منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Beli Tiket Online FAM di TicketHotline

Assalam...

Laman web www.tickethotline.com.my adalah tiket online dari FAM untuk membeli tiket melalui laman sesawang. Berbeza dengan negeri-negeri lain. Contohnya laman web tiketbola.com.my bagi negeri Kedah, Terengganu dan Perak. Negeri-negeri lain tak pasti.

Kedah layak ke Final Piala Malaysia 2015, dan aku membelinya secara online. Disini aku share sikit cara-cara pembeliannya:-

- masuk saja di home, klik final bola piala Malaysia, ini kerana ada terpampang juga event2 terdahulu -

- turun kebawah dan ternampak 'buy ticket now', klik situ -

- pilih berapa kuantiti -

- aku pilih dua, harga satu tiket RM40. caj sekali, total RM44.50 -

- klik untuk bayaran, boleh pilih bayar online, paypall, kad kredit -

- transaksi berjaya, berpeluh juga, bersesak-sesak di dalam online ni pun -

- akan dihantar ke email, dan untuk tebus tiket, tunjuk ini saja -

Sebelum sampai di bahagian pembayaran, kita akan mengisi dulu nama, nomb telefon, alamat email. Masukkan semua identiti kita untuk senang kita tebus nanti. Selesai beli secara online. Online ni pun asal dimaklumkan buka pukul 10 pagi. Tetapi 9.15 pagi dah boleh beli. Aku cuba membelinya jam 9.30 pagi. Masuk home boleh, klik kuantiti dan apabila hendak bayar susah. Berkali-kali refresh, back, pangkah dan buka balik, begitulah seterusnya. Akhirnya jam 10.15 pagi kalau tak silap, akhirnya dapat juga masuk dan membayarnya.

Berikut adalah gambar ketika aku hendak tebus:-

- tebus tiket di sini -

tiada orang dan tak sesak ketika ini, petugas pun relax2 saja kena ekon -

- sudah tebus -

- jom masuk stadium -
Selesai. Mudah dan cepat. Peruntukkan tiket hanya 10k saja. Pukul 9.15 lebih kurang penjualannya dan lebih kurang jam 2 petang, habis tiket. Bagaikan pisang goreng yang panas apabila di musim hujan. Untuk perlawanan akan datang, pastilah aku akan membeli tiket secara online kerana ianya mudah.

Sekian,
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment