Salam sejahtera,
Bertemu kembali di dalam ruangan percutian aku ke Sarawak baru-baru ini. Last update percutian di Sarawak
part 1, kini aku menyambungnya kembali setelah pada hari Rabu hari tu, kemangkatan Tengku Bendahara Kedah, merangkap Pemangku Sultan Kedah. MB Kedah bagi cuti peristiwa, kemudian pada hari Khamis pula, setelah pagi aku bawa kes di Mahkamah, petang tu aku jadi saksi pula kepada orang menikah. Dah balik agak lewat, jam 3.30 petang, terus keluar opis pulang ke rumah.
Ok, bersambung kembali. Setelah solat zohor dihimpun berserta Asar di Masjid di Petra Jaya, kami diteruskan perjalanan menuju ke
*Muzium Kucing. Ramai yang tak tau muzium kucing ni dimana, sebab tiada signbord. Aku hanya berpandukan GPS sahaja. Ianya terletak di DBKU, Dewan Bandaraya Kuching Utara. Cantik bentuknya seakan kubah masjid. Pada ketika itu hujan dah semakin segheyat, bak kata orang Kedah...huhu.
Naik atas bukit sikit, dan sampai di puncak, kelihatan nampak semua bandaraya di Kuching. Cukup cun wa cakap sama lu. Siap parking kereta kami terus masuk ke dalam DBKU tersebut. Kerana muzium kucing tersebut ada di dalam. Di tingkat pertama, sudah kelihatan muzium tu. Masuk hanya free. Kalau nak bawa henset, kena bayar RM3, sebab boleh ambil gambar semua. Kalau tak nak bayar, tinggal hensed pada pakgat yang jaga pintu masuk muzium tu. Berbagai jenis kucing ada. Yang kecil hinggalah besar. Tapi sayangnya, semua patung dan gambar sahaja. Yang betul2 punya tiada. Mungkin ada hari show, mungkin ada.
|
- bentuk DBKU - |
|
- jangan risau, sampai di atas ada signbord nie - |
|
- kita akan masuk ke mulut kucing tersebut - |
|
- antara kucing yang terbesar - |
|
- pelbagai kucing - |
|
- bagaimana - |
|
- view dari atas DBKU - |
Lebih kurang sejam di dalam muzium tu, kami keluar dan terus menuju ke kedai makan. Time makan tengahhari pula. Kami makan di sebelah sungai Sarawak, dekat2 dengan DUN, dan ada jual kek lapis disitu. Makan nasi goreng, lepas makan kami shopping beli kek lapis untuk dibawa balik makan di Kedah. Beli dua jenis. Lepas beli kami nak ke Muzium Sarawak, tapi agak malang jam tepat menunjukkan 4.00 petang. Muzium dah tutup. Kemudian aku ajak Faroq tengok rumah sewa dia, maktab dan sekolah dia.
|
- antara kedai yang popular, kek lapis - |
|
- perjalanan diteruskan - |
Sebelum ke 3 tempat tu, kami bergambar dulu di replika kucing di tengah2 town. Yang selalu orang dok ambil pic. Panas juga time tu. Lepas ambil pic buat kenangan, barulah kami teruskan perjalanan.
|
- complete 14 negeri, kecuali bini aku hanya tinggal Sabah saja...huhu - |
|
- kucing di mana-mana saja - |
Perjalanan mengambil masa 1-2 jam perjalanan untuk lihat 3 tempat tu. Sampai bini aku dibelakang tertidur keletihan. Lepas saja lihat semua, aku ajak Faroq balik hotel dulu rehat2. Malam nanti keluar balik tengok-tengok orang dan lihat suasana di WaterFront.
Tepat jam 9.00 malam. Faroq tiba di depan hotel aku. Bini aku letih sangat tak boleh bangun. Aku dan Faroq saja lihat suasana malam di WaterFront. Ramai orang di sana, hujung minggu katakan. Pelbagai jenis orang pemuzik jalanan untuk mencari rezeki di malam hari. Lepak2 sampai pukul 10.30 lebih kurang, aku pun balik untuk tidur.
|
- gambiran di waktu malam - |
Pada keesokkan harinya pada jam 8.00 pagi, aku dan bini aku telah keluar dari bilik dan Faroq pun telah sampai. Setelah check-out, kami terus ke kedai makan untuk sarapan. Bini aku pekena laksa Sarawak, berlemak katanya. Aku makan roti canai saja.
|
- tudia, laksa sarawak - |
Lepas makan, kami menuju ke
*Medan Niaga Satok, bersebelahan Sungai Sarawak dan sebelah jambatan di bahagian utara. Pasar yang agak besar, hari cuti minggu pula, manusia terlampau ramai untuk beli barang-barang dapur. Kami ke sana beli ikan terubuk masin yang popular kat Negeri Sarawak nie. Beli 7 ekor dengan harga RM20. Beli banyak nak bagi adik-beradik kat sana. Buah tangan dari negeri orang katakan. Lepas beli semua, jalan-jalan sikit disekitar medan tersebut.
Jam kat tangan menunjukkan masih awal untuk ke airport. Check-in di airport pukul 11.00 pagi, jam di tangan pukul 9.00 pagi. Aku ajak Faroq pergi muzium dulu. Kalau nak ke airport, pegi awal-awal tak tau nak buat apa. Lagipun airport dah tak jauh mana. Maka berangkatlah kami ke muzium.
|
- medan niaga satok - |
|
- antara manusia yang jual terubuk masin - |
|
- bungkus padat - |
*Muzium Sarawak ada 5 muzium kot tak silap. Sejarah muzium, muzium seni, muzium arteologi, dewan tun abd razak dan muzium Islam. Aku dan bini aku masuk 3 muzium saja, muzium sejarah, muzium arteologi dan dewan tun abd razak. Muzium Sejarah bukanlah pertunjukkan sejarah di Kuching, rupanya ditayangnya fosil-fosil kayu hutan dan batu-batu. Kena pula bayar RM4. Rugi pula sebab bab-bab fosil ni bukannya minat. Masuk di Muzium Arteologi kot tak silap, masuk free dan best masuk muzium tu. Menerangkan hidup zaman orang dulu di Sarawak, binatang, rangka buaya bujang senang, adat-adat orang kaum di Sarawak.
|
- muzium sarawak - |
|
- tulang orang utan - |
|
- dalam muzium, klasik - |
|
- ikan paus - |
|
- langkawi banyak burung nie - |
|
- burung enggang ke burung kenyalang? - |
|
- antara ikan air tawar, ada ikan pantai, ikan laut, ikan sungai dan macam-macam lagi - |
Kemudian kami ke Dewan Tun Abdul Razak. Disitu menerangkan atau pameran perjuangan-perjuangan orang Sarawak dahulu, seperti Rosli Dobhi. Penjajah Brooke, dewan tu pun masuk free dan tak sebest macam muzium arteologi tu.
|
- di tingkas atas muzium - |
|
- perahu-perahu yang digunakan - |
|
- ukiran orang-orang bidayuh, iban dan semua - |
|
- lukisan kaum di Sarawak, melayu sujud pada Tuhan sekalian alam - |
|
- taburan kaum di Sarawak - |
Tepat jam 11 pagi, kami bergegas menuju ke airport. Sampai di airport jam 11.15 pagi, ngam-ngam check-in jam 11.20 pagi. Ku ucapkan selamat tinggal kepada Faroq dan berterima kasih banyak-banyak sebab beri ruang masa untuk berjalan-jalan. 2hb 6 nanti pun dia dah balik Kedah, dan sekarang masa untuk last dia di Sarawak.
|
- on the way ke airport, dan nampak menara kawalan - |
|
- park dulu - |
|
- terima kasih di atas jasa anda Faroq Aziz dengan kereta pinjam membernya - |
|
- tunggu turn nak masuk - |
|
- tudia flight yang kami nak naik - |
|
- gud bye Kuching - |
|
- 1 jam 55 minit, sampai sudah di airport Langkawi - |
|
- sampai sudah - |
Ok, gud bye Sarawak. Ada masa jumpa lagi. Teruja berkenalan kaum di Sarawak...huhu. Semoga pemimpinnya Ketua Menteri menjadi lebih matang untuk membenarkan pemimpin pembangkang dari Pakatan Rakyat untuk menerangkan keborosan pemimpin di peringkat persekutuan mahupun di negeri. Semoga kita lebih keterbuka dan jangan terlampau jumud dan hanya menonton berita di tv saja yang kadang-kadang lari dari fakta... (Y)
Sekian,
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment