Salam,
Bertemu jua selepas raya cina pada hari Jumaat dan Sabtu lalu. Aku tergendala untuk menyambung entry aku seterusnya disebabkan internet di HQ Putrajaya 'down' pada kelmarin. Pagi tadi pun masih 'down', kamudian alhamdulillah, kembali pulih pada waktu sekarang.
Selepas kami (merujuk kepada 4 orang) berkelana di Krabi selama 3 hari 3 malam, hari ketiga tu pagi2 dalam pukul 8.00 pagi kami mula bergerak. Dari Ao Nang ke Phuket jaraknya antara lebih kurang 170km dengan menaiki kereta. Tak la jauh sangat. Disebabkan ada lagi program di Phuket, kami mula bergegas meninggalkan Krabi.
Selepas jentera 4 tayar aku dihidupkan, kami pergi gerai tepi jalan dulu di depan Masjid al-Aman. Isi perut dulu sebab nak jalan jauh. Gerai Muslim gelek roti canai orang laki pakai lebai punya. Tapi tak boleh berbahasa Melayu. Mujurlah ada makcik yang buat air tu boleh cakap Melayu. Entahla samada isteri pak lebai tu ataupun mak dia. Aku tibai roti canai Krabi 2 keping dengan air teh panas. Lepas makan dalam lingkungan jam 9.50 pagi, kami mula gerak meninggalkan Krabi.
|
- gerai makan depan masjid al-Aman - |
Sepanjang perjalanan yang pastilah tiada tol, permandangan banyak bukit bukau. Bukitnya bukanlah landai. Ianya seakan bukit seketul dan tegak lurus. Banyak seakan ianya seperti dipotong. Kami melalui di tepi-tepi bukit, sungguh indah permandangannya.
Kadangkala jalannya jalan raya, kadang masuk lebuhraya. Kebanyakannya, jalan besar seperti lebuhraya. Jalannya pula elok.
|
- jalan raya nak ke Phuket, perjalanan banyak melalui bukit2 - |
|
- dah masuk highway - |
|
- masuk Pang Nga dulu sebelum masuk Phuket - |
|
- tudia kelapa, sumbat selagi tak jatuh - |
Jalan punya jalan sampai tertidur 3 orang, aku saja tak boleh tidur sebab aku drive. Lagipun aku nak cepat sampai. Dalam lingkungan 12.30 tengahhari, 11.30 waktu Thailand, sampailah kami di sempadan Phuket. Baru sampai di sempadannya sahaja. Destinasi yang nak dituju itu jauh lagi. Pulau Phuket agak besar juga. Sesampai saja di sempadan wilayah tersebut, kami naik jambatan dan ada tempat check point roadblock oleh pihak berkuasa. Tak tahu kenapa ada roadblock, macam nak masuk siam macam pihak Kastam pula.
|
- GPS dari Galaxi Note 10.1 aku. Dah nak naik jambatan - |
|
- dah naik jambatan - |
|
- selamat datang ke BUKIT (aku tolong translet..hehe) - |
|
- lebih kurang 4 -5km, ada check point - |
|
- welcome2. banyak billboard ni - |
|
- bini aku, aku dan kereta aku - |
Aku ceritakan sedikit. Sebenarnya Puket ni diambil dari bahasa Melayu. Asalnya perkataan 'bukit'. Kemudian selepas diperintah oleh Thailand, ianya ditukar. Di Phuket juga ramai orang beragama Islam. Ramai juga bangsa Melayu. Tapi ramai yang tak boleh berbahasa Melayu. Mahsuri juga berasal dari Phuket, kemudian berpindah ke Langkawi. Kemudian generasinya yang ketujuh, setelah sumpahan Mahsuri berakhir, cucunya yang keturunan ketujuh itu berada di Phuket kembali.
Banyak perkataan dari bahasa Melayu yang berada di Phuket. Antaranya yang aku ketahui:
Patong - "potong"
Kata - "katak"
Karon - "mengkarong".
Menurut cerita, untuk perjalanan ke Phuket melalui Krabi yang aku cerita tadi, nampak bukit seakan di potong. Itu sebablah namanya "bukit" di Phuket. Manakala perkataan "potong" itu ditukar kepada patong. Patong adalah tempat bandar yang terbesar atau kedua terbesar di Wilayah Phuket. Disitu juga kami akan bermalam.
Kata beach dan Karon beach adalah dari perkataan "katak dan mengkarong". Dengar cerita pada satu ketika dulu, pantai ini dipenuhi dengan katak dan mengkarong. Ialah tempat bukit seperti itu penuh dengan dua binatang itu.
Ok, sedikit sebanyak info yang boleh aku share. Seterunya, setelah masuk Phuket, destinasi pertama kami adalah menuju ke
*Camp Chang Kalim di Kamala sebelum sampai di Patong. Apadia Camp Chang Kalim nie? Camp Chang Kalim ni nama untuk 'elephant trackking'. Naik gajah bahasa mudahnya. Sebenarnya ada 5 tempat elephant trackking di sekitar Phuket. Tapi aku pilih kat Camp Chang Kalim ni sebab boleh view nampak laut. Sebab kami akan naiki bukit dengan naiki gajah tu. Lagipun satu jalan sekadar persinggahan sebelum sampai ke Patong town.
|
- dah sampai, kami tunggu sampai sejam baru boleh naik. Orang ramai sangat - |
|
- nak tahu harga boleh tengok tu - |
|
- sampai dah turn kami - |
|
- teruja sekali mereka berdua - |
|
- mula mendaki bukit - |
|
- dah sampai kat atas - |
|
- group yang naik sekali - |
|
- kami berempat belatar belakang laut, klik pic nampak jelas - |
Kami ambil pakej 30minit punya sebab 45 minit dan sejam dah ramai orang booking. Lagipun kami nak kejar masa. Cukuplah naik gajah sekadar merasa saja. Dalam pukul 4 petang, kami meneruskan perjalanan ke Patong town. Sepanjang perjalanan tu view yang cukup indah. Jalan berbukit bukau sampai nampak air laut kebiru-biruan. Ada motor mat saleh dengan minah saleh terbabas masuk longkang tepi jalan. Rasanya keasyikan pandang tepi jalan tu sampai dia masuk dalam longkang tu. Mujur la bukan gaung.
Jalan punya jalan kami sampai di Patong town. Ramai sungguh manusia. Kami cari masjid dulu dan cari kedai makan terlebih dulu. Perut dan lapar tak makan tengahhari lagi. Dah jumpa masjid Patong, aku park kereta tepi jalan, terus ke kedai restoran depan masjid tu. Brader tu orang Pattani fasih dia cakap melayu.
|
- masjid nuruldin, masjid utama Patong - |
Lepas makan, kami terus cari hotel untuk bermalam. Kami tak sembahyang lagi, kononnya nak cari hotel kat belakang masjid tu. Cari punya cari semua dah penuh. Terus cari dan mencari sampai letih dah badan.
|
- sepanjang perjalanan dok cari hotel, tertarik pula dengan hotel harimau nie - |
|
- stadium boxing - |
Akhirnya kami dapat juga cari hotel. Hotel murah-murah saja. Dapat cari Hotel Yaya Raisedent. Bolehlah, aku bilik besar sikit harga 1400bath, ayoi dan mizi pula bilik kecil sikit 1200bath. Dari hotel tu juga kami ambil pakej ke Pulau James bond dengan harga 1800bath menaiki speedbot. Pakejnya naik kayak di Pulau Hong, melawat di Pulau James Bond, makan tenggahari di Pulau Panyee, dan bermandi manda di Pulau Naka.
|
- bangunan hijau tu hotel yaya - |
|
- ruang di kaunter - |
|
- bini aku keletihan - |
|
- untuk lelap mata saja..huhu - |
Lepas check in, kami ke Masjid Nurul Huda di sebelah hotel ini saja. Jarak masjid nurul huda dengan masjid patong tadi hanya lebih kurang 600 ke 700 meter saja. Tak jauh. Tu nak kata Muslim ramai kat sini. Kami sembayang jama' takhir, lepas tu kami terus ke Kamala semula.
|
- Masjid Nurul Huda, Patong, Phuket, Thailand - |
Destinasi seterusnya, kami ke
*Phuket Fantasea. Ianya terletak di Kamala. Jarak antara tempat hotel kami ke Phuket Fantasea ini ialah lebih kurang 15km. Phuket Fantasea ialah pameran kebudayaan, persembahan gajah, tercipta namanya Kamala, magic dan peperangan tentera bergajah zaman dahulu. Sebelum masuk ke dalam dewan untuk persembahan, di outdoor terdapat kedai-kedai untuk jualan yang agak menarik.
Tiket untuk masuk disini ialah 1800bath. Ada pakej sekali untuk makan malam. Tapi kami tak ambil. Duit kami time tu hanya nyawa-nyawa ikan saja. Tak apa lah, sekali sahaja nak sampai kat sini pun. Berbaloi jugaklah. Persembahan start pukul 7.30 malam waktu Thailand. tapi pintu untuk outdoor dibuka jam 5.30 petang. Phuket Fantasea ni buka tiap-tiap hari kecuali hari khamis.
|
- masuk di pintu depan - |
|
- dia berkenan dengan van nie...hehe - |
|
- welcome - |
|
- kita ber'fantasi' sebentar bebeh - |
|
- tiket kami berempat - |
|
- pintu masuk - |
|
- di sekitar outdoor - |
|
- menarik di dalam - |
|
- di kawasan game - |
|
- banyak ukiran yang menarik - |
|
- saja buat gegeh - |
|
- seronok kata dia - |
|
- legende de bangkok - |
|
- bangunan siam - |
|
- dewan pertunjukkan - |
|
- view dari tepi, ukiran gajah yang sangat menarik - |
|
- candid dulu sebelum masuk - |
Hanya setakat disini saja. Di ruang legar outdoor. Masuk ke dalam dewan tu, sebarang kamera tidak dibenarkan dan diletakkan di tempat khas. Sepanjang tempoh persembahan selama 70 minit, puas hati jugalah persembahannya. Selesai semua, kami terus balik ke hotel dan terus tidur. Aktiviti seterusnya untuk keesokkan hari bakal menyusul. Simpan tenaga dahulu.
Selesai untuk hari keempat, hari kelima aku akan menulisnya lagi. Hanya tunggu sedikit masa lagi. Jumpa lagi di newer post.
Sekian,
0 comments:
Post a Comment