منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Buka Basic Akaun Semasa Maybank

Assalam...

Mungkin cara pendaftaran aku ini agak berlainan sikit. Pada mulanya aku telah daftar akaun semasa di Maybank2u dengan menggunakan Maybank2u Premier Account. Log in saja maybank2u, klik home, ambil Apply Online. Kemudian amek Maybank2u Premier Account. Akan keluar lokasi yang kita boleh pilih untuk kita collect nanti. Lepas saja 3 hari apply, aku telepon dan staf Maybank minta aku hadir ke Maybank tersebut.


Aku memilih di cawangan Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Setibanya aku di bank, diminta untuk ke kaunter 14. Isi borang semua bagai, proses dan proses tak boleh pula. Depa suruh aku masukkan RM500 sebagai deposit untuk pendaftaran. Aku guna transfer di mesin ATM, tak boleh. Aku ke maybank2u untuk transfer, juga Unsuccesful. Staf situ kata ada problem dengan maybank2u. Dia suruh aku hadir keesokan hari.

- menunggu turn sambil memandang awek dihadapan itu -

Esok aku hadir dengan harapan boleh. Staf tu klik punya klik di komputer, aku pula sain borang bagai semua. Juga tak boleh. Aku berkali-kali nak transfer duit deposit RM500 itu juga tidak berhasil. Staf telefon bahagian maybank2u di HQ Maybank, staf disana ketika itu sedang meeting pula. Kemudian aku terus balik saja memandangkan staf di Maybank akan telefon nanti apabila dah boleh nanti.

Menunggu sehinggalah seminggu, aku kembali lagi Maybank cawangan Bertam itu. Staf disitu memberitahu bahawa nombor akaun Maybank2u Premier Account telah diblock. Nombor akaun akan jadi dua di akaun kita di saving acount itu selepas kita Apply Online masa mula2 tu. Bila aku bagitau pada staf, staf tu kata akaun tu dah tak boleh guna, dan depa akan buatkan lain untuk aku secara manual.

Staf tersebut memberi borang satu lagi. Aku isi dengan sain yang begitu banyak. Dan aku bertanya perlu ke dengan introducer. Staf itu kata perlu. Dan aku memberitahu tak ada. Dia kata tak mengapa. Kemudian dia minta aku bank in deposit sebanyak RM10,000.00. Aku hanya tersenyum kerana aku tak miliki duit yang sebanyak itu. Kemudian dia klik2 di komputer dia minta bank in RM1000.00.

- sedang berurusan -

Aku terus saja transfer akaun saving aku ke akaun semasa baru itu. Akaun semasa yang baru tu adalah nombor yang baru, bukan nombor yang daftar Maybank2u Premier Account sebelum nie. Lepas transfer keluar resit dan resit itu beri staf Maybank tersebut. Sebelum tu dia tanya untuk apa buka akaun nie. Aku bagitau ada buat bisnes keta sewa. Dia kata kenapa tak buka company punya, aku jawab buka personal saja. Dia pun kata ok.

Kemudian staf memberi aku akaun baru dan juga nombor untuk pendaftaran di maybank2u. Aku daftar dan masuk segala username dan passwod. Maknanya disini aku ada dua akaun. Satu akaun saving dan satu akaun semasa. Akaun semasa depa tak bagi kad. Kalau nak keluarkan duit, hanya transfer saja dari akaun semasa ke akaun saving. Macam renyah (payah) pula. Tapi takpala, transaksi guna hensed pun boleh. Taklah susah sangat.

Lepas saja daftar di Maybank2u, kak staf tu kata tunggu dalam 3,4 hari untuk dapat buku cek. Dapat buku cek dah boleh guna. 

Itulah sedikit sebanyak pengalaman aku dalam pendaftaran akaun semasa di Maybank. Sebenarnya aku hanya buka untuk personal saja dan tak perlu pun introducer. Sebab ini kecil-kecilan saja sebagai sambilan. Aku cuba buka akaun secara online, tapi dapat secara manual pula.

Moga kalian semua harap2 mudah dengan urusan ini.

Sekian,
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman

15 comments:

  1. rasanya kakak yang buka kaun awak tu bukan maybank2u premiere tapi personal current account sebab deposit rm1000. sepatutnya rm500 saja kalau maybank2u premiere account.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...personal current account saja.. yg primer tu tak jadi

      Delete
  2. Sy pun baru buka primier akaun..tapi masalahnya kalau log in kat maybank2u saya cuma boleh cek baki akaun je..nk transfer nk byr bil semua tak boleh pulak.kenapa ya agaknya?x sempat nk p tya kat bank lg..

    ReplyDelete
  3. Saya baru buka maybank2u primer acct alhamdulillah semua urusan berjalan dgn lncar cuma ambil masa tak sampai 15 min kt branch kulim hightech.
    Semua transaksi boleh digunakan termasuk ambil duit dr atm pki ac act dan semua online transaksi tiada masalh. Saya buka untuk personel.
    Tapi tak tahu la knp ade masalah seperti yg dibangkitkan di atas.berdasarkn pengalaman saya semua nya bejalan lncar.

    Start dari buka acct hinggalah menggunakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersyukurlah, tuan bernasib baik... moga urusan tuan kekal mudah di hari mendatang

      Delete
  4. Acc premier ni dia punya transfer n received boleh dalam amount yg bsr ke? Kena Blok x klau amount bsr?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dgn amount besar... cuma kena ubah di transaction limit maintenance, boleh ubah berapa amount. paling besar RM30k

      Delete
  5. Untuk urusan personal current account online premier maybank mmg tkyah introducer....tapi untuk current account company kna guna introducer.kna ambil borang dari maybank dengan bawa SSM.untuk urusan introducer insyaAllah sy boleh tolong.alhamdulillah saya Dahl introduce Lebih dari 100 company dan semua dah lulus.saya buat bisness vending dan account semasa may bank dan cimb dah Lebih Dari 4 tahun..boleh hubungi sy-0127292850-wan untuk urusan introducer may bank dan climb.semoga anda dapat menjalankan perniagaan dengan lebih systematic.terima kasih.credit to blog owner.tq

    ReplyDelete
  6. risau pulak. saya baru buka current account premier guna online.

    ReplyDelete
  7. islamik produk ke current akaun ni tuan..minat jugak ni

    ReplyDelete
  8. islamik produk ke current akaun ni tuan..minat jugak ni

    ReplyDelete
  9. Salam. Tahniah di atas perkongsian yang bermanfaat. Jika perlukan bantuan sebagai introducer Current Account Maybank atau CIMB Bank boleh whatsapp saya 013-9790000. Saya boleh jadi introducer untuk mana-mana cawangan.

    ReplyDelete