Assalam...
Menjadi rutin kehidupan apabila tegar penyokong bola sepak apabila pasukan kesayangan melangkah ke final, misi wajib untuk menyaksikan di depan betul2 live di dalam stadium. Tetapi pada kali ini stadium final berlangsung di Stadium Shah Alam. Stadium Bukit Jalil ditutup disebabkan renovate untuk Sukan Sea akan datang.
Tiap minggu aku kelas di UKM. Habis saja kelas di UKM, tengahhari aku dan Aslam terus menuju ke Shah Alam. First sampai di Stadium Malawati untuk tebus tiket kerana aku beli online.
(klik sini untuk mengetahui cara pembelian tiket online) Lepas saja amek tiket pada jam lebih kurang 2 petang, aku pergi solat dan berehat dulu di Masjid Shah Alam.
|
- aku & akid (adik ipaq) - |
|
- sebelum masuk hujan lebat - |
|
- sepupu sepapat & kawan - |
Tengah berehat hujan turun pula dengan lebat. Jam 4 petang lepas hujan berhenti, terus ke Stadium. Tunggu punya tunggu geng-geng yang lain, pukul 7 baru masuk stadium. Agak lewat masuk dan stadium dah hampir penuh.
Aku bersama sepupu dan juga rakan yang lain, duduk di Ultras Kedah (UK09). Walaupun kerusi dah penuh, aku duduk di bahagian belakang bersandar dengan besi penghadang. Hujan turun sikit-sikit, gerimis dan menyebabkan duduk dalam keadaan lembab. Walaupun duduk dibawah bumbung tapi terkena juga sedikit tempias.
|
- hijau kuning & merah kuning - |
|
- geng teroi, guaq chempedak daa - |
|
- saat pemain masuk dalam stadium - |
|
- selesai perjuangan, berterima kasih kedua-dua - |
|
- Selangor masih meraikan kemenangan - |
Pengalaman bersama Ultras Kedah yang sentiasa memberi sokongan dan bernyanyi tanpa henti, menunjukkan ketegaran penyokong-penyokong. Walaupun sudah ketinggalan 2-0. Dulu sebelum adanya ultras, apabila gol dijaringkan oleh lawan, penyokong terus sunyi sepi. Dan kedengaran riuh di penyokong lawan. Tetapi bersama dengan ultras, tetap melaungkan semangat. Itu menunjukkan kita sebagai penyokong tidak 'down' terhadap pasukan kerana kita telah berpegang kepada prinsip 'Jika tidak mampu menyokong ketika kalah, jangan bersorak ketika menang'.
Walaupun kalah, tidaklah begitu ketara mengecewakan. Target utama mara ke Liga Super, telah tercapai. Boleh ke final Piala Malaysia, itu adalah satu bonus yang hebat. Kalah menang adat perlawanan, terima kasih juga kerana membawa kami untuk menyaksikan final di Stadium Shah Alam setelah sekian lama.
|
- selfie bersama awek Ultras Kedah - |
|
- Kedah banyak menguasai bola - |
|
- salah seorang penyokong, aku di Shah Alam - |
Kita jumpa lagi tahun depan dengan harapan lebih sengit cabaran.
Sekian,
0 comments:
Post a Comment