Assalam..
Di dalam segmen Undang-undang Syariah pada kali ini aku menceritakan sedikit sebanyak berkaitan Saman Penghutang Penghakiman ini. Untuk pemohon di dalam avidafit ini dipanggil Pemiutang Penghakiman manakala orang yang berhutang dipanggil Penghutang.
Saman Penghutang Penghakiman boleh difailkan melalui Jabatan Bantuan Guaman, Firma guaman, Bahagian Sokongan Keluarga dan juga pemohon, pemiutang itu sendiri. Tetapi dalam situasi ini yang lebih baik, gunalah khidmat kerajaan iaitu Bahagian Sokongan Keluarga yang membolehkan berkhidmat dari mula sehinggalah penghabisan.
Saman penghutang penghakiman difailkan kerana terdapatnya perintah mahkamah. Di dalam perintah itu, defendan telah ingkar perintah itu dengan tidak membayar seperti mana perintah itu dikeluarkan. Pembayaran tersebut termasuk nafkah eddah, nafkah anak dan mut'ah. Tetapi majoritinya yang menjadi tuntutan adalah nafkah anak. Nafkah anak menjadi tertunggak setelah adanya perintah dari mahkamah. Jika tiada perintah, anak tersebut tiada apa-apa hutang dari seorang ayah. Kerana anak adalah milik ayah.
Apabila seorang pengadu telah datang ke mahkamah, dan mengadu bahawa terdapat tunggakan nafkah anak, pengadu boleh berjumpa dengan staff Bahagian Sokongan Keluarga. Pengadu perlu mengemukakan dokumen dan mesti tahu berapa jumlah tunggakan tersebut. Dan yang penting, mestilah ada perintah dari mahkamah. Nafkah anak terhenti apabila mencapai umur 18 tahun dan bekerja, jika anak telah mencapai 18 tahun dan menyambung pelajarannya, tunggakan itu harus dikira sehingga ke Ijazah pertama.
*Saman Penghutang Penghakiman
Di dalam borang MS 42 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah, permintaan untuk mendapatkan saman penghutang penghakiman harus dibuat. Ini kerana kita memohon kepada Mahkamah supaya saman dikeluarkan untuk diserahkan kepada Penghutang Penghakiman. Alamat Penghutang mestilah diketahui oleh Pemiutang kerana memudahkan proses Penghantar Notis untuk menyerahkan saman tersebut. Jika alamat tersebut Penghutang tiada ataupun berpindah, Pemiutang boleh memberi alamat tempat Penghutang bekerja. Jika tiada juga, BSK akan membantu untuk mencari Penghutang dengan cara menghantar surat kepada Astro, JPN dan juga JPJ. Astro untuk mengetahui alamat astro tersebut samada aktif atau tidak, JPN status alamat terkini dan juga JPJ alamat geran kereta beliau.
Yang akhir sekali melalui Permohonan Interlokutori, Permohonan Penzahiran Dokumen dan Fakta oleh mahkamah berdasarkan peruntukan Seksyen 85 (2) Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan menggunakan borang MS 43. Di dalam afidavit tersebut, nyatakan bahawa alamat terakhir penghutang gagal dihubungi dan sertakan afidavit sokongan tersebut telah diikrarkan pada tarikh terdahulu.
Setelah memohon, dan mahkamah membenarkan, barulah kita failkan perintah yang telah dicop oleh Mahkamah kepada KWSP untuk mengetahui alamat kediaman terkini ataupun tempat penghutang bekerja. Penghantaran saman mestilah secara kediri, tak boleh secara penyampaian ganti seperti, tampalan dan juga iklan.
Jika penghutang berada di luar kawasan negeri tersebut, memohon kepada Mahkamah untuk membenarkan saman luar bidangkuasa di bawah SubSeksyen 187 (1). Setelah dibenarkan, dan dikeluarkan Perintah Saman DiLuar Bidangkuasa di bawah Seksyen 54(2) Enakmen Tatacara Mal Syariah. Barulah dibenar untuk menyerahkan saman di alamat tersebut.
Saman mestilah diserahkan 7 hari sebelum tarikh sebutan pertama. Untuk sebutan pertama setelah pliding difailkan, Pemiutang Penghakiman perlu hadir ke Mahkamah untuk taksiran di hadapan Penolong Pendaftar sebelum 21 hari. Jika saman itu terkurang 7 hari kes disebut, Mahkamah tidak boleh terus menjatuhkan hukuman. Jika saman itu tidak pula dapat diserahkan, mahkamah akan tangguh sehingga saman sempurna. Selesai bab saman.
Apabila pihak-pihak hadir, iaitu Pemiutang dan juga Penghutang Penghakiman, perbicaraan dijalankan. Mahkamah akan bertanya kepada Penghutang berkaitan status pembayaran. Jika ada pembayaran, Mahkamah arahkan Penghutang kemukakan pembuktian resit-resit, jika tiada resit, sediakan saksi-saksi supaya boleh meyakinkan kepada pihak Mahkamah.
Di dalam perbicaraan itu, Peguam boleh memohon kepada Mahkamah untuk Penghutang Penghakiman membayar secara sekaligus ataupun secara ansuran. Selalunya dalam mahkamah, Hakim memerintahkan membayar separuh daripada jumlah keseluruhan. Dan baki tersebut boleh dibayar secara ansuran bulanan mengikut persetujuan amaun dari Pemiutang Penghakiman.
Sepanjang tempoh berkhidmat, kes Saman Penghutang Penghakiman apabila waran tengkap telah dikeluarkan dan berjaya ditahan, maka Penghutang akan dihantar ke lokap polis untuk sebutan kes akan datang. Jika Penghutang tidak dapat membayar ketika itu, Mahkamah terpaksa melepaskan Penghutang kerana kes tersebut tidak sampai ke Notis Penghakiman. Namun begitu, Mahkamah memerintahkan Penghutang Penghakiman tetap membayar. Dan jika terdapat aduan lagi dari Pemiutang, maka kes tersebut akan dibawa ke peringkat Notis Penghakiman dan Penghutang Penghakiman boleh dipenjarakan.
Setelah selesai. perintah bersih di dalam borang MS 28 Subseksyen 135(3) Enakmen Tatatcara Mal Mahkamah Syariah mesti diserahkan kepada Pemiutang Penghakiman dan juga Penghutang Penghakiman. Jika terdapat aduan lagi dari Pemiutang Penghakiman kerana Penghutang telah gagal melaksanakan perintah, maka Pemiutang boleh memohon Notis Penghakiman Borang MS 44 Subseksyen 179 (2).
Hutang tetap hutang. Anak tiada hutang dengan bapa, tetapi jika ada perintah Mahkamah, hutang akan diambil kira.
Hutang tetap hutang. Anak tiada hutang dengan bapa, tetapi jika ada perintah Mahkamah, hutang akan diambil kira.
Sekian,
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya nk tny...Sdh dua kali mhkmh sik mmbuat pghtr saman pghtg pghkm kpd istri sy namun gagal kerana beliau dikatakan tiada d rmh olh mhkmh sik...sblm ini smn berjya diserahkan namun kini nampak smcm mreka cuba mngelak mnerima sman htg pghkmn tersebut....skiranya keadaan ini berpjgn sampai bila sman dpt diserahkan....perlukah saman ini dserah shgga berpuluh kali? Apakah cra nk mnyelesaikan perkra ini d phak mhkmh? Naya la pemiutang pghkman mcm ni sbb nk byr loyer lg n masa terbuang lg...mohon jawapn TQ
waalkmslm.. saman sah sehingga setahun sja. bila dh abis tempoh, kena failkn prmohonan lanjut keesahan saman, umpana mcm renew rodtax.. kes tuan, serah saman pghutag pghkiman tetap scara kediri. kalo pghntar saman yg cerdik, dia akn deal dgn tuan wktu bila pghutag tu ada di rumah atau berada di mna2 supaya dia dpt serve smn trsebut. wlupun berpuluh2 kali. bagi sy kalo nk mudah, boleh deal dgn pghntr saman mhkmh, spya dia dpt serah. ataupun bgtau pghntr saman tu tmpat mna pghutang bkerja, atau boleh tnya kwn pghutang.
DeleteTq di ats jwpn tn...mslh skrg ni ist sy tu ddk d rmh mak bapa dia n bkerja kmpg shj. Mreka skrg dikhdki mmbyr wang kpnyaan sy berjmlh 145 ribu olh mhkmh tinggi syriah PP. Sy n ist x bersama 5 tahun dmna bapa mertua sy mlarikan ist n ank sy dr rmh ibu bapa sy d Kpl Bats setelah duit sy diperdaya oleh mertua sy. Wlaupn mreka uat saman cerai palsu d sik ttp sy lwn n shgga kini sya dgn ist msh lg suami istri. Kemgknn mreka sngaja mngelak mnerima saman tersbut kerana mreka tahu yg mna pihak sy x blh mmbuat apa2 slagi mreka x mnerima saman itu..sy jg ada bca artikel ttg mslh SPP ini yg mna bla tba penyerahan begini akhirnya terbantut n org yg buat saman tu x terbela jua...apa pdpt tuan utk mngatsi mslh ini? Pening sy memikirkannya tlg la tn...:'(
ReplyDeleteya betui.. bila dh lama mybe stahun, mhkmah akan buang kes.. 145k byk tu.. kalo pghntar saman x boleh, mintak lawyer yg serahkan.. bila dh di dpn rumah, kalo dia xmau sign, boleh letak atas lantai dan dia ada tgk, dan lawyer akan buat afidavit sumpah pympaian saman smpurna kpd mhkmh.. kalo dia x dtg ke mhkmah jgak tarikh akan dtg tu, boleh mohon waran tgkap.. ada amek lawyer x?
DeleteMsa sy uat kes duit tu mmg gna loyer...msa tu mhkmh sik p serah saman mmg xde mslh...tetapi mreka xde lantik loyer n pembelaan...msa mula sampai hbs bcara mreka x trn..mmg mudah kes..tp bla mhkmh sik serah srt serah perintah ist msih mnerima tetapi kmudian mreka uat rayuan pd bln 2 yg lalu...esok sy ada kes rayuan d penang...
ReplyDeleteTq di atas jwpn td tn...cuma sy nk tny satu lg di sini blh ke uat rayuan setelah msa prosiding kes mreka x dtg lgsg...apa yg sy pham rayuan yg mreka uat tu berhubung melanjutkan tempoh rayuan yg mna msa utk mreka buat rayuan telah lama berlalu iaitu bln ogos 2015
setahu sy depa kena hadir.. sekrg ni mugkin depa tgh tunggu utk kelulusan rayuan tu dr mhkmah. kalau lulus, boleh buat rayuan. dan kalo kena hadir, boleh lah serve saman kt dia.. smoga kes tuan dpt selesai dgn cpt
DeleteOk tqvm tn ats serba byk jwp...apa yg berlaku mmg sggh torture dri sy..dgn duit xde nk byr loyer n nk kje apa pun dh terbantut..terlalui byk yg sy perlu sabar mlalui semua ini..duit pn x tahu blh dpt balik or x...hny Allah yg tahu dlm hati sy ini...kes hadhanah pn sy x dpt wlaupn mhkmh tahu sy msh suami ist sbb mreka x dpt pceraian dr mhkmh...itu xpe la di sana nnt Allah lbh adil...tn ni loyer ke jg? Blh or x skiranya sy hbgi tn? Itu pn klau tn bg kbnrn...
ReplyDeleteya sama2... boleh berhubung dgn kwn prmpn sy.. dia lebih pakar dari sy, dia boleh settlekn kes tuan, byk pngalaman dia.. wasap dia pun boleh: 017-4699761 -shahida
DeleteOk TK tn..cuma ada satu lg kemusykilan sy klau tn x kberatan utk mnjawab...blh tdak klau seorg peguam yg pnh wakili kite dlm kes lain wlaupn dia wakil sekerat jln n tetiba dia wakil isteri kite plak dlm kes lain? Apakah tiada apa2 mslh dr segi etika? Sorry tu je soklan terakhir...☺
Deletenk tukar pguam boleh guna seksyen 36 enkmen tatacrl mal syariah penang.. pguam yg nk bwa kes yg lain rasanya boleh. tapi kes yg sama tak boleh...
Delete