Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan langit dan bumi, yg menjadikan hambaNya pelbagai emosi. Yakni marah, sedih, gembira, murung, gelak ketawa dan sebagainya. Sesungguhnya kelakuan itu dapat diatasi yg negatif jika kita dapat mengawalnya.
Berita sedih pada tanggal 9 Januari 2014, yang mana kandungan pertama bini aku telah gugur. Gugurnya kandungan itu di dalam bilik air yg ingin membasuh darah yg mengalir di celah pahanya. Sedih tak terkata apabila mengharapkan beby yg sulong ini, tapi diakhiri dengan perkara yg tidak diharapkan.
Pada andainya, malam tahun baru, aku dengan bini aku berjalan kaki dengan anggaran 2km untuk tonton bunga api di Taman Lagenda, Kuah Langkawi. Masa tu sebulan darah haid tak datang. Tak syak time tu mengandung. Kemudian keesokkan harinya, darah coklat keluar. Terus ke klinik untuk pengesahan. Alhamdulillah, disahkan mengandung. Usia lingkungan 6 minggu 1 hari. Tapi tak confirm sebab hanya nampak kantung saja. Tak nampak janin. Doktor sebut dalam 50-50 takut janin tak aktif. Jika tak aktif, terpaksa digugurkan.
Walaupun diberi ubat, darah tetap keluar. Minggu depanya terus ke Klinik Kesihatan Kuah. Cek kandungan dan buat buku merah. Makan ubat tetap keluar juga. Esoknya terus ke Hospital Langkawi. Doktor kata normal. Balik dari hospital, masih dalam keadaan sakit. Bini aku terasa sakitnya perut, kesana kesini, ada angin katanya, tapi tak boleh nak buang. Malam tu sampai kemuncaknya, darah mengalir banyak dan terus terasa keluar. Tengok2 janin dah keluar. Sedihnya tak terkata waktu tu.
- janin yg berusia 7 minggu. mata, kepala, ekornya -
Aku terkaku tak tahu nak buat apa sebab perkara pertama dalam hidup. Telepon mak mertua, terus ke hospital. Sampai di hospital masih ada lagi baki2 di rahim. Doktor terus cuci. Dia kata, sakit sangat sampai dia menjerit di dalam bilik tu. Aku sangatlah terasa. Masa waktu keguguran lebih kurang 11.30 malam.
Bila dah settle, terus bawa balik rumah. Rehat2 dalam bilik. Keesokkan harinya, mak pak mertua datang dan bawa balik ke rumah di Yan. Senang sikit orang tua jaga. Dan aku dok sorang2 disini.
- setelah dibawa ke hospital -
Selalunya apabila kita mengharapkan sesuatu, kita menunggu dan terus menuggu dengan penuh harapan, apabila datang sesuatu perkara yang menyakiti atau dengan istilah "tak jadi", maka ketika itu kita amat terasa sakit. Contohnya bila sang isteri dah mengandung, dengan harapan adanya beby yg comel, tiba2 janin tu tak menjadi, gugur, ketika itu, hanya Tuhan saja yg tau keadaan pasrahnya hatinya.
Mungkin janin itu tak elok bagi kita, mungkin apabila dia keluar nanti, dia dalam keadaan cacat, tak sempurna sifat, jika sempurna sifat pun, mungkin besar nanti dia bawa malapetaka kepada ibu dan ayahnya, itu sebab Tuhan dah gugurkan dulu. Masih ramai lagi yang menjadi keadaan ini. Aku harap Allah memberikan yg terbaik lepas ini. Tak tahu apa kedepan, semua sudah diatur. KepadaMu Allah, aku berserah.
Sekian,
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment