Salam sejahtera,
Alhamdulillah, moga kita semua sihat dan sentiasa dilimpahi rahmat olehNya. Raya cina pada keesokkan hari pastilah orang berpusu-pusu untuk pulang ke rumah kerana kita bercuti selama 3 hari. Tidak pula di sekolah, sekolah cuti selama 5 hari. Mungkin depa dah ganti sebelum minggu lepas. Untunglah mereka itu.
Percutian untuk kali ini, kami ke Phi Phi Island. Pulau yang begitu cantik airnya, jernih, cun dan macam2 lagi nak diungkapkan. Kerana di Malaysia belum pernah lagi dapat melihat air yang begitu jernih. Mungkin ada di Pulau Sipadan di Sabah tapi aku tak pernah ke sana lagi. Di pulau Phi Phi ini airnya seperti air terjun jernih. Seringkali untuk berkumur kerana ku sangka airnya sedap seperti di air terjun, tapi masin dirasanya. Aku masih terbayang2 yang aku berada di air terjun kerana warna airnya itu.
Pakej untuk ke Pulau Phi Phi ini kami ambil dari pakej hotel. Harganya 1200bath bersamaan RM120 dengan menaiki speed bot dan makan tengahhari sekali. Masanya sama juga waktu ke island hopping hari tu, kami menunggu pada jam 8.30 pagi untuk menaiki tut tut. Kali ini lewat sikit tut tut datang ambil, lewat 15 minit. Sesampai saja tut tut, dah penuh orang dalam tu. Aku dengan ayoi terpaksa berdiri di luar belakang sekali. Mizi dah lepas masuk dalam dah.
Dari hotel menuju ke tempat jeti untuk berlabuh, jaraknya lebih kurang 15 minit. Kami terpaksa menunggu dari agen lain untuk gabungan. Kami diberi nombor untuk menaiki bot yang tertera nombor di bot tersebut. Kerana bot-bot terlalu banyak. Takut tersalah bot pulak.
|
- terpaksa dok belakang sebab dah ramai kat dalam - |
|
- group kami - |
|
- berjalan merentasi pokok-pokok ru - |
|
- kelihatan banyak bot dan group2 yang lain - |
|
- tudia bot kami nak naik, speedbot 225 cc - |
|
- dalam bot, baju biru depan tu incharge kami - |
Dah naik semua kami bertolak terus dengan speed bot 225 kuasa kuda kekuatan dua enjin. Destinasi pertama menuju ke
*Mai Pai Island. Jarak ke sana dalam lingkungan 40-45 minit jauhnya. Sampai saja di sana, kelihatan airnya yang sangat cantik serta pantai-pantai putih bersih. Angin dengan kuat dan air pula sejuk. Ohh, syurga dunia. Di pulau ni tiada sebarang aktiviti. Kami hanya berehat2 santai saja setelah penat jalan jauh. Sama ada nak terbongkang, jalan2, mandi, toilet dan macam-macam lagi boleh buat. Tiada penghuni di sini.
|
- nampak tak airnya? fuhh, masa untuk gostan - |
|
- dah sampai - |
|
- kami bertiga - |
|
- koh mai pai - |
|
- berjalan-jalan - |
|
- perghh, angin kuat - |
Setelah berjalan pusing2 pijak pasir, kami diteruskan lagi perjalanan. Destinasi seterusnya kami ke
*Monkey Bay. Aktiviti disini untuk snorkling. Kami diberhentikan di tengah2 yang nampak seperti kolam. Kami tidak ke darat sebab disini hanya untuk snorkling saja. Airnya jernih. Nampak dasar ke dalam batu karang semua. Seakan cetek sebab nampak dasar tapi hapus kedalamannya itu.
|
- dah sampai - |
|
- aku & ayoi - |
|
- ek eley, seronok pulak dia - |
Kami diberi masa 45 minit di sini. Lepas bersnorkling dengan puasnya, kami diteruskan perjalanan lagi menuju ke
*Bamboo Bay. MasyaAllah, boleh lihat dengan mata keindahannya. Hanya boleh diungkapkan, sangat cantik tempatnya. Airnya sangat jernih.
|
- seperti ditutupi - |
|
- Maha Kuasa_Nya - |
Setelah puas bercandid, destinasi seterusnya menuju ke
*Viking Cave. Kat sini diberi penerangan saja oleh brader yg incharge kami tu. Gua untuk tempat pemujaan Buddha saja. Dan hanya duduk di atas bot saja.
|
- itu dia gua viking - |
Selepas daripada itu, barulah kami menuju ke Pulau Phi Phi untuk makan tengahhari. Sepanjang perjalanan aku hanya memerhati disekeliling saja. Sungguh indah ciptaanNya. Tapi aku juga tertanya2, mengapa Tuhan memberi keindahan alam ini kepada negara orang bukan Islam. aku tertanya dan terus tanya diri aku sendiri. Mengapa tidak ada di negara orang Islam, orang Muslim yang sentiasa sujud padaNya. Sesampai saja aku di Pulau Phi Phi, kami bersembang dengan brader yang incharge kami tu. Sembang secara layang saja barulah aku dapat kesimpulan untuk persoalan ini. Nak tahu apa kesimpulan yang aku buat, boleh tengok jawapannya di blog seterusnya.
Cerita untuk blog seterusnya, aku akan menceritakan di Pulau Phi Phi dan ada lagi tempat yang menarik2. Ikuti dalam part 2 akan datang. Ok, jumpa lagi.
Sekian,
0 comments:
Post a Comment