منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Percutian (Hari Ke-3): Krabi (Phi Phi Island) Part 2

Salam,

Bertemu sekali lagi dalam percutian ke Krabi. Kali ini sambungan dari part 1 yang lepas. Sebelum nak sampai ke Pulau Phi Phi, ada persinggahan pulau ke pulau. Cantik-cantik airnya.

Selepas dari melawat Viking Cave, kami diteruskan lagi ke *Pulau Phi Phi. Pulau tersebut dengan majoritinya Muslim. Dan disitu kami makan tengahhari. Ada juga pekerja situ boleh berbahasa Melayu. Menunya, perghh, enak sekali. Kami di pulau Phi Phi diberi masa 1 jam 30 minit. Lepas makan dengan kenyang, kami berjalan-jalan di sekeliling. Bukan satu tempat saja di dewan makan. Rupa-rupanya ada lagi dewan makan yang lain untuk agen-agen yang lain. Di Pulau Phi Phi juga ada barangan untuk dijual. Cuaca terik ketika tu, kalau makan ais krim pun sedap. Tapi dah kenyang makan nasi, tak lalu nak makan yang lain dah.

Jom, kita saksikan gambar2 yang sempat diambil.

Zasss,

- dah sampai -

- aku di Phi Phi Island -

- itu dia dewan makan tak jauh dari park bot -

- dalam dewan makan -

- terbaik punya -

- lepas makan kami usha2 tempat -

- nak check in pun boleh, esok baru balik -

- tempat agen-agen lain berkumpul -

- park bot -

Dah puas jalan-jalan, brader tu terus tiup wisel. Padahal semua orang dah ada kt depan dia dah nak naik bot. Dok kira semua orang dalam bot, dah cukup, jalan.

Destinasi seterusnya kami menuju ke *Maya Bay. Tempat tercantik. Ianya terletak di selatan Pulau Phi Phi. Tak jauh pun, lebih kurang 10-15 minit saja. Sesampai di situ, kami boleh mandi dan cuci-cuci mata....hehe.

- tudia....masa untuk gostan -

- maya bay -

- welcome -

Di persisiran pantai itu namanya Maya Bay, tetapi boleh masuk ke dalam pulau boleh perge ke Loh Sama bay. Jalannya berpasir dan masuk kedalam hutan. Cantik bersih tempatnya. Ada dua toilet, serta rumah orang berpenghuni disitu. Kami terus masuk untuk ke *Loh Sama Bay.

- jalan masuk dalam utk ke loh sama -

- pagar dibuat dari pelepah, style -

- agaknya pekerja bermalam di sini -

- sebab dah ramai sangat dok pergi, kita tengok ada apa kat situ -

- sikit lagi nak sampai -

- itu dia, masyaAllah...dasyat -

- shoot di tepi -

- aku pun masuk sekali -

Tak boleh lama-lama kat situ sebab orang terlalu ramai. Tempatnya pun kecil sangat. Ramai lagi orang nak bergambar kat situ. Kat situ takda apa-apa pun. Airnya sangat jernih. Ada juga orang snorkling kat situ tapi tak ramai. Bot-bot pun tak masuk dalam tu. Lepas kami ambil gambar, kami patah balik ke Maya Bay. Masa dalam perjalanan, ada dua simpang. Kami kona masuk jalan ke kiri sebab kalau terus tu kami dah lalu masa nak pergi Loh Sama. Jalan punya jalan......

- tudia, dah nampak air laut -

- deretan bot long tail -


- tempat boleh berteduh, dengan pasirnya halus macam tepung -

Brader bagi kat kami dok sini hanya sejam saja. Lepas tu kami terus dibawa pulang. Ini adalah perjalanan yang terakhir. Tiada apa yang boleh diungkapkan, air laut sangat jernih. Jernihnya hingga boleh nampak ke dasar, dan nampak ikan-ikan dan batu karang di bawah. Allahu Rabbi. Masa dalam perjalanan balik, aku terlena dalam bot. Letih sangat sampai aku tak sedar langsung. Sampai saja aku dikejutkan.

- bye-bye pulau Phi Phi, ada masa kita jumpa lagi -

Sampai saja di Ao Nang, kami naik tut tut yang bawa kami pagi tadi. Dan sampai di hotel jam 5.30ptg waktu Thai. Masuk dalam bilik terus aku mandi dan solat. Bersiap-siap untuk ke Krabi town semula walaupun dah pergi waktu malam semalam. Sebabnya, nak ambil gambar dengan ketam besar tu. Waktu malam tak nampak. Sambil2 tu, boleh jalan2 di town lama sikit.


- crab = crabi = krabi -

- romansa duniaku -
- kereta aku dah sampai Krabi -
- ayoi yang terhegeh-hegeh -

- di sekitar Krabi town -

- apa tu kat trafic light -

- eh, aku pun ada jugak -

- oh, macam orang dulu.. apa motifnya pun tak tau -

Dah jalan-jalan di Krabi town sampai penat, kami terus ke Masjid untuk solat. Lepas solat kami makan di Krabi town juga. Lepas makan, kami terus balik ke hotel. Letih sangat dan terus tidur. Esok pagi kami dah nak gerak ke Phuket pula. Ya, Phuket...mu tunggu aku datang.

Berkenaan persoalan dari blog aku yang lepas. Aku tertanya-tanya mengapa tempat-tempat yang menarik ni berada di negara bukan Muslim. Lepas saja sembang dengan brader yang incharge kami di Pulau Phi Phi tu, dia kata di Krabi 90% adalah Muslim. 8% buddha dan 2% hindu. Patut lah banyak masjid di Krabi. Patung Buddha yang besar-besar pun takda. Kesimpulannya yang aku dapat, Tuhan memberi rezeki kepada tanah kat orang Muslim. Cuma hanya kita sajalah samada kita pandai hendak mencari @ mentadbir ataupun tidak.

Contohnya di Pattani, tiada tempat pelancongan, tetapi subur dengan pokok getahnya. Di Krabi dan di Phuket, majoritinya penduduk Muslim, Allah bagi rezeki kot lain pulak. Hebatnya ciptaan. Kadang kita tak menyangka, kita mesti juga mencari pasti ada hikmah yang terselindung. Sama ada orang tu nak perah otak ataupun tidak. Setidak-tidaknya, kita ke negara orang, kita boleh melihat setiap kejadian pasti ada sebabnya.

Dah puas berjalan ke Krabi, esok harinya, kami ke Phuket dengan jentera 4 tayar aku. Kita jumpa lagi di next blog.

Sekian,

Wassalam...jumpa lagi
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment