Kali ini aku akan menceritakan sedikit sebanyak perjalanan kami dari Phuket menuju balik ke Malaysia dengan jarak anggaran 600km. Umpama dari Kedah menuju ke Johor. Kami menaiki kereta melalui jalan darat, sedikit masuk jalan raya, kadangkala masuk highway. Jalannya sangat cantik, adakalanya jalan tak berapa cantik. Kalau tak cantik, tak cantik sungguh.
Kami mula bergerak dari Patong town pada pukul 8.00 pagi waktu Thailand. Setelah enjin kereta aku dipanaskan, kami terus bergegas pulang. Kami terus menerus perjalanan. Bini aku disebelah aku, dia sebagai ko-pilot. Tolong tunjuk arah jalan dengan menggunakan GPS Galaxi 10.1 yang aku punya. Masuk jalanraya sikit sebab nak potong masuk short cut. Kalau masuk highway sepenuhnya, macam patah balik. Minyak kami isi 1000bath. Umpama RM100. Kalau di Malaysia aku selalu bubuh RM50. Tapi di Thailand minyak dua kali ganda. Memang aku jangka takkan sampai minyak tu di Malaysia.
Sebelum keluar dari Pulau Phuket, kami ditahan di tempat check point di hujung pulau tersebut. Kami diminta henti di tepi jalan dan pihak berkuasa tersebut check kami punya passport. Kemudian dia suruh kami buka bonet belakang. Setelah itu, dia benarkan kami untuk bergerak.
Aku teruskan perjalanan. Masuk kampung itu, kampung ini, sebelum nak sampai highway yang besar tu. Jalan punya jalan lebih kurang jam pukul 1, sampai kami untuk masuk highway di Patthalung. Aku rasa lega bila dah masuk highway situ. Kami berehat sebentar di R&R di stesen minyak. Rehat untuk kencing saja, kemudian kami teruskan perjalanan.
Di lebuh raya sekitar Patthalung, jalan highway teruk. Jauh juga jalannya yang teruk tu. Aku nak pecut pun agak sukar. Tapi alhamdulillah, jalan terus jalan, tiada lagi masalah keterukkan jalan. Aku terus pecut memecut untuk cepat sampai di Malaysia.
Aku gerenti minyak takkan sempat untuk sampai Malaysia. Perjalanan masih lagi 200km. Minyak kereta aku hanya tinggal 60km saja. Kemudian aku berhenti di sebelah jalan, aku terus isi minyak. Mujurlah aku dengan bini aku bawa minyak satu tong. Tong sabun basuh pinggan tu, kami isi minyak. Boleh muat lingkungan RM20 lebih. Aku terus isi minyak, kemudian kami rehat sebentar di pondok yang terdapat kat sebelah jalan tu.
- ini dia tong minyak - |
- aku dengan mizi - |
Bila dah isi, kami teruskan perjalanan. Macam-macam ragam yang kami jumpa. Dengan babinya atas lori, dan yang paling best lagi, hahaha....tengok pic kat bawah:
- katil 3 tingkat - |
Unik sekali. Kat bawah tu makcik-makcik dok baca buku. Atas pada makcik tu, anak dia kot, tengah tidur. Atas pada tu pun, ada lagi orang tengah tidur. Bila potong, ramai lagi rupanya kat dalam tu. Macam boleh bawa bas pula. Jalan jauh kot depa nie. Kalau kat Malaysia ada macam nie, mau kena saman JPJ la jawabnya. Apapun tak boley.......
Kami terus dan terus perjalanan, akhirnya pada jam 4 petang, tibalah kami di Imegresen Sadao. Tak sabar rasanya nak pijak bumi Malaya, setelah 6 hari di negara gajah putih. Bila dah cop semua, kami semua teruskan perjalanan hinggalah ke.............
- masuk Malaysia sudah....sesak time nie - |
Minyak time tu hanya nyawa-nyawa ikan saja. Meter minyak di kereta aku dah menunjukkan 0km. Aku teruskan sedikit jumpa stesen BHP. Stesen minyak pertama di utara di highway PLUS. Aku isi sedikit kemudian kami terus ke Alor Setar. Masuk saja Malaysia, terus Ayoi dapat panggilan oleh Mak Dah. Rindu benar kat anak dia. Kami naik highway terus ke stesen bas Shahab Perdana. Terus beli tiket ke Seremban. Jam 10.30 malam. Dah beli tiket kami makan di RFC. (Radix Fried Chicken). Makan nasi ayam. Time tu lapar tak tau nak habaq macam mana.
Dah habis makan, salam dgn depa dua tu, kamudian aku terus ke Kuala Perlis. Check in di sana dulu sebelum naik roro keesokkan harinya untuk balik Langkawi.
- ku ucapkan selamat tinggal kepada kalian berdua - |
Itulah pengalaman aku 6 hari di HatYai - Krabi - Phuket. Sebelum aku kesana, aku study dulu. Buka blog-blog. Banyak berterima kasih kerana jasa yang secara tak langsung, kita boleh share pengalaman depa ke sana. Apabila kita menolong orang, akan datang nanti ada orang lain pula menolong kita.
Pengalaman aku jelajah di sana, aku dapat memerhati ciptaan keindahan Allah di muka bumi ini. Selain dari permandangannya, kita boleh ketahui kebudayaan, majoriti penduduk pengamalannya, serta cara hidup depa di sana. Bukanlah sekadar untuk bercuti keseronokkan saja, mengembaralah dan berfikirlah kita tentang kejadiannya. Kerana yang kita dah ketahui, kejadian tersebut pastilah ada sebab @ hikmahnya.
Walaupun agama rasmi di Thailand ialah agama Buddha, tapi mereka tak boleh nak merasmikan agama Buddha mereka di Krabi dan di Phuket secara sohihnya. Kerana disitu, majoritinya adalah agama Islam. Allah dah beri rezeki kepada orang Islam, janganlah kita mengkufuri nikmatnya. Jika kita tidak pandai mentadbir, dan tamak segala harta, maka pasti ada orang lain akan merampasnya. Kuatlah iman kita terhadapnya.
InsyaAllah, kita terus mantapkan iman kita supaya tidak terserong. Setakat ini saja yang aku dapat sharekan. Jumpa lagi.
Sekian,
Wassalam
Boleh bawa minyak ke siam?
ReplyDeleteboleh... tapi jgnlah byk sgt... sekadar2 jerw
Delete