Salam sejahtera,
Bertemu lagi di episod seterusnya. Pada hari ini aku akan menceritakan sedikit sebanyak tentang pengalaman aku di Phuket. Kalau ke Phuket tak pergi Pulau James Bond, memang tak lengkaplah. Di Phuket jika nak ke Pulau James Bond, dekat sikit. Kalau dari Krabi, jauh pula. Mungkin kos pun mahal.
Entry pada hari ini sambungan dari blog yang lepas hari ke-4. Perjalanan aku dari Krabi, menuju ke Phuket terus naik gajah pada sebelah petang. Malamnya pula kami ke Phuket Fantasea. Nak baca boleh
klik sini.
Seperti biasa bangun pagi selepas subuh, kami sudah bersiap sedia untuk bergegas. Pada mulanya kami ingat jam 8.30 pagi. Tapi silap sangkaan itu kerana masa untuk bertolak ialah jam 8.00 pagi waktu Thailand. Hanya bersiap memakai baju sahaja tak perlu nak bersiap sangat sebab nak masuk jalan laut. Kami turun dari bilik kami dan brader yang nak bawa kami dah pun sampai. Dia dah tunggu di bawah. Kami dibawa menaiki van pick up dan terus menuju ke Jety Pier. Sebelum tu, van tersebut masuk ke hotel-hotel lain juga untuk ambil pelancong lain yang menggunakan pakej yang sama.
Perjalanan menuju ke Pier tu mengambil masa 45 minit. Setengah jam dah boleh sampai, tetapi keadaan sesak. Sibuk dengan hantar anak ke sekolah, orang pergi kerja. Van yang kami naik tu pun laju nak mampus. Sepanjang perjalanan tu naik bukit turun bukit. Agak lama juga macam tu, masuk highway lega dah sikit.
|
- van depan tu kami naik, brader baju pink tu dreba - |
|
- aku suka dengan masjid, sebab tu aku snap. sepanjang perjalanan sebelum sampai Jety Pier - |
Dah sampai di Jety Pier, kami diarah untuk sarapan dulu. Mujur lah sarapan dulu sebab aku tak sempat nak makan kt hotel. Kalot, aku ingat jam 8.30, rupanya jam 8.00 pagi. Kami makan air kopi panas, dengan biskut tat nanas. Pisang juga ada. Isi perut dulu sebelum nak gasak satgi.
|
- dah sampai jeti - |
|
- sarapan dulu - |
|
- minum dulu, style dia punya cawan - |
Kami diberi masa 30 minit untuk makan, kemudian kami mula berjalan ke tempat jeti tersebut. Sebelum nak sampai ke jeti bot tu, ada titi panjang juga dalam lingkungan 200 ke 300 meter. Mujurla ada tut tut boleh bawa. Kalau rasa nak hebat, bolehlah jalan kaki sendiri. Tapi kena cepat la, tak pasal-pasal kena tinggal.
|
- group kami mula gerak - |
|
- tudia belakang makcik tu, titi panjang nak ke bot - |
|
- naik tut tut - |
|
- dah sampai, pengalaman yang sukar untuk dicari - |
|
- lihat sekeliling, banyak group agen yang lain - |
|
- titi yang lalu tadi - |
|
- ok, dah naik bot - |
|
- trisa sebagai tour guide, dah start bagi briefing - |
Destinasi pertama kami menuju ke
*Hong Island. Lebih kurang 30 minit perjalanan, sampailah kami di pulau tersebut. Di pulau tu kami kena naik kayak yang dikayuh oleh orang kat situ juga. Kena naik kapel @ dua orang. Sapa yang single, naik sorang lah jawabnya.
Cantik permandangannya, boleh masuk dalam gua, tapi airnya tak cantik. Macam kotor selut saja. Ok lah, jalan-jalan situ diberi masa sejam.
|
- hai cik adik, tengok apa tu - |
|
- boleh la melayan perasaan - |
|
- sahabat - |
|
- mendayung terus mendayung - |
|
- sempoi - |
|
- group yang lain nak masuk gua - |
|
- cantik ciptaanNya - |
|
- dah ada di tengah2 - |
|
- jalan ke depan sikit ada gua boleh masuk - |
|
- tapi pendek saja - |
|
- kami naik darat depan tu, batu tu seakan kepala ikan piranha - |
|
- kami berempat - |
|
- batu seakan bentuk kuda kat atas bukit sana - |
Dah puas belayar, kami diteruskan lagi dengan speedbot yang berkelajuan 400 kuasa kuda menuju ke
*James Bond Island. Perjalanan itu mengambil masa 20minit untuk tiba. Nama James Bond diambil sempena filem Amerika pada tahun 1950-an. Pengembaraan dibuat disitu kerana bentuk pulaunya yang sangat menarik. Asal pulau itu Koh Tapu. Pulau Tapu. Asal nama tapu juga diambil dari bahasa Melayu, iaitu paku. Pulau itu seakan bentuk paku.
Pulau tu juga ada orang berniaga. Macam-macam bentuk siput, cengkerangnya. Pulau ni tiada penghuni. Mungkin depa ni pagi-pagi dah naik bot kot pergi pulau tu. Kebanyakannya orang Muslim. Kesian pula tengok makcik-makcik yang berniaga situ, macam tak ada orang nak beli pun. Orang pergi situ nak tengok pulau James Bond tu, lagipun mahal sangat jualnya. Tapi tak apalah, rezeki kalau ada tak kemana.
Satu lagi, Pulau James Bond bukanlah di wilayah Phuket, ianya terletak di wilayah Pang Nga. Kalau naik kereta lalu kot jalan darat dari Krabi, akan masuk wilayah Pang Nga terlebih dulu sebelum nak masuk pulau Phuket. Perkhidmatan dari Pang Nga nak ke Pulau James Bond pun ada. Mungkin lebih murah dan cepat lagi perjalanan. Sebab dekat saja.
|
- sampai dah. masa untuk park bot - |
|
- turun, turun - |
|
- welcome to pang nga - |
|
- pulau james bond - |
|
- dua sahabat - |
|
- alamak, mau tembak kelapa aku - |
|
- alahai, gegeh si trisa tu - |
|
- james bond 007 la kononnya |
|
- gerai-gerai - |
|
- khao phing kan - |
|
- nampak dinding seakan sama. gempa bumi dulu - |
|
- paut dulu - |
|
- ada terowong gua, kami saja nak masuk - |
|
- kecik juga guanya - |
|
- view dari tepi - |
|
- merended dulu - |
|
- titanic la kononnya..huhu. Luv u syg <3 - |
Sejam juga masa diberi sini. Dah puas jalan sana sini, destinasi seterusnya kami ke
*Panyee Island. Sebuah perkampungan melayu di atas laut. Penduduknya 100% muslim. Ada yang boleh berbahasa melayu. Yang uniknya semua perkhidmatan ada di pulau tu. Ada masjid, sekolah, pejabat pos, hospital, padang bola, dan macam-macam lagi. Tenaga elektrik dari tanah besar. Macam mana bawa masuk tak tahulah. Mungkin kabel bawah tanah.
Perkataan Panyee juga berasal dari bahasa Melayu. Penyee dalam melayunya ialah 'panji'. Mungkin panji yang diangkat di pulau tu panji anak bulan dan bintang, lambang Islam. Kami diberi masa untuk melawat dan makan tengahhari. Menu makanannya sangat menarik sekali.
|
- dah nak sampai, dari jauh nampak kubah masjid yang menyerlah - |
|
- sampai sudah - |
|
- street soccer atas air pakai tong - |
|
- kami naik tangga dan terus jalan ikut tour guide - |
|
- sepanjang jalan ada makcik-makcik jual barang - |
|
- Pulau Panji 0 km - |
|
- sampai dah tempat makan - |
|
- perghh, terbaik punya. masa ni tomyam dgn siakap 3 rasa tak sampai lagi - |
|
- dah makan, gambiran dulu - |
|
- kami jalan-jalan lagi usha apa yang patut - |
|
- sekolah - |
|
- padang bola - |
|
- kami di Thailand - |
|
- jety depan restoran - |
|
- naik bot untuk destinasi seterusnya - |
Perjalanan kami diteruskan lagi. Kami ke
*Panak Island. Disini kami hanya menyaksikan pulau yang terbentuk seakan terhakis besar, atau gua yang sekerat saja. Aku pun tak tau nak kata macam mana. Boleh tengok picture kat bawah. Kat sini kami lihat atas bot saja, berhenti untuk ambil gambar dalam lebih kurang 5 minit, kemudian bot terus pecut.
|
- trisa briefing lagi. apa yg dia membebel pun tak tau - |
|
- Pulau Panak - |
|
- hebat ciptaanNya - |
|
- seakan tergantung - |
Destinasi terakhir, kami ke
*Naka Island. Kat situ kami boleh bermandi manda. Masa untuk rest. Air lautnya boleh lah sekadar nak mandi. Tak la jernih sangat. Kat situ juga boleh naik jet ski bagi siapa yang nak naik. kami hanya mandi saja.
|
- dah sampai, gostan nak part - |
|
- si minah ni dok briefing tak habis2 - |
|
- ulat-ulat jet ski - |
|
- 250bath tak silap untuk sewa kerusi tu - |
|
- kita mandi dulu bebeh - |
|
- dah puas mandi, makan buah dulu - |
Itulah sedikit sebanyak perjalanan kami ke James Bond Island. Sampai di jeti Pier dalam lebih kurang jam 4.30 petang. Sampai di jeti, naik tut tut ke park van, kami naik van yang brader baju pink tadi, kemudian terus ke Patong town. Letih sangat sampai kami tertidur dalam van.
Sampai di hotel kami berehat dulu untuk destinasi seterusnya. Pada malamnya, kami ke Bangla Road. Sekadar jalan saja. Kami tengok apa-apa yang patut yang boleh dibeli. Padahal duit time dah takda sangat. Lebih kurang jam 11malam. Kami makan kemudian terus ke hotel. Berehat sepenuhnya untuk pulang ke tanah air keesokan hari.
Kita jumpa lagi next blog dalam perjalanan kami balik ke Malaysia. Ada kisahnya... :),
Sekian,
berapa pakej ke pulau ni eyh??
ReplyDeletebole advise amik dengan sape ye
sy tak ingat berapa.. sy amek pakej ni di hotel yaya, tapi kalau nk ke phuket dari bkt kayu hitam, sy ada pakejnya
Delete