Memandangkan sekarang aku tinggal di rumah member aku, aku telah membeli selimut kereta. Walaupun dah letak di rumah dan di bawah bumbung, tapi kucing selalu naik atas kereta aku, lepas tu pancut pula. Kucing bapak jantan yang sudah gersang untuk melakukan mengawan.
Pancut pula bukannya di bawah di tayar atau di skirt bawah tu. Naik atas kat bonet, tak kita bonet belakang atau depan, dia cium2 cermin kereta, terus dengan selamba dia pancut. Kemudian dok atas bumbung kereta sambil garu-garu kepala macam tak bersalah. Sekali jerkah, pecut seribu langkah dia lari.
Akibat dari itulah aku pakai selimut kereta nie. Selain dari tu, dapat lindung juga dari hujan yang tempias kena. Walaupun jarang hujan sekarang, tapi kalau hujan turun sekali, lebat pula. Lindung dari debu2 juga. Maklumlah kereta baru. Siapa tak sayang bini nombor dua....haha.
- jenis selimut PVC selimut kereta - |
- saiz dan jenis kereta yang boleh muat - |
Aku beli di Billion Fair di Langkawi. Jenis PVC. Mulanya beli saiz M, dah bagi contoh kereta yang boleh muat. Ada juga salah satunya kereta Vios. Aku beli balik pasang dirumah, singkat pula. Mungkin Vios dugong kot. Yang dugong kecil sikit. Kereta aku Vios 2013. Akibat ketidak ada kepuasan, maka aku beli sekali lagi saiz yang paling besar punya. Saiz XXL. Yang saiz M tu nanti aku sedekah la kat sapa2...huhu.
Harganya untuk saiz XXL RM46.90, berbanding saiz M berharga RM39.90. Entahlah kalau ianya mahal sikit, sebab ni kali pertama aku beli, kemudian harga Langkawi pula. Harga Langkawi kalau bab kereta, hanya kereta saja murah. Bab-bab lain macam aksesori, sportrim, dan benda-benda lain berkenaan kereta, semuanya mahal. Maklumlah caj minyak kapal. Sebab tu apa-apa jenis nak mekap pun, mesti buat di tanah besar.
- saiz M yang nampak kecil, singkat sikit, tak cun - |
- labuh tutup semua baru nampak cun...huhu - |
Ok lah, kasi selimut cun sama kereta gua, gua pun tidur lena di rumah kawan. Tinggal sekejap kereta sorang2 kat rumah, hujung minggu kita jumpa ya Vios 2013. Dok boring di rumah sorang2, bini aku balik rumah mak dia, kandungan now 2 bulan, sekarang aku lepak sama kawan2. Hujung minggu depan start puasa aku balik jumpa bini nombor 1....haha.
Ok, chow.
Boleh tolong belikan cover?
ReplyDeleteboleh..... tapi takut tak berkenan pula, tak muat ka
ReplyDeletePutrajaya Beli Kat mana?
ReplyDelete