منڧعتكن علمو اڤا يڠ كامو كتاهٶي

Percutian (Hari Ke-2): Krabi (Pekan Ao Nang) Part 2

Salam,

Bertemu lagi selepas perceritaan dalam part 1 yang lepas. Mengisahkan perjalanan Island Hopping. Kini petang balik saja dari island hopping tersebut, kami mula berjalan2 di sekitar pekan Ao Nang, Krabi.

Selepas solat jamak takhir, mandi2 semua siap, maka kami terus keluar menaiki jentera aku. Tidak apa yang menariklah, hanya berjalan2 di tepi pantai sambil menikmati permandangan laut serta matahari kian terbenam. Air laut pula surut dan jauh ke sana airnya. Hanya kelihatan pantai2 yang basah. Aktiviti kami hanya sessi fotografi saja.

- aku & bini aku duduk atas penyu -

- permandangan air laut yang jauh di sana -

- matahari terbenam dilindungi bukit di tengah laut -

- kenangan di Krabi -

Lebih kurang pukul 6 ptg waktu Krabi kami bercekerama, kemudian kami terus ke jalan2 kedai deretan tepi jalan. Sambil2 menengok barang2 dan membandingkan harga. Ada barang yang tak pernah tengok. Sekali sekala jalan sampai penat, dan terus makan malam. Kami makan di Chaba Thai, orang Kedah. Cakap pun macam tak berapa nak Kedah dah. Dok lama dah kot kat sana.

- di sekitar deretan kedai di Pekan Ao Nang -

- eh, terpegang bontot beruk pulak... -

- jalan punya jalan, kami singgah kat sini utk makan -

- bismillah -

- ayoi, nganga selagi boleh -
- dah kenyang, relax2 dulu atas endoi kayu -

Dah makan kenyang, kami nak ke night market kat Krabi. Jalan punya jalan tak nampak pulak market tu. Yang nampak replika ketam yang besar. Kami dok situ lepak kena angin, dah agak lewat kami terus balik.

- bini gua dengan pokok berlampu -

- kami dah jadi otak tak berjalan -

Ok, setakat itu saja buat hari kedua. Letih tak usah dikata. Kami pergi ke Krabi town dari Ao Nang dengan jarak lebih kurang 15km. Tak pa, biar penat. Tapi berbaloi. Bukan senang nak ke sana...huhu.

Jumpa lagi next cerita di Phi Phi Island untuk hari ketiga kami di Krabi... Ooo yeah..

Sekian,
Share on Google Plus

About Ben Ismail

Berkongsi pengalaman
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment