Moga kalian sihat sejahtera hendaknya disamping melakukan pekerjaan untuk mencari sesuap rezeqi disalurkan kepada sesiapa yang berada dibawah tanggungan kita. Dimulakan dengan 'Bismilah' maka pekerjaan itu menjadi ibadah dan moga kita semua diberkati rezeqi itu dan beroleh rahmat oleh-Nya.
Baik, pada kali ini aku saja nak share berkaitan puak pemisah di selatan Thailand. Benda ni dah lama terjadi tapi aku baru saja tahu pada tahun 2012. Agak ketinggalan nak follow walaupun sering kali dengar ada saja bom di berita kaca tv. Tapi time tu aku masih tak mengerti, dalam hati aku saja berkata "perlu ke nak berperang, dok elok-elok sudah". Rupa-rupanya setelah dikaji selidik, barulah aku tahu perkara sebenar.
Benda ni takkan jadi kalau semua orang tak tahu sejarah. Daripada sejarahlah manusia mula menyedar akan maruahnya serta perjuangan zaman tok nenek dulu. Aku yang pada mulanya minat pada sejarah hanya baru saja, sebelum ni di sekolah dulu langsung tak minat. Tapi sikit demi sikit dari zaman Sultan Muhammad al-Fateh, aku mula mengenali zaman Rasulullah, Khalifah ar-Rashidin, Zaman Umayyah, Abbasiyah, dan Uthmaniah. Tamatnya khilafah daulah Islamiyah, dijajah pula oleh barat dan sekarang Empayar British mendominasi. Daripada dunia, hinggalah aku mula mencari zaman di empayar Langkasuka, Kedah Tua, Melaka, Ayuthaya di wilayah Melayu ini.
- wilayah ramainya ulama'-ulama' hebat - |
Mula terdetik patutlah ada puak pemisah tersebut. Pada tahun 1909, Perjanjian Bangkok ketika itu, maka bermulalah terpisah Tanah Melayu menjadi dua negara. Antara Malaysia dan Wilayah Fatoni. Kita semua kena tahu bahawa Fatoni adalah anak kepada Negeri Kedah. Kerana Kedah menjaga Fatoni dengan baik. Fatoni sekarang ada 5 wilayah, iaitu Satun (Setul), Songkla (Singgora, kepala singa), Pattani (Pantai Ini), Yala (Jala), dan Narathiwat (Menara). Bermula perang antara Kedah dengan Siam di Kuala Kedah pada 1821, kalah peperangan, kemudian hubungan diplomatik maka Fatoni seperti diserahkan kepada Siam.
(Sedih rasanya, tapi tak apalah, kisah ni aku akan ceritakan pada entry blog akan datang).
Bermulalah aku mengkaji sikit demi sedikit, banyak yang boleh aku ceritakan, daripada sumber internet, bacaan, jumpa orang sana sekali, member aku masa belajar sekali duduk di Yala, Tokngah aku orang veteran yang duduk di Narathiwat, anaknya Ley yang sekarang belajar di Pattani. Bolehlah aku ambil sumber-sumber tu sikit demi sedikit.
Baiklah, puak pemisah yang aku nak ceritakan sikit. Puak pemisah iaitu pejuang kemerdekaan untuk melepaskan diri dari pemerintah puak kafir Buddha yang memerintah entah apa-apa, menyebabkan orang Melayu sana sangat marah. Bukan setakat depa marah, kalau aku dok sana pun aku pejuang bermati-matian di sana.
Sistem pembelajaran untuk disekolah bahasa Melayu perlu dihapuskan, tulisan jawi perlu dihapuskan, mesti berkomunikasi dalam bahasa Thai, banyakkan patung Gauthama Buddha di sana, penindasan hak ekonomi seperti contoh di wilayah Fatoni kaya dengan getah, maka pihak kerajaan beli getah dengan harga murah, proses menjadi tayar dan jual pula dengan harga yang tinggi, salah satu menyebabkan orang melayu sana marah. Selain itu menyamaratakan orang melayu dengan siam.
- Masjid Gerisik usia 500 tahun antara masjid pertama di Tanah Melayu - |
Orang Melayu sana marah dan bangkit, maka tahun 2004 zaman pemerintahan Thaksin Sinawart, mula menaikkan kemarahan orang Melayu. Maka bermulalah edisi peperangan sehinggalah sekarang. Konflik ini takkan berjaya jika puak pemisah tak pernah bersatu. Inilah masalahnya.
Pejuang sana mempunyai banyak kumpulan. Kumpulan yang besar mungkin ada dalam 4 atau 5 kumpulan. Setiap wilayah ada kumpulan-kumpulan yang berlainan. Contohnya di Narathiwat ada kumpulan pejuang lain, di Yala lain, di Pattani lain. Bila aku tanya penduduk di sana kenapa buat macam tu, kenapa tak bersatu, jawapannya jika salah sorang kena tangkap, maka orang kena tangkap tu akan memberitahu kumpulannya sahaja, maka kumpulan yang lain tidak masuk campur, hanya dibiar begitu saja. Kadangkala sedih pula aku, mengapa jika seorang darah muslim mengalir, orang Islam tak bersatu menentang? Persoalan demi persoalan.
Sebab kedua mengapa puak pemisah ini banyak kumpulan. Jawapan ini juga amat menyakitkan, jawapannya ingin mengejar jawatan. Jika puak satu itu menang, maka puak itulah akan melantik diri sendiri menjadi Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Ahli Kabinet dan sebagainya. Andaikata jika perjuangan melihat itu semata-mata, mereka takkan berjaya buat selama-lamanya. Huu....kecewa. Kita sapport depa, tapi depa macam tu pulak.
Selain dari itu, penindasan terhadap Muslim kadang kala menyebabkan kematian yang dilakukan oleh tentera Thailand, hanya secara rawak membunuhnya. Komando Thailand yang berada di dalam hutan, nampak curiga sikit saja orang kampung Melayu, terus tembak sehingga mati. Tapi perkara ini dan menjadi kebiasaan. Puak pemisah pula terus bom di pos atau kem tentera di setiap jalan atau roadblok yang ada. Jika ada orang awam disitu, maka hanya kebetulan saja akan terkena tempiasnya. Media di antarabangsa menutup dan terus menyembunyi maklumat daripada didedahkan kepada dunia. Banyak didedahkan berkenaan Yahudi di Palestin, tapi tidak kurang hebatnya sama seperti juga di Fatoni.
- antara kumpulan dari Pemisah Islam, tak masuk lagi pejuang nasionalism - |
Masa aku pergi Narathiwat, aku sembang dengan tokngah aku, tokngah aku sebagai orang tengah untuk menyatukan 3 puak yang besar ketika itu. Apabila tokngah aku cuba untuk menyatukan, tapi sayang ditolak oleh ketua-ketua puak tersebut. Masing-masing nak berjuang sendirian. Sebab apa nak berjuang sendirian, jawapannya aku dah terang tadi, masing-masing mahu kejar jawatan. Niat itu takkan berjaya kerana ada hadis nabi menerangkan bab itu.
Aku bertanya lagi kepada tokngah, "andaikata kalau puak itu bersatu, boleh berjaya tak?".
Tokngah aku jawab, "Dah lama dah menang".
Fullstop, tiada apa lagi soalan yang aku nak tujukan. Perasaan aku hanya kecewa saja melihat sekeliling.
- aku ditahan di roadblok di Pattani, depa ingat bawah seat aku ada bom - |
Puak-puak atau kumpulan-kumpulan di sana banyak perkara yang nak diperjuangkan. Ada yang berjuang untuk agama, dan ada yang berjuang untuk Melayu. Sebijik sama dengan politik di Malaysia. Aku nak tanya la kan, apa sebab nak perjuang Melayu? Melayu kalau jahat, rasuah, arak, tindas orang, tak guna juga. Kalau perjuang Islam, bukan melayu saja baik, orang siam yang buddha boleh masuk Islam, boleh jadi baik, luas lagi tanah jajahan kalau perkara itu diperjuangkan.
Bagaimana respond pemimpin Malaysia dalam perkara ini?
Ini lagi aku kecewa. Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak seperti yang aku jangka, dia takmau campur hal ini. Jawapan dia, suruh orang melayu Fatoni ni duduk di bawah pemerintahan Thailand. Itu lagi baik. Aku dah agak, pemimpin macam ni memang tak boleh pakai. Aku cukup tak suka pemimpin Najib nie. Nak perjuang melayu tapi melayu kat atas sana tak mau bela pula. Bangang abadi. Bukti Najib kata macam tu di artikel penuh, boleh baca klik sini. Gambar di bawah:
- pemimpin Malaysia yang tak boleh pakai - |
Mahathir dan Mukhriz pula, orang melayu Fatoni mahu wilayah itu dibebaskan dan dimasukkan dalam Malaysia pun boleh. Tapi jawapan anak beranak tu, lebih baik duduk di bawah pemerintah Thailand, dan berunding dengan pemimpin Thailand untuk memberi kebebasan. Seperti kita jangka pemerintah Thailand mahu rakyatnya menjadi Thai. Dan Siam dengan Melayu sejak dulu bergaduh, berperang sejak zaman nenek moyang kita lagi. Dalam bab peperangan, aku akan ceritakan pada blog akan datang.
Susah nak diungkapkan perkara ini, keturunan bapa aku dulu ke atas, berasal dari Fatoni, kemudian tokwan belah mak aku juga begitu, tokwan kepada tokwan aku berada di Fatoni, kemudian sekarang hilang begitu saja. Bila sebut berasal dari keturunan Melayu Fatoni, ada terasa diri ini mahu saja melepaskan dari cengkaman siam itu.
Dulu bapa berperang dengan siam, sekarang anak pula berperang dengan siam. Harap pembaca tahu apa maksud bapa dan anak. Bapa itu Kedah, anak itulah Fatoni. Sekarang anak masih berperang sehingga sekarang, bapa pula senang lenang di rumahnya. Bagaimana aku boleh buat, aku mahu Fatoni dibebaskan, setakat mampu saja aku boleh buat. Blog dan bagi orang baca, mudah-mudahan orang lain boleh sedar dan ceritakan pada anak-anak, dan anak cucu nanti akan perjuang mengambil kembali. Buat masa kini, Fatoni hanya mahu berjuang sendiri.
Wilayah Melayu setakat yang kita ada ni sekarang pun hanya separuh dari tanah sebenar. Wilayah Melayu yang asalnya bermula dari bawah Segenting Kra, Ranong, Thailand hinggalah ke Singapore. Maknanya lepas saja dari Bukit Kayu Hitam, kita akan bertemu dengan (bermula dari selatan menuju ke utara):
Sadao (Sendawa)
Satun (Setul)
Trang (Terang)
Patthalung (Bedalong, Tanglung)
Songkla (Singgora)
Samila Beach (Pantai Bismillah)
Chaiya (Cahaya)
Krabi (Ghrahi)
Phuket (Bukit)
Ranong (Rundung)
Ini adalah sebahagian, banyak lagi nanti aku update berkaitan keluasan empayar Melayu dulu. Dan aku akan pergi ke Ranong untuk melihat sendiri batu atau tugu sempadan Melayu-Siam dulu. InsyaAllah.
Setakat disini saja. Dan aku berharap puak pemisah dapat bersatu untuk menentang pihak pemerintah Thailand yang zalim. Dan aku berharap juga satu hari nanti, politik Malaysia berubah dan diperintah oleh Pas ataupun ulama, ataupun orang yang cenderung kepada agama, dan menarik balik wilayah Fatoni dan masuk ke Wilayah Malaysia. Insya Allah. Moga Allah berkati usaha-usaha kita dan dipermudahkan.
Sekian,
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment