Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan yang Maha Esa, pencipta seluruh makhluk di muka bumi ini.
Peredaran zaman banyaknya agama yang terbesar tercipta. Sejak dari zaman Nabi Adam, Nabi Idris dan nabi seterusnya, kebanyakan para nabi berdakwah kepada umatnya supaya sujud kepada Allah. Nabi Adam sebagai bapa manusia, Nabi Nuh dengan kisahnya tersendiri, mengajak umatnya sembah kepada Allah, tetapi hanya segelintir saja yang mengikutnya, lalu Allah turunkan bala banjir yang begitu besar.
Begitu juga Nabi Soleh, umatnya terpegun melihat seekor unta betina keluar dari batu. Dan unta itu tidak boleh dibunuh. Tetapi umat Nabi Soleh iaitu kaum Thamud telah melanggar perintah dengan membunuh unta itu. Lalu Malaikat Jibril membalasnya dengan satu tempikan menyebabkan hancur berkecai tubuh badan kaum tersebut.
Nabi Ibrahim, bapa segala nabi. Anaknya Nabi Ismail dan Nabi Ishak. Keturunan Nabi Ismail ialah bangsa Arab dan keturunan Nabi Ishak adalah bangsa Bani Israel. Pada saat ini, masih lagi para nabi mengajak umatnya supaya taat kepada Allah bagi sesuatu kaumnya. Nabi Ibrahim membawa ajaran Hanif, iaitu pegangan Nabi Ibrahim tentang agama akidah tauhid supaya sujud kepada Tuhan yang Esa.
Namun begitu, sebelum lahirnya Nabi Ibrahim, telah wujud satu agama di dunia yang tercipta di India, iaitu agama Hindu.
Salasilah mengikut peredaran dunia 5000 tahun yang lepas.
- 5000 tahun, iaitu 3000 tahun sebelum masihi - |
Pada ketika ini tiada lagi agama tercipta. Mungkin pada zaman ini, zaman Nabi Nuh, Nabi Hud atau Nabi Soleh. Para nabi tersebut mengajak manusia sembah kepada Allah sahaja. Tiada syariat ketika ini.
- kelahiran Krishna di India - |
Krishna lahir pada 18 atau 21 Julai 3233 sebelum masihi. Beliau dilahirkan dari golongan bangsawan. Akibat perebutan kuasa, terjadinya peperangan. Setelah peperangan, ayah kepada Krisha telah kalah dan merelakan dirinya dipenjara. Ketika Krisha remaja, beliau adalah pengembala lembu. Ada sahaja orang ingin membunuhnya, tetapi beliau selalu selamat dari ancaman bunuh.
Setelah dewasa, Krisha berjaya membunuh Raja Kangsa dalam sebuah pertandingan. Setelah kemenangan itu, beliau membebaskan kedua orang tuanya dari penjara. Sumber: lubukgambir.com.
- agama Hindu tercipta - |
- Lahirnya Nabi Ibrahim - |
Kelahiran Nabi Ibrahim ketika ini telahpun wujud agama Hindu. Pada ketika agama hindu tengah berkembang pesat.
- munculnya Yahudi - |
- agama Buddha tercipta - |
- agama Buddha berkembang pesat - |
- Nabi Isa dilahirkan - |
- berkembangnya agama Kristian - |
Nabi Isa dilahirkan untuk mengajak umatnya iaitu Bani Israel sembah kepada Allah. Lalu bangsa Israel tak senang hati lalu ingin membunuh Nabi Isa. Pada ketika itu Allah mengangkat Nabi Isa ke langit. Pada waktu itu juga, ketua perancang untuk membunuh Nabi Isa itu, Allah telah mengubah wajahnya menjadi Nabi Isa. Bangsa Israel lalu tertipu dengan wajah itu lalu menyalib ketua perancang itu yang kononnya yang menyalib itu adalah Nabi Isa.
Dalil Nabi Isa diangkat ke langit:
Firman Allah:
"Kata mereka: "sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa putra Maryam, Rasulullah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya. tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keraguan, tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikut persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu ialah Isa".
(surah An-Nisa':157)
- agama kristian berkembang di sekitar Eropah - |
- Kelahiran Nabi Muhammad, pembawa Rahmat sekalian alam - |
Tanggal tarikh keramat 12 RabiaulAwal tahun gajah bersamaan 20 April 571 masihi hari Isnin, lahirnya Nabi Muhammad di Mekah. Pada ketika ini, langit bercahaya, semua keadaan bumi dalam keadaan tenang, istana di Rom runtuh, dan api di Parsi terpadam setelah menyala selama berpuluh-puluh tahun. Nabi Muhammad dilahirkan maka terciptanya agama Islam, iaitu agama termuda di dunia.
- Islam mula berkembang - |
Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah untuk mengukuhkan dan menstabilkan dalam membina negara di Madinah. Setelah Nabi Muhammad wafat, perjuangan diteruskan oleh Khulafa' ar-Rashidin. Utusan demi utusan surat diserahkan kepada pembesar atau pemerintah empayar Rom dan Parsi. Lalu surat itu dikoyakkan dan lebih parah, utusan dari Muslim itu turut dibunuh.
- Islam menakhluk Rom dan Parsi - |
- Islam menakhluk Andalus (Sepanyol) - |
- Zaman kegemilangan Islam. Costantinople di takhluk - |
- Islam memerintah 2/3 dunia. Malaysia dan Indonesia menerima Islam. Pada masa yang sama, Kristian memperluaskan di Amerika - |
- proses perkembangan terus dan menerus, agama Kristian mendominasi - |
- jatuhnya empayar Turki Utmaniah, lalu Yahudi takhluk Palestin dan membina penempatan haram - |
- agama di serata dunia - |
Sehinggalah pada tahun ini, agama terus pesat berkembang. Tak kiralah agama Kristian, Islam dan lain-lain. Walaupun setiap ajaran yang dibawa adalah untuk mengajak orang membuat kebaikan, tetapi ianya tidak boleh disamakan. Atau erti kata 'Pluralisme.' Agama Islam adalah agama yang teratas dan tidak boleh teratas melainkan Islam sahaja.
Berikut ada 10 agama terbesar di dunia pada tahun 2012:
1- Kristian (2.1 bilion)
2- Islam (1.5 bilion)
3- Athies 'tiada agama' (1.1 bilion)
4- Hindu (1 bilion)
5- Buddha (500 juta)
6- Indegenous 'agama adat' (450 juta)
7- Chinese traditional (400 juta)
8- Shinto "agama rasmi negara Jepun" (27-65 juta)
9- Sikh (25 juta)
10- Yahudi (18 juta).
Sumber: 1- theroseofviolet.blogspot/perkembanganagama
2- mforum.cari.com/10agamaterbesar.
Sekian,
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment