منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Galeri Tsunami Di Kota Kuala Muda

Assalam,

Setelah dihebohkan melalui Facebook dari page Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah mengenai pembukaan galeri tsunami, aku agak teruja untuk pergi melihatnya. Melihat kesan-kesan yang tidak dijangka terjadi, setelah tempat tersebut dilanda sejak 12 tahun yang lalu.

Terletak kira-kira 7km dari Pekan Kota Kuala Muda. Terus sehingga jumpa simpang 3, kona kiri terus terjumpa 26 bot tersusun tinggi. Dan galeri tersebut dibina satu dewan dan terdapat kesan-kesan rumah yang musnah rosak di dalam pagar binaan oleh Kerajaan Negeri.


Di dalam galeri tersebut taklah sebesar mana. Dipamerkan gambar-gambar yang sempat diambil oleh amatur-amatur penduduk kampung disitu. Di dalam itu juga terdapat tayangan slide video. Lama juga tayangannya tapi aku tengok tak habis pun. Terdapat indoor untuk galeri gambar dan video dan juga outdoor untuk kawasan kesan-kesan rumah yang musnah akibat tsunami tersebut. Buka tiap-tiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang. Tiada bayaran dikenakan.

Berborak juga dengan brader yang jaga galeri tu, waktu tu dia berada di Bumbung Lima, Kepala Batas, tengah bekerja. Selepas dengar kejadian tu dia terus pulang ke rumah. Di pertengahan jalan penguatkuasa sudah menahan orang awam untuk memasuki kawasan tu. Brader tu pun marahlah sebab dia penduduk disitu, lagipun waris-waris pun masih disitu. Terus penguatkuasa melepaskannya.

- park keta dihadapan pintu masuk, angin laut sepoi2 -

- kelihatan galeri -

- welcome -

Gambar untuk indoor:

- masuk pintu pagar terus jumpa pintu masuk galeri -

- kejadian berlaku tsunami -

- pic 1 -

- pic 2 -

- info Kuala Muda -

- lakaran lukisan -

- kitab alquran ditemui -

- mungkin di acheh -

- lain-lain gambar -

- tayangan slide video -

Sebelum kejadian tu, terdapat dua kenduri. Dan rumah musnah di dalam kawasan galeri tu, itulah rumah kenduri, ramai orang dan ada khemah-khemah. Dari jauh sudah nampak air laut mula naik tinggi, dan orang ramai terpegun melihat air laut tu. Tak menjangka air laut tu nak menghampap mangsa. Dah melepasi kawasan pantai dengan setinggi tiang elektrik, maka berselerak orang tabur berlari.

Terdapat 3 peringkat hantaman tsunami. Peringkat pertama air selut, kedua dan ketiga baru air laut. Air selut yang busuk, terus hantam pada orang ramai menyebabkan baju menjadi berat. Ada yang terlucut pakaian untuk terus berlari selamatkan diri. Yang mana selamat semua naik kereta pacuan 4 roda hanya menutup badan dengan kertas surat khabar saja.

Gambar untuk outdoor:

- trak laluan -

- rumah yang musnah, mungkin ini rumah yang ada kenduri sewaktu kejadian -

- kesan-kesan yang lain -

- anak gua terus berjalan -

- monumen tsunami Kota Kuala Muda -

Itulah sedikit sebanyak perceritaan brader tu. 12 tahun berlalu namun tetap diingat sepanjang hayat. Dengan adanya galeri ini, diharap kita dapat menghayati dan menjadi iktibar kepada kejadian ini. Kejadian yang tidak ada signal atau tanda-tanda kehadirannya, tiba-tiba saja hadir dan menghantam penduduk disitu. Kuasa Tuhan siapa yang tahu.

Sekian,
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment