منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Proses Pemulangan Saga ke Tanah Besar

Assalam,

- setelah sekian lama -
Peristiwa yang aku akan ceritakan ini adalah kenangan atau luahan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan rujukan kepada sesiapa yang membaca blog aku ini. Peristiwa yang melibatkan kereta bini aku yang dijadikan sewa setelah setahun lebih digunakannya, dan kini, membawa kembali pulang ke tempat asalnya.

Setahun lebih dulu, semasa aku tinggal di Langkawi, kereta bini aku digunakan untuk sewa setelah diberi kebenaran oleh tuan punya kereta itu. Pajakan dan membolehkan pulangan sebanyak RM700 sebulan, free minyak hitam, dan jika ada kerosakan pada bateri, enjin, tukar tayar, maka daripada RM700 itu akan dipotong. Dan setiap orang sewa, orang yang jaga itu akan ambil RM10 sehari sebagai upah.


Kereta saga manual, agak jarang orang untuk menggunakannya. Dan biasalah, kalau sewa dia punya 'lanjan' kereta tu sampai teruk. Bila teruk banyak kos nak perbaiki. Bila nak perbaiki, perlukan duit untuk repairnya. Bila gunakan duit, sangkut bulan-bulan untuk bayar sewa. Bila dah masuk dalam bengkel, kereta tak jalan dan duit pun tak masuk. Akhirnya bank telefon dan bila-bila masa saja dia nak tarik.

Akibat dari itu, tuan punya kereta nak bawa balik untuk menggunakannya. Aku ke Langkawi kelmarin, terus mencari kereta tersebut di airport Langkawi. Brader Syed yang asalnya jaga kereta tu, dah tak jaga. Dia hanya tukar tangan kepada orang lain. Patut la aku call mesej takda respond. Bila dah cari tak jumpa, mujurlah member aku nama dia Meon tolong cari member dia yang jaga kereta sewa di airport.

- sebahagian group brader kereta sewa -
Bila jumpa dengan kawan dia, tiba-tiba satu group kereta sewa tu datang berkumpul bertanyakan kereta aku dan bertanyakan plate. Aku bagi nombor plate dan disebarkan didalam group wasap dan call kepada member-member depa yang tak punyai wasap. Dok sat dan dapat respond bahawa kereta saga tu tengah dok parking di Lang Merah, airport Langkawi.

Kemudian aku tanya kereta viva aku, yang itu pun dijadikan sewa juga setelah dipajak. Rupanya berada di Tok Boya. Nama gelaran la kot. Brader Syed punya cerdik boleh dia pindah dok lostaq lebih setahun dan tukar tangan tak bagitau owner punya kereta. Aduhai........cabaran betul dugaan ini.

Kemudian aku terus saja ambil telefon Tok Boya untuk berurusan dan direct terus untuk payment bila hujung bulan. Kita tengok dulu komitmen dia macam mana. Kalau cantik, kekal untuk dia. Kalau tak cantik, aku kena tukar tangan pada orang yang betul-betul amanah. Sebelum tu pun dah tanya pada brader yang kembar tu, sebahagian dari group kereta sewa tu. Dia kata ok saja cuma kena tanya orang yang jaga tu dulu sebelum nak tukar tangan.

- kekotoran -

Bila dah selesai dengan satu geng kereta sewa tu, mulalah aku dan Meon ke tempat parking Lang Merah tu. Bila dah sampai, Masya Allah, kereta berlemoih. (kotor). Tak tahu la berapa lama tersadai. Start enjin, Alhamdulillah, ok. Bila dah panas enjin, aku terus isi minyak dulu. Teruk juga la. Disk untuk kepit brek tu dah habis. Bereng berbunyi. Bila brek saja bunyi kuat di bahagian disk tayar depan blah kiri. Brek tangan pun dah haus. Tayar pula botak. Dia punya skirt, nampak kotor seakan berkarat. Macam payah saja nak tonyoh sampai berkilat nanti. Betul-betul macam kereta second hand.

Isi minyak dan terus ke Tanjung Lembong untuk naik tongkang. Mula aku ke Bersatu, dengan muka tak boleh blah dia kata untuk hari ini, habis. Aku terus blah dan ke Pertiwi. Aku ke Pertiwi, mula dia kata untuk hari ini penuh, lusa baru boleh. Dia tanya kereta plate, aku habaq plate luar. Terus dia minta salinan geran. Dan i.c aku untuk dipotostat. Setelah berurusan lebih kurang 15 minit dan dikenakan bayaran RM116, dia bagi satu borang kastam dan pass serta resit, terus aku bawa kereta ke bahagian dataran kargo. Parking disitu dan kembali ke pajabat Pertiwi untuk bagi kunci. Tadi staff tu kata lusa sampai, lepas aku letak kunci, dia kata esok pula sampai. Mungkin yang dia kata penuh tu kereta plate Langkawi kot. Plate luar tak kacau dengan Kastam.

- di tempat syarikat tongkang Pertiwi -

- resit untuk ambil kereta di Kuala Kedah -

Bila dah tinggal kereta tu di Tanjung Lembong. Tunggu member ku datang ambil dan hantar semula aku ke Jety Kuah untuk pulang semula ke tanah besar. Itulah sedikit sebanyak kesan kereta apabila dijadikan sewa. Dia punya calar tu, usah dikiralah. Macam-macam dugaan. Dugaannya bukan apa, bila dah owner dok jauh, orang lain pula yang jaga, tidaklah se'cun' seperti tuan punya sendiri yang jaga. 

Begitu juga terjadi dengan member aku yang dulunya kereta dia dijadikan sewa di Sabah. Apabila member aku tu dah dapat pulang ke tanah besar, keretanya tetap dijadikan sewa juga. Tetapi dijaga oleh membernya di sana. Dan apabila bukan tuannya sendiri yang jaga, faham-faham je lah macam mana depa nak jaga.

- sebelum park di dataran kargo, serah borang kastam dulu -

- setelah diparking -

Benarlah, orang yang betul-betul amanah akan berjaya. Amanah tersangat berat untuk dipikulnya. Kalau nak dibanding dengan zaman ini, amat jauh ketinggalan hendak berbanding dengan zaman dulu. Harap orang yang menjaga kereta itu, betul-betul beramanah. InsyaAllah.

Sekian,
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment