Assalam
Rutin mingguan apabila habis saja kelas di UKM, aku terus saja pulang ke rumah. Tapi memandangkan untuk sem ini ada satu saja kelas, aku dengan member sorang saja nak singgah di istana lama untuk melawat kediaman sultan-sultan terdahulu.
Hujung minggu hari Sabtu, ketika tiba tidaklah ramai orang. Sampai terus park keta di hadapan pagar istana, terus masuk ke bahagian kaunter tiket. Tiket dikenakan untuk rakyat Malaysia sebanyak RM5.00.
Di dalam istana, pelbagai gambar-gambar lama dipamerkan. Bermula dengan Sultan pertama pada tahun 1957. Sehinggalah sekarang. Terdapat dua tempat untuk dikunjungi. Tempat pertama bahagian dalam istana itu sendiri. Tempat beradu, makan, pejabat, bilik mandi dan sebagainya. Mewah dan macam-macam ada. Untuk di bahagian pertama tu tak dibenarkan mengambil gambar. Dan bahagian kedua tempat menghadap, itu boleh ambil gambar.
Luas dan mewah, itu yang boleh digambarkan. Sampai tempat untuk rawat bagaikan mini klinik pun ada. Gambar-gambar di bawah. Zassss.......
- gerbang istana - |
- kaunter tiket - |
- tiketnya untuk dua orang - |
- berjalan ke istana - |
- ruang depan istana - |
- kapet merah di depan pintu masuk - |
- ahlan wasahlan - |
- foto-foto aktiviti sultan-sultan - |
- bilik menghadap sultan - |
- diruang dewan foto - |
- hmm... - |
- sistem monarki, hanya anak beranak cucu cicit saja yang layak duduk di singahsana itu - |
- tertera ayat al-quran - |
Dahulunya Sultan adalah berkuasa penuh dalam pemerintah. Selepas datangnya penjajah, kuasa Sultan terus mengecil dan berkuasa terhadap agama dan adat istiadat sahaja. Dulu juga khalifah Uthmaniah menggunakan gelaran sultan, namun telah lenyap dimusnahkan oleh bangsanya sendiri, iaitu laknat Mustafa Kamal Atartuk.
Pemerintah Islam yang tidak membina istana, dan juga tidak tinggal istana hanyalah Nabi Muhammad, Khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan juga Khalifah Bani Umayyah, Umar Abdul Aziz. Terbinanya istana, maka runtuhlah kuasa besar pemerintah Islam.
Khalifah Umar Abdul Aziz pernah berkata setelah dilantik khalifah dan diiringi oleh pegawai menuju ke kediaman istana pemerintah:
" Apakah ini (istana)?
"Tempat kediaman Amirul Mukminin". Kata pegawai itu.
"Aku tidak akan tinggal di tempat ini (istana) melainkan jika semua rakyat aku memiliki rumah sebesar ini". Kata-kata penamat dari Umar Abdul Aziz. Dan beliau terus beralih badan menuju ke rumahnya sendiri.
Begitulah hebat pemerintahnya. Sehingga pada zaman beliau, tiada seorang pun mahu menerima zakat kerana semua rakyat sudah cukup untuk mereka menyara diri dan keluarga.
Jika hari ini begitu mewah sultan-sultan hidup mereka, mohonlah untuk melihat rakyat-rakyat di bawah sana. Sanggup mencuri susu atau milo semata-mata untuk anak mereka. Janganlah hanya duduk di istana saja sehingga tidak menjengok rakyatnya. Prihatinlah.
Sekian,
0 comments:
Post a Comment