menolaknya dan akan memberi kerjasama. Tapi polis memberitahu dengan baik bahawa ini adalah prosedur, terpaksa gari. Dan penghutang itu akur dengan tindakan polis tersebut.
- sebelum tahan, terang dulu dari mana, jenis kes, waran telah diluarkan kpd penghutang - |
Setelah ditangkap, kami perlu tunggu kereta jabatan untuk mengambilnya dan membawa penghutang ke mahkamah untuk sebutan kes. Tapi sebelum tu perlu ke balai polis untuk ambil ID polis.
Tiba di balai polis, gari dibuka dan polis sedang menaip ID untuk diserahkan kepada mahkamah. Penghutang perlu dihantar ke mahkamah diluar kawasan polis tersebut. Ini satu lagi menjadi masalah. Dan terpaksa menunggu pula arahan dari ketua polis berkenaan supaya membenarkan anggotanya mengiringi ke mahkamah di luar kawasan mereka tersebut.
Apabila diluluskan, barulah kami membawa penghutang tersebut ke dewan mahkamah. Mahkamah telah menetapkan kes sebutan pada minggu depan. Dan penghutang tersebut tiada jaminan terhadapnya dan perlu dibawa ke lokap balai polis yang berhampiran. Dan kami membawanya ke balai polis berhampiran dan dia mula bermalam disitu sehingga kes sebutan akan datang.
- prosedur polis - |
Keputusan kes pada minggu depan tersebut, penghutang tak dapat bayar. Dan penghutang dikenakan hukum penjara. Itulah sedikit sebanyak pengalaman. Ini kes penghutang dapat memberi kerjasama. Tiada lagi untuk masa nie penghutang cuba bertindak diluar batasan. Untuk kes bailif menghantar penghutang penghakiman dari mahkamah, boleh klik sini.
Setakat itu saja,
Sekian,
0 comments:
Post a Comment