منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Jalan-Jalan Di Langkawi (Part 2)

Assalam..

Kembali lagi dalam jalan-jalan di sekitar Pulau Langkawi, pulau lagenda, pulau mahsuri, permata Kedah dan macam-macam lagi gelaran yang diberikan. Blog ini menceritakan disekitar Langkawi jika ada pembaca bloger yang ingin ke Langkawi. Percutian di dalam Malaysia yang sangat menarik salah satunya Langkawilah. Cerita ini sambungan dari Jalan-Jalan Di Langkawi (Part 1). Sesiapa yang tak berkesempatan, bolehlah klik tulisan warna hijau tu.

Pada artikel lepas, aku bersama dengan rakan sebilik aku. Sewa bilik saja ketika tu. Tapi kini apabila sudah berdua, aku berjalan dan meng'explore' bersama2 dengan bini aku. Dah sememangnya aku dok di Langkawi atas posting kerja disini, tiap2 hari lah aku honeymoon.....hehe

Pada waktu pagi seeloknya terus ke Cable Car bagi mengelakkan kesesakan. Tempat yang dituju ini menjadi perhatian seluruh dunia kerana kabelnya yang cukup tingg yang terletak di Gunung Matcincang. Untuk ke sini bagi yang ada IC Malaysia dikenakan bayaran RM15 saja untuk dewesa. Siapa yang datang Langkawi tapi tak naik Cable Car ni, rugi sangatlah. Kecut perut ada juga la bagi orang yang tak pernah naik ni.hehe... Bagi aku dah 4 kali dah. Sampai di atas sana, sejuk saja. Jika cuaca baik, dapatlah view dengan jauhnya.

- tiket, sebelum naik -

- sampai di atas -

- terdapat dua view, yang belakang tu salah satunya -

- my lovely wife -

- ondaway naik -

- view yg sangat indah -

Kemudian setelah turun dari Cable Car, jalan yang sama menuju ke Telaga Tujuh. Sangat mencabar untuk naik ke atas kerana bukitnya teramat tinggi. Tak digalakkanlah bagi orang yang mengandung, ataupun orang yang sedikit lemah. Jika sampai di atas, gerenti semput punyalah. Tapi bila sampai di atas, terasa kepuasannya. Di atas itu lah ada telaga tujuh. Tempat di atas jarang orang pergi. Selalunya kalau orang nak mandi, mandi di tengah tempat air terjun.

- salah satu telaga, dari sini boleh nampak Cable Car sedang bergerak -

- tempat air terjun -

- aku berkelah bersama dengan bini aku -

- tinggi air terjunnya -

- jauh kena tempias air terjun -

Next, aku ke Durian Perangin. Disini air terjun juga. Di mukim Ayer Hangat. Airnya sejuk juga tapi tak popular ataupun tak dikenali oleh kebanyakan orang awam. Tempatnya sedikit terpencil. Jarang orang lalu disini. Tempatnya pun tak terlalu tinggi. Bagi aku sesuailah kanak2 yang kecil.

- sampai di kemuncaknya -

- berjaga2. curam dan boleh jatuh -

Kalau dah sampai di pulau tak sahlah tak pergi ke pantai. Semestinya datang ke pulau yang dipenuhi dengan air masin, mestilah ke pantai sebagai ketenangan jiwa. Kata kebanyakan orang la kan....huhu. Selepas aku naik gunung, pekena air sejuk di bukit atau gunung2 dengan airnya yang cukup sejuk, pada waktu petangnya sesuailah untuk lepak2 di tepi pantai sambil menikmati permandangan pulau2 kecil. Angin sepoi2 bahasa membuatkan mata ini hampir saja terpejam. Tempatnya di Jalan Kuala Muda. Antara jalan airport - Kuala Teriang. Jika diteruskan sedikit perjalanan, terdapat titi atau jambatan yang ditambak. Entahlah, katanya projek dari Tun M. masa jadi Perdana Menteri dulu. Tapi habuk pun tak ada. Projek tergendala. Motor saja boleh masuk laluan tu. Ramai orang mancing saja. Lepak2 tengok laut sangat mengasyikkan, sambil kapal terbang landing di atas kepala saja... Walaweh......sempoi.

- lepak2 sama bini gua -

- menikmati hotel2 di atas laut, kapal2 nelayan -

-laluan titi di tengan laut yg tiada sambungan -

- sambungan ke titi lain tapi laluannya teruk sekali -

- di penghujung jalan -

- sempoi.....relax2 sambil tengok bot laju -

Dan last sekali, tempat menjadi tumpuan ramai dan meriah di waktu malam, pastilah di Pantai Cenang. Memandangkan aku dah dok di Langkawi, tak terasa pula nak mandi di sini. Aku hanya memerhati dan menghayati permandangan matahari terbenam.

- gua sama bini gua -

- kila - aku - ikin -

- permata Kedah -

- saja dia -

- di kala matahari terbenam -

Begitulah sedikit sebanyak yang boleh di'share'kan. Masih ada lagi tempat2 di sekitar Langkawi, antaranya telaga air hangat dan Lubuk Semilang. Di kawasan Langkawi, tidak termasuk lagi di pulau2 sekitar Langkawi seperti Pulau Tuba, Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan macam2 pulau lagi. InsyaAllah, itu pasti di'update'kan untuk Langkawi Part ke 3 nanti. Semoga kalian mendapat manfaat dan boleh merancang perjalanan.

Sekian,

Wassalam






Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment