منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Perjalanan ke Narathiwat Melalui Perak dan Kelantan

Salam sejahtera,

Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan bekerja dengan eloknya setelah bercuti selama 12 hari di tanah besar. Maksud disini aku lebih suka tinggal di tanah besar berbanding tinggal di pulau ini kerana aku terasa terperap di dalam pulau saja. Pusing mai pusing pi kot situ juga...huhu.

Percutian yang lama ini disebabkan kenduri yang begitu banyak. Cuti sekolah penggal telahpun bermula. Dari rumah aku kenduri aqiqah Furqan anak menakan aku, kenduri rumah pak menakan aku dan juga kenduri lawannya, juga menziarahi adik beradik belah pak mertua aku di Narathiwat. Dah ramai-ramai ke sana, depa pun hidangkan makanan yang lazat-lazat, itupun kenduri juga....hehe.

Pada jam 7.30 pagi bertarikh 5hb Jun 2014 bersamaan 7hb Syaaban 1435 hari Khamis, aku, bini aku dan juga pak mak mertua aku bergerak keluar dari rumah. Perjalanan ini disertakan pak mak menakan dan juga sepupu sebelah bini aku. Rombongan kami sebanyak 3 buah kereta 10 orang. Kami ke Narathiwat ziarahi tok ngah sebalah pak mertua aku, kerap kali tok ngah datang ke Kedah. Sekarang giliran kami pula ke rumahnya.

Check point pertama kami tiba di Puncak Titiwangsa di Grik. Sampai di sana lebih kurang jam 10.30 pagi. Perut sudah lapar dan kami ramai-ramai makan disitu dan juga bergambir sedikit. Sejuk-sejuk kena angin puncak, kami teruskan perjalanan ke Rantau Panjang. Tajuk di atas menunjukkan "melalui Perak dan Kelantan", bagi Perak itu kami berehat sebentar di Grik manakala Kelantan pula tunggu tok ngah di Rantau Panjang.

- bini gua di puncak Titiwangsa -

- dah sampai Pekan Rantau Panjang, Kelantan -

Tok ngah dari Kuala Lumpur, menghantar anak kawannya belajar di Kuis. Hampir 3 jam kami menuggu di Rantau Panjang. Mulanya kami tunggu di depan Maybank, pada waktu itu sekitar 12 tengahhari, tak larat nak tunggu kami pergi ke Masjid Beijing. Boleh sembahyang siap-siap jamak dan landing dulu seketika menunggu tok ngah tiba. Hampir jam 3 petang, tibalah tok ngah di Masjid Beijing.

- berehat di Masjid Beijing -

- kereta gua belatar belakang masjid -

- selfie anak menakan pupu -

- selfie seround -

Apabila sampai di imegresen Malaysia, tiada masalah untuk cop passport. Malaysia punya tak susah. Cuma Thailand ni payah sikit. Nak kena turun dari kereta, aku pula terlupa nak beli kad putih siap-siap, beli kat imegresen Thailand punya harga RM2 lebih kurang. Insurans Thai aku dah buat siap-siap di Changlon, 9 hari RM16. Buat di Sungai Golok untuk insurans Thai kena ambil minimum sebulan sebanyak RM30 lebih kurang. Mujurlah aku dah buat di Changlon sebelum nak pergi.


- terus ke imegresen Malaysia -

- cop dulu -

- dah masuk negara Thai -

- tulisan jawi, borang kastam -

Setelah selesai cop passport dan borang kastam Thai semua, maka masuklah kami ke negara gajah putih tu. Lebih kurang jam 4, 5 petang, aku pun tak ingat. Destinasi pertama kami ziarah rumah tok su dulu di Su-ngai Kolok, lepas sikit masuk bandar, makan nasi bungkus ayam perap, dengan sos Thai pula, Ya Allah, nikmatnya makan. Tengah lapar pula tu. Dah habis makan, kami terus ke rumah tok ngah di daerah Waeng, Narathiwat. Dari Su-ngai Kolok ke Waeng lebih kurang 25km. Sampai di rumah tok ngah lebih kurang jam 7 malam. Waktu Thai 6 malam.

- aisy (kecik) syamil (besar) -

- 3 kereta Malaysia mahu masuk Thailand -

- dah sampai Waeng, Narathiwat Thailand -

Rumahnya klasik macam rumah zaman dulu, ada tangganya, almari, ukiran kayu-kayu, aku tak sempat pula nak ambil gambar. Dah mandi sembahyang, segment makan pula menyusul. Makan punya makan, lepak-lepak, kemudian masuk tidur.

Esok pagi start berjalan masuk town Narathiwat, pantai Nara, Masjid 300 tahun dan terus ke Pattani melawat Masjid Kerisik. Kisah itu aku ceritakan di blog akan datang.

Sekian untuk kali ini,

Wassalam.
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment