منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Tukar Kasut Sportrim Baru G1M

Salam sejahtera,

Semoga kalian sihat hendaknya. Hujan turun dengan lebat sejak pagi tadi sampailah ke tengahhari. Keadaan dingin pada waktu ini. Hari ni hari Khamis balik awal 3.30 petang. Tapi bini aku pula ada di rumah mak abah dia disebabkan sekarang masih berjaga-jaga kandungannya yang baru 8 minggu. Tak sampai 3 bulan lagi, takut jadi macam kandungan first dulu pula, tergugur. Bagi mak dia jaga senang sikit.

- tudia, meleleh tengok -

Ok, pada 30/05/2014 lalu, aku telah berangkat pulang ke tanah besar dari pulau. Aku terus ke Padang Temusu di Sungai Petani untuk tukar kasut baru kat jentera kesayanganku. Sampai dalam pukul 4 petang, aku tukar dari sportrim asal dari Toyota Vios 2013, kepada sportrim CE28. Ada 10 batang kesemuanya.

Pada mulanya nak ambil rim 6 batang, tapi dah habis pula. Yang 10 batang tu pun nampak cun juga. Kaler brown gelap. Ok la nampak juga rim tu, daripada ambil kaler hitam, tak berapa nampak sebab tayar pun dah kaler hitam. Kalau hitam sebam boleh kira lagi.

Check tayar aku, millage pun masih kurang 10k, cina di Kedai Hankook tu ambil Rm1000. Ditambah pula sportim Rm500, tayar hankook baru setiap satu Rm200. Tambah tiub dan skru aloi warna merah, semua sekali jumlah Rm1500. Siap semua saiz tayar 205/45/17.

- proses kemasukan baru dan pengeluaran lama -

- pandangan depan -

- sudah tertanggal 4 tayar -

- bye-bye kasut lama  -

- welcome CE28 -

- kasi pasang skru aloi merah -

- view 1 -

- view 2 -

- ok, siap pasang -

Bila dah siap, sekali nampak macam renggang pula. Tapi nampak lebar juga. Bila bergerak nampak padat. Rupanya tak boleh berat belakang, dan tak boleh juga kalau jalan pumping teruk sangat. Sebabnya kena tayar dengan body. Paling teruk masa aku, bini aku dan pak mak mertua aku pergi Narathiwat dan Pattani minggu lepas. Naik highway laju kemudian jalan bum sikit terus "brakk". Bila berhenti tengok tayar tepi dah kena makan sikit.

Kalau naik dua orang tak kena. Naik 4 orang kena tayar dengan body kereta. Bila dah balik masuk Malaysia, esoknya aku ke kedai untuk pasang buffer, lapik spring. Kena letak 2 pasang. Kalau sepasang cina tu kata masih boleh kena lagi. Tak pa la pasang juga. Kemudian dah ok. Tak kena lagi.

- buffer, pelapik spring -

- di sebelah kiri kerata -

- di sebelah kanan kereta -

- double -

- siap sudah, nampak macam biasa, tiada renggangan -

- baru lepas cuci kereta ekspress empat ringgit -

Aku dah malas nak pakai spring sport yang dicadangkan oleh budak-budak kat kedai tayar tu. Aku dah puas hati pakai spring yang asal punya. Lembut elok. Bila dah pasang sportrim, maka tiada apa-apa lagi dah aku nak mekap kereta aku. Habis nipis dah duit aku nak mekap kereta nie. Biarlah time muda ni pun aku nak seronok dengan kereta nie. Lagipun inilah kali pertama aku pakai jentera 4 tayar sendiri. Sekarang himpun duit pula untuk renew roadtak pada bulan 11 nanti.

- tadaa.....siap jentera gua. belatar belakang kubah masjid -

Sekian disini saja,

Wassalam
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment