Assalam,
|
- pintu masuk - |
Kedah Discovery 2016 adalah satu promosi Negeri Kedah untuk tujuan pelancongan bagi negeri ini. Kedah bukanlah hanya di Langkawi saja jika dikaitkan dengan pelancongan. Namun, terdapat banyak juga tempat yang menarik di tanah besar Kedah ini.
Rasanya Kedah patut memperluaskan lagi promosi pelancongan berkaitan dengan sejarahnya. Kerana apa, kerajaan Kedah telah wujud lamanya. Yang dahulu dikenali Kedah Tua. Kesultanan paling lama di Malaysia dan juga Asia Tenggara. Kesultanan tersebut telah bermula pada tahun 1136 oleh Sultan Mudzafar Syah 1, mungkin anak kepada Merong Mahawangsa, filem terbitan KRU ketika tahun 2011.
Sebagai contoh pintu gerbang istana di Kepala Batas, Kedah. Telah dijadikan tempat pembuangan sampah oleh masyarakat disitu. Sepatutnya perlu ditambahbaikkan dan boleh dijadikan tempat sejarah. Dan ini yang perlu dipromosikan dan patut dibanggakan. Di negeri sendiri tidak mahu mengangkatnya. Di Negeri Pulau Pinang mengangkat Francis Light, dan juga di Melaka bangga pula dengan penjajah A Famosa. Terpulanglah kepada pemimpin itu sendiri. Itulah yang membuatkan kadangkala kita kecewa dengan pemimpin melayu sendiri.
Selesai bab sejarah. Bab berkaitan dengan alam semulajadi. Alhamdulillah, setiap tempat Tuhan jadikan berlainan. Di Negeri Kedah, terdapat sungai yang besar iaitu Sungai Merbok, Kuala Muda. Bertempat di Semeling, ada satu kawasan pelancongan iaitu Kompleks Pelancongan Jeti Semeling, Sg. Merbok.
|
- jalan menuju ke destinasi - |
|
- petanda arah - |
|
- pembakaran kayu arang - |
|
- menaiki titi ke kawasan galeri - |
|
- anak gua sedikit kepenatan - |
|
- hutan paya bakau kelihatan - |
Di jeti itu terdapat teksi air untuk kita meninjau kawasan sungai bakau. Dan terus ke Pantai Merdeka sambil boleh bershoping-shoping di Tanjung Dawai. Di jeti itu juga terdapat galeri-galeri berkaitan dengan kayu bakau, kehidupan haiwan dan juga kegunaan kayu-kayu bakau.
Galeri tersebut dibina di atas air. Terdapat outlet geleri yang dikhaskan. Seperti galeri sejarah, galeri biodiversiti, dewan aktiviti, dewan serbaguna dan sebagainya. Kita akan berjalan kaki di atas titi tersebut dan menuju ke outlet-outlet tersebut.
Waktu aku ke sana, panas terik tengahhari. Orang awam pun tiada sangat. Dan kelihatan kedai cenderahati masih lagi tidak berfungsi. Dewan-dewan juga seperti kerusi meja tidak disusun. Sempat aku meninjau di galeri sejarah dan juga galeri biodiversiti. Ekon dan lampu tak dipasang, akulah yang pasang sendirinya.
|
- terdapat peta Kedah, Malaysia dan juga dunia berkaitan taburan bakau - |
|
- di galeri sejarah - |
|
- info sejarah - |
|
- seorang makcik khusyuk membacanya - |
|
- di kawasan galeri biodiversiti - |
|
- dalam geleri ini ada kawasan pembakaran bakau - |
|
- di dalam itu terdapat info-info - |
|
- kehidupan haiwan di hutan bakau - |
Di penghujung titi tersebut tempat orang beristirehat. Terdapat pondok-pondok dibina dan tempat duduk disediakan. Ruang balkoni itu juga agak lebar dan sesuai untuk kanak-kanak berlari di situ. Berhadapan pula dengan air sungai yang besar.
Itulah sedikit sebanyak yang boleh aku share. Sebagai anak Kedah, aku juga boleh tolong-tolong mempromosikan Jeti Semeling ini, walaupun tidaklah sebeberapa....huhu. Namun pihak Kerajaan Negeri Kedah patut berusaha lebih keras lagi untuk memperluaskan lagi promosi agar menjadi tempat utama pelancongan apabila tiba di Sungai Petani khasnya dan Kedah amnya.
|
- meneruskan lagi perjalanan - |
|
- terus berjalan - |
|
- hingga ke penghujung - |
|
- hutan paya bakau - |
|
- teksi air untuk River Cruise - |
|
- bot nelayan dan juga titi kelihatan - |
Sesiapa yang datang ke Sungai Petani, berkunjunglah, galeri tersebut tidak dikenakan sebarang bayaran. Ilmu berkaitan bakau bagi sesiapa yang mencintai alam semula jadi. Bertempat di Jeti Semeling, keluar dari Tol Sungai Petani Utara, terus sehingga trafic light kedua selepas trafic light pertama Laguna Merbok. Trafic light kedua belok kanan, dan masuk kiri sebelum lalu jambatan Sungai Merbok.
Next akan datang, aku akan cuba menaiki bot Merbok River Cruise Tour. Menceritakan sedikit sebanyak pengalaman. InsyaAllah.
|
- jumpa lagi - |
Sekian,
0 comments:
Post a Comment